(HIBURAN) ASTRO MERAIKAN SYAWAL DENGAN KANDUNGAN YANG MENGERATKAN KELUARGA, MENYEMARAKKAN KEBERSAMAAN

Spread the love

Kuala Lumpur, 5 Mac 2025 – Sempena Syawal yang meraikan erti kebersamaan, Astro, peneraju industri hiburan di Malaysia, tampil dengan pelbagai sajian Raya yang segar dan menyeluruh merentasi televisyen, radio serta platform digital. Berlandaskan tema ‘Bila Bersama, Lagi Jadi’, rangkaian kandungan istimewa tahun ini direka untuk menghidupkan detik berkumpul, menghadirkan cerita, muzik dan hiburan yang menyatukan emosi penonton, bila-bila masa, di mana sahaja, sepanjang musim perayaan. 

Tahun ini, Astro menonjolkan sentuhan fesyen tempatan dengan kolaborasi bersama Novak Batik bagi menghasilkan visual Raya yang memadukan keindahan batik klasik dengan rekaan kontemporari. Sentuhan ini bukan sahaja menyerlahkan warisan budaya Malaysia, tetapi juga menguatkan mesej kempen ‘Bila Bersama, Lagi Jadi’, bahawa setiap perayaan lebih bermakna apabila tradisi dan kreativiti disatukan, mencipta pengalaman Raya yang indah, meriah dan dekat di hati setiap penonton.

Filem pendek Raya Astro tahun ini meneruskan tradisi iklan Raya tahunan dengan menampilkan elemen klasik seperti panjut Raya dan usung rumah, menekankan bahawa Raya menjadi lebih meriah bila diraikan bersama. Iklan ‘Bila Bersama, Lagi Jadi’ mengisahkan persaingan lucu antara Samad (Adlin Aman Ramlie) dan Razak (Faizal Hussein) yang berlumba menyiapkan pelita panjut sehingga tanpa sedar memecahbelahkan komuniti kampung, sebelum menyedari bahawa semangat Aidilfitri sebenar adalah kebersamaan. Hasil pengarahan Hyrul Anuar (Think Tank), iklan 15 minit ini turut diserikan oleh selebriti popular termasuk Bell Ngasri, Noryn Aziz, Azhan Rani, Sharifah Shahirah, Auddra, ALPHA dan ramai lagi.

Bukan itu sahaja, Astro turut mempersembahkan lagu Raya istimewa hasil kerjasama bersama Rocketfuel, sebagai teman rakyat Malaysia sepanjang Ramadan dan Syawal. Antara lagu-lagu yang dinanti-nantikan termasuk Rindu Raya oleh ALPHA yang disokong oleh Vida Malaysia, Bath & Body Works & Shell Malaysia, Kampung Kita oleh Wani Kayrie yang disokong oleh KFC Malaysia & Lepas, Duit Raya oleh Sharul Kamal dan Mierul Aiman yang disokong oleh UMobile, Lagu Raya Untukmu oleh Hael Husaini, Restu Raya oleh Nadeera, Senyum Gugur di Penghujung Doa oleh Dayang Nurfaizah yang disokong oleh Umobile, serta kolaborasi sulung Hael Husaini bersama ALPHA dalam lagu Raya Macam Raya yang disokong oleh Vida Malaysia & Daikin, semuanya menjadi santapan muzik Raya yang meriah.

“Raya merupakan musim yang meraikan kebersamaan dan kegembiraan, dan pada tahun ini ia membawa makna yang lebih mendalam,” kata Azlin Reza Azmi, Naib Presiden, Melayu, Antarabangsa, Kanak-Kanak & On Demand, Astro. “Menerusi rangkaian tawaran kandungan, lagu-lagu perayaan serta pelaksanaan inisiatif komuniti, kempen ini menekankan nilai hubungan, keharmonian dan detik-detik bermakna yang menjadi teras sambutan Raya. Semangat ini turut dizahirkan melalui filem Raya kami yang menghidupkan cogan kata kempen, di samping kolaborasi strategik bersama Novak Batik yang menggabungkan seni tradisional dengan pendekatan kontemporari. Kami berharap para penonton dapat menikmati tawaran Raya Astro tahun ini bersama insan tersayang kerana ‘Bila Bersama, Lagi

Jadi’. Astro mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua.”

