KUALA LUMPUR, 26 MAC 2026 – Aveta Motor Malaysia mengukuhkan komitmennya kepada penunggang motosikal dengan memperluas program khidmat bantuan bergerak Aveta Care on Wheels, untuk memenuhi keperluan perjalanan rakyat Malaysia sempena musim cuti Hari Raya. Matlamatnya ialah untuk menyediakan khidmat lepas jualan yang lebih pantas, mudah didapati dan boleh dipercayai bagi para pelanggan di seluruh Semenanjung Malaysia.
Peluasan rangkaian ini dilakukan pada masa yang amat penting, memandangkan Aveta meramalkan peningkatan 20-30% dalam permintaan bagi khidmat bantuannya dalam tempoh Raya kerana kenaikan ketara dalam perjalanan jarak jauh. Berasaskan pemerhatian industri, terdapat peningkatan 30-40% dalam penunggang motosikal yang balik kampung, lantas menambah bebanan ke atas motosikal dalam perjalanan lebih jauh.
Peluasan rangkaian ini dilaksanakan dengan satu matlamat: memudahkan penunggang motosikal Aveta mendapatkan bantuan yang diperlukan, di mana sahaja mereka berada. Dengan merangkumkan pengedar Preferred Plus terpilih dalam rangkaian khidmat bantuan bergerak, Aveta membawakan perkhidmatan lepas jualan profesional lebih hampir kepada para pelanggan—bagi mengurangkan masa kerosakan dan meningkatkan ketenangan fikiran sepanjang proses pemilikan.
Untuk mengukuhkan lagi keupayaan bertindak balas, Aveta telah meluaskan pasukan khidmat lepas jualan daripada satu kepada enam unit di Semenanjung Malaysia, berkat sokongan para pengedar Preferred Plus. Perkembangan ini dianggarkan dapat meningkatkan kapasiti perkhidmatan keseluruhan kira-kira 30-40% dan menyediakan bantuan di lokasi secara lebih pantas, dengan masa tindak balas dipercepat sehingga 50%, khususnya di jalan-jalan dengan lalu lintas tinggi.
Sokongan lepas jualan bergerak dan perkhidmatan motosikal ihsan kini disediakan oleh semua pengedar yang turut serta di dalam kawasan liputan, memastikan khidmat sokongan yang konsisten dan menyenangkan pelanggan. Pada musim Raya puncak, rangkaian ACOW yang diperluas juga akan beroperasi dengan liputan lanjut dan pasukan yang bersiap-sedia untuk menyediakan sokongan lebih kukuh kepada para penunggang di jalan raya.
Di bawah rangkaian lebih luas ini, KW Keat Wei Motor akan menyokong penunggang motosikal di serata Kedah, termasuk Alor Setar, dengan liputan turut dilanjutkan ke Perlis. Bagi menambah lagi liputan di utara, CKT Motor akan berkhidmat kepada penunggang di Sungai Petani dan kawasan sekitar, termasuk Pulau Pinang dan Perak. Di kawasan selatan, NG Brothers Motor akan menyokong penunggang di Johor Selatan, dari Simpang Renggam sehingga Johor Bahru dan kawasan berhampiran. Permintaan lebih tinggi dijangkakan di sepanjang laluan balik kampung utama seperti Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS Highway) dan Lebuh raya Pantai Timur (LPT).
Segala perkhidmatan ini disediakan dengan kerjasama rapat para pengedar Preferred Plus Aveta, yang menyokong unit perkhidmatan bergerak dan juga tawaran motosikal ihsan. Kerjasama ini membolehkan Aveta untuk meluaskan keupayaan perkhidmatan dengan lebih berkesan sambil mengekalkan pengalaman pelanggan bermutu tinggi dan konsisten di seluruh titik perhubungannya.
Program ini, bersama pasukan servis dalaman Aveta yang terus berkhidmat di Kawasan Tengah, Melaka dan Pantai Timur, kini menyediakan pengalaman lebih lancar dan liputan menyeluruh di seluruh negara.
“Pada musim Hari Raya, kami meramalkan lebih ramai penunggang motosikal di jalan raya, dan kebanyakannya menunggang lebih jauh daripada biasa,” kata Steven Lim, Pengarah Urusan Kumpulan Aveta Motor Malaysia. “Peluasan rangkaian ini membolehkan pelanggan mendapatkan sokongan tepat pada masanya di mana sahaja mereka berada, memberikan tahap keyakinan dan ketenangan fikiran lebih tinggi di sepanjang perjalanan. Menerusi kerjasama rapat dengan para pengedar Preferred Plus, kami menjadikan perkhidmatan lebih mudah didapati, lebih responsif dan lebih selari dengan apa yang benar-benar diperlukan oleh pelanggan.”
Inisiatif ini adalah sebahagian daripada misi lebih luas Aveta untuk membina ekosistem pemilikan yang boleh dipercayai dan mengutamakan pelanggan. Sambil Aveta terus berkembang maju di Malaysia, jenama tersebut terus memberi tumpuan membekalkan bukan sahaja motosikal berkualiti—tetapi komited untuk berdiri teguh menyokong pelanggan sepanjang perjalanan mereka, memastikan pelanggan menerima sokongan penjagaan, kemudahan dan keyakinan setiap kali mereka menunggang motosikal.
Untuk pertanyaan tentang bantuan atau perkhidmatan, pelanggan boleh menghubungi talian khas Aveta Careline di 012-503 5409, untuk memastikan bantuan diterima dengan hanya satu panggilan.