Sorotan Kandungan Raya 2026 di Platform Astro
Platform Televisyen

  • Astro mempersembahkan 16 buah telefilem khas Raya, menemui penonton bermula 1 Syawal ini. Bersiaran menerusi Astro Ria (saluran 104), barisan telefilem Raya kali ini tampil dengan kepelbagaian genre daripada drama kekeluargaan, komedi menghiburkan hinggalah kisah inspirasi yang menyentuh emosi. Antara yang menjadi tumpuan ialah Dia Bukan Syurga Raya, spin-off megadrama popular yang mengisahkan dua beradik, Tajul & Arham yang jatuh cinta pada wanita yang sama, Nuha. Lakonan Nizam Zaidi, Ezzanie Jasny & Nazim Othman. Turut mencuri perhatian, Kerikil Depan Rumah, sebuah kisah tragik tentang pasangan suami isteri yang terperangkap dalam trauma selepas jenayah kejam menimpa si isteri, lakonan Diana Danielle dan Amir Ahnaf. Bagi yang gemarkan hiburan ringan dan mencuit hati, Raya Jujur Je menyajikan komedi keluarga penuh gelak tawa, menampilkan Oddah, Sharifah Shahira dan Ijoy sekeluarga buat pertama kali di layar kaca. Seven Untuk Suci, debut istimewa Kumpulan Alpha yang tampil buat pertama kali dalam sebuah telefilem; Oh Cerewetnya Datin membawa kisah komedi kekeluargaan tentang seorang isteri yang terpaksa berdepan ibu mentua yang sangat cerewet dan menguji kesabaran, lakonan Zarina Zainuddin dan Qasrina Karim. Rumah Tanpa Luka Raya, menyambung kesinambungan kisah cinta yang teruji akibat sihir pemisah, dibintangi Syukri Yahya, Nadhir Nasar dan Erysha Emira; Resepi Magis Bonda, kisah seorang baker moden yang kembali menghargai warisan tradisi, serta Kasihnya Ibu, sebuah telefilem menyentuh hati tentang penyesalan anak-anak yang tidak pernah menghargai pengorbanan seorang ibu.
  • Astro Prima (saluran 105) turut memeriahkan Syawal dengan seleksi telefilem penuh emosi dan komedi, membawakan kisah-kisah dekat di hati yang sarat dengan nilai kekeluargaan, keinsafan dan gelak tawa seperti Doa Sang Pendosa, menampilkan tiga kisah berbeza tentang tiga wanita di pusat serenti yang cuba berubah menjelang Aidilfitri, dibintangi Datuk Hajah Fauziah Nawi, Fatimah Abu Bakar, Farah Ahmad dan Nadia Aqilah. Antara Dua Takbir mengangkat kisah kehilangan tidak dijangka dalam sebuah keluarga menjelang Aidilfitri, lakonan Nabila Huda. Lembayung Jiwa pula menyentuh perasaan dengan kisah pengorbanan seorang ibu demi menyelamatkan masa depan anaknya, lakonan Fattah Amin dan Emma Maembong. Sebatas Waktu mengupas konflik adikberadik yang tercetus hanya kerana sebuah telefon bimbit, menampilkan Nad Zainal dan Shafie Naswip. Menantu Mentua Pujaan menyajikan komedi segar tentang seorang bapa mentua yang terkena ‘sihir’ selepas menikmati kuih raya menantunya, lakonan Datuk Jalaluddin Hassan dan Sherry Al Hadad. Lawak Nak Mati membawa komedi bittersweet tentang persahabatan dan kehilangan, menampilkan Kumpulan Roda Fad, Naqiu dan Shariff.  Tidak ketinggalan, 3 Andartu Cancel Raya memaparkan kisah tiga wanita yang masih belum bertemu jodoh dan cuba ‘mensabotaj’ sambutan Aidilfitri di kampung mereka kerana sering berasa terpinggir, lakonan Datuk

AC Mizal, Maryam, Zulin Aziz dan Naz Sally manakala Raya Rumah Mami menjanjikan komedi kekeluargaan apabila sebuah keluarga di Pulau Pinang, terkejut apabila mengetahui menantu baharu mereka adalah seorang lelaki berbangsa Tionghoa, tetapi akhirnya belajar meraikan perbezaan dua budaya. Lakonan Rozita Che Wan, Farouq Hussain, Sean Lee serta juara Dewi Remaja, Nylea Adzlan. Pelbagai cerita. Pelbagai rasa. Inilah Syawal penuh warna di Astro Prima.

  • 4 buah drama turut diteruskan daripada barisan drama Ramadan Raya Astro tahun ini, memaparkan kisah komedi, emosi dan keluarga, termasuk musim kedua karya popular Siti Rosmizah iaitu Andai Itu Takdirnya 2; drama tentang pertembungan akidah, pengkhianatan dan keruntuhan iman, menampilkan lakonan hebat Sharifah Sakinah, Aidil Aziz dan Trisha Ooi menerusi Sujud Terakhir Encik Norman, serta komedi dalam Keluarga Iskandar 3 yang kembali selepas 11 tahun. Menerusi Astro Prima pula adalah Mencari Isteri Sempurna mengisahkan apabila kesempurnaan menjadi obsesi, realiti yang pahit menanti. Sebuah drama penuh konflik dan emosi daripada penulis hebat iFAME dan Oka Aurora, dan Kisah Bawah Tanah, sebuah siri animasi komedi terbaharu untuk seisi keluarga yang mengisahkan makhluk halus dari lagenda dan cerita rakyat yang tiba-tiba bertembung dengan kekecohan dunia moden. Menggabungkan unsur mitos, humor slapstik dan situasi kontemporari, siri eksklusif Astro ini membawa legenda lama hidup semula dengan cara yang kelakar, segar dan menghiburkan seisi keluarga.
  • Manakala program variasi, hiburan dan komedi pula membawakan barisan rancangan istimewa yang menjanjikan kemeriahan sepanjang musim perayaan, termasuk siaran konsert berskala besar seperti Konsert GenKRU, kemunculan semula kumpulan legenda KRU yang mencetus fenomena, Majlis Tertinggi Rockqueen Ella 2026 yang meraikan perjalanan karier Ella sambil menyokong inisiatif kebajikan; Sembilu The Reunion Live In Concert, himpunan tiga figura hebat Dato Awie, Erra Fazira & Ziana Zain di atas satu pentas. Turut memeriahkan sambutan ialah Gegar Vaganza Raya Special yang menghimpunkan barisan GV12 dengan nostalgia dan lagu Raya, serta Bombastika Raya dan MeleTOP Raya yang menjanjikan hiburan, gelak tawa dan kiraan detik Syawal bersama barisan hos popular. Selain itu, Talk To My Manager Raya tampil dengan edisi kekeluargaan penuh nostalgia dan persembahan muzikal, manakala Dapur Bapak-Bapak Raya menggabungkan legenda kulinari dalam masakan Raya bersama anak yatim, menyemai semangat berkongsi. Melengkapkan tawaran ialah Misi Lawak Superstar, siri realiti komedi pengembaraan penuh cabaran dan humor spontan, serta Budak GenZI, program travel gaya hidup yang mengikuti empat rakan Gen Z meneroka pengalaman baharu sambil menonjolkan nilai persahabatan, keberanian dan kepercayaan. Kesemuanya boleh ditonton secara On Demand di Astro GO dan sooka.
  • Peminat sukan turut disajikan dengan program sukan khas Raya di Astro Arena (Saluran 801), termasuk Nadi Khas Projek Ramadan yang memaparkan persiapan bekas atlet menjelang Syawal, serta Nadi Arena Raya 1 dan Nadi Arena Raya 2 yang menampilkan sambutan Syawal dalam kalangan atlet negara. Dalam semangat Aidilfitri, Astro Arena turut mempersembahkan Arena Ketupat Rendang, sebuah program khas yang menggabungkan elemen hiburan Raya, bola sepak dan talkshow dalam satu crossover istimewa membabitkan dunia Bola Dulu Baru Kamu, Bola Itu Life, Borak Borak Botak dan Berbulu with Burn. Berlatar suasana open house yang meriah, program ini menyatukan hos Nafis ‘Abang Botak’ dan Faiz Gurun bersama barisan legenda serta personaliti seperti Zaquan Adha, Safee Sali, Datuk Zainal Abidin Hassan dan lain-lain dalam sesi borak bola, permainan Raya dan perkongsian kisah eksklusif, penuh nostalgia, gelak tawa dan energi perayaan.
  • Untuk pengalaman pawagam terus ke rumah anda, Astro First (saluran 480) mempersembahkan filem animasi pecah panggung, Papa Zola The Movie, sebuah aksi komedi pengembaraan mengenai seorang bapa yang kembali terlibat dengan organisasi rahsia bagi menyelamatkan anaknya daripada ancaman makhluk asing, bermula 19 Mac 2026. Selain itu, Abah Saya Uncle Mike turut disajikan sebagai drama kekeluargaan yang menyentuh perasaan tentang tiga beradik yatim piatu yang menemukan erti sebenar keluarga bersama seorang lelaki yang berhati mulia, tersedia untuk dilanggan bermula 2 April 2026.
  • Manakala peminat filem boleh menyaksikan dua naskhah terbaharu Astro Shaw di pawagam sempena musim perayaan ini, iaitu Malaikat Malam (26 Mac 2026), sebuah filem aksi romantik arahan Nazifdin Nasrudin yang dibintangi Syafiq Kyle dan Tracie Sinidol, mengisahkan perubahan hidup seorang ‘mat rempit’ selepas terlibat dalam satu insiden tidak dijangka; serta Mikael: Pemburu Dua Alam (2 April 2026) arahan Zahir Omar, yang menampilkan Dato’ Remy Ishak dalam sebuah aksi thriller supernatural mengenai seorang anggota polis merangkap pemburu jin yang berdepan ancaman makhluk ghaib.

Platform Digital

  • Astro Gempak turut menampilkan barisan kandungan khas Raya yang menggabungkan elemen hiburan, gaya hidup dan pengalaman perayaan. Antara sorotan termasuk Travel Balik Utara, sebuah siri road trip Aidilfitri yang mengikuti perjalanan santai penuh warna ke Ipoh; Gempak Most Wanted Raya, edisi istimewa berkonsepkan rumah terbuka yang menampilkan perkongsian cerita Raya serta persembahan eksklusif artis jemputan; serta musim terbaharu Sayang Ajar Masak Raya, yang membawakan cabaran memasak interaktif dan menghiburkan dalam suasana Raya. Kesemua kandungan ini menawarkan pengalaman tontonan yang segar, santai dan dekat dengan sambutan Aidilfitri masa kini.

Platform Radio

  • Astro Audio menyemarakkan sambutan Aidilfitri menerusi pelbagai inisiatif di setiap jenama radio yang mendekatkan pendengar dengan kemeriahan Raya. ERA membawakan Kenduri Raya ERA sebagai acara rumah terbuka tahunan bersama artis dan pendengar, manakala SINAR menerusi Raya di Pejabat memberi peluang pejabat terpilih menerima kunjungan Gen SINAR Pagi. THR

GEGAR pula menawarkan pengalaman membeli busana Raya bersama penyampai melalui Kurung Raya THR GEGAR, sementara ZAYAN menghadiahkan persiapan barangan Raya menerusi Troli Raya. Di Sabah dan Sarawak, ERA turut menampilkan inisiatif khas termasuk peluang beraya di rumah artis menerusi ERAya Macam Disabah serta kempen muzik Raya berunsur lokal yang meraikan keunikan komuniti setempat dalam Kiak Kaung Aiditfitri Special. 

  • Selain itu, Astro Audio juga buat julung kalinya melancarkan sebuah lagu raya khas berjudul Inilah Raya, menampilkan hampir 20 penyampai radio daripada rangkaian stesen Melayu iaitu ERA, ERA Sabah, ERA Sarawak, SINAR, THR GEGAR dan ZAYAN.

Tawaran untuk Pelanggan Astro

  • Bagi mereka yang ingin menyaksikan kandungan-kandungan istimewa Raya Astro 2026, langgani Pek Astro One bermula dari RM49.99*, memberikan pengalaman strim mudah dan hiburan tanpa batas. Pelanggan yang berminat untuk melanggan Astro One boleh layari astro.com.my atau hubungi Astro melalui WhatsApp di 03 9543 3838.
  • Kongsikan kemeriahan Raya bersama rakan dan keluarga menerusi pelekat Raya eksklusif tahun ini di WhatsApp, yang menampilkan mesej ringkas dan comel daripada duta serta bakat Ramadan Raya Astro. Pelekat ini boleh dimuat turun melalui aplikasi MyAstro.

Tanggungjawab Sosial Korporat

Susulan pengagihan pek keperluan (carepacks) di Assalamualaikum Terengganu pada bulan lalu, Astro turut meneruskan inisiatif Kami Care Bubur Lambuk di tiga lokasi terpilih. Program ini telah berlangsung di Bazar Ramadan Telawi, Bangsar pada 23 Februari dan akan diteruskan di Bazar Ramadan Jalan Raja Uda, Kampung Baru pada 1 Mac. Menerusi inisiatif ini, Astro Audio bersama para penyampai radio akan mengagihkan bubur lambuk kepada para pengunjung sebagai tanda penghargaan serta menyemarakkan semangat berkongsi rezeki sepanjang Ramadan.

Sebagai kemuncak, program ini bakal menghimpunkan kesemua 13 stesen Astro Audio dalam satu acara khas yang dijadualkan berlangsung di sebuah masjid di Bangi, Selangor pada penghujung Ramadan ini.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *