(SEMASA) BYD Sime Motors Terus Memacu Kemajuan: Malaysia Sebagi Pasaran Pertama Asia Pasifik untuk Pelancaran 2026 BYD ATTO 3

Spread the love

KUALA LUMPUR, 5 Jun 2026 – BYD Sime Motors, pengedar rasmi kenderaan BYD di Malaysia, hari ini melancarkan 2026 BYD ATTO 3 serba baharu, yang menampilkan evolusi terkini model BYD pilihan utama rakyat Malaysia. Diperkenalkan sempena Sime Motors MotorExpo 2026, pelancaran ini turut menjadi satu lagi penanda aras penting dalam usaha mempercepatkan peralihan Malaysia ke arah mobiliti elektrik.

Pelancaran ini turut menandakan satu pencapaian bersejarah: BYD kini menjadi jenama EV No.1 sehingga kini di negara ini, dengan lebih 32,000 unit telah terjual setakat ini. Angka ini mencerminkan peningkatan keyakinan rakyat Malaysia terhadap mobiliti elektrik, sekali gus mengukuhkan lagi kedudukan BYD sebagai peneraju utama segmen EV. Seiring perkembangan rangkaian modelnya yang semakin luas, daripada BYD DOLPHIN yang kompak, BYD ATTO 3 yang serba guna, BYD SEAL yang bergaya, BYD M6 yang luas, BYD SEALION 7 yang dinamik, BYD ATTO 2 yang mesra bandar, hingga BYD SEAL 6 yang praktikal, BYD di Malaysia kini menawarkan pilihan lengkap untuk pelbagai segmen pengguna. Dengan gabungan sistem keselamatan menyeluruh, ciri sambungan pintar dan teknologi pemanduan yang lebih maju, jenama ini terus menetapkan standard baharu sambil memastikan pengguna di Malaysia mendapat pilihan yang sesuai dengan gaya hidup masing masing.

Jacob Ma, Pengurus Urusan BYD Malaysia, berkata, “BYD ATTO 3 merupakan model yang memulakan perjalanan BYD di Malaysia dan masih menjadi antara tonggak utama kejayaan kami di sini. Sebagai model pertama kami di negara ini, ia telah berkembang menjadi SUV EV paling laris di pasaran tempatan.

Kerjasama kami dengan Sime Motors telah membolehkan kami menyelami hati pelanggan tempatan dan menyediakan pengalaman memandu yang lebih memuaskan, disokong perkhidmatan selepas jualan yang lebih dipercayai dan layanan pelanggan yang lebih baik. Berasaskan kejayaan global melebihi 1.1 juta unit, ATTO 3 baharu ini dipertingkatkan lagi daripada produk asal, memberikan pengalaman pemanduan yang lebih halus, jarak pemanduan yang lebih jauh dan penggunaan harian yang lebih praktikal, sekali gus menawarkan nilai yang lebih baik kepada pelanggan.”

Adeline Lew, Pengarah Urusan BYD Sime Motors berkata, “Apabila kami memperkenalkan BYD di Malaysia pada Disember 2022, BYD ATTO 3 bukan sekadar sebuah SUV baharu, ia mencetuskan perubahan besar ke arah mobiliti elektrik di seluruh negara. Hari ini, ia kekal sebagai model EV paling laris sepanjang masa di Malaysia dengan jumlah 12,000 unit terjual. Model 2026 BYD ATTO 3 meneruskan perjalanan ini dengan spesifikasi yang dikemas kini untuk memenuhi keperluan pemandu Malaysia dengan lebih tepat. Gabungan prestasi yang lebih baik, teknologi yang lebih pintar dan kemudahan harian menjadikannya lebih sesuai dengan gaya hidup moden rakyat Malaysia.”

BYD ATTO 3 – Sorotan Produk

BYD ATTO 3 2026 ditawarkan dalam dua varian iaitu Ultra dan Premium. Varian Premium diletakkan sebagai pilihan spesifikasi lebih tinggi dengan fokus kepada prestasi, teknologi pintar dan jarak pemanduan yang lebih jauh untuk kegunaan pengguna Malaysia.

Selaras dengan tema “Faster Further Smarter”, varian Premium mampu memecut 0 hingga 100 km/j dalam hanya 5.5 saat, dikuasakan oleh Bateri Blade BYD 74.8 kWh dengan jarak sehingga 600 km NEDC serta pengecasan pantas DC sehingga 220kW. Varian Ultra pula menggunakan bateri 60.48 kWh dengan jarak sehingga 480 km dan pengecasan pantas DC sehingga 110kW. Kedua duanya turut dilengkapi sistem ADAS serta ciri moden yang direka untuk kegunaan harian rakyat Malaysia.

Harga BYD ATTO 3 2026 ialah RM 125,800 untuk Ultra dan RM 138,800 untuk Premium, dengan pilihan warna termasuk Ski White, Atlantis Grey, Harbour Grey dan Cosmos Black.

Pakej pelancaran khas BYD ATTO 3 2026 bernilai sehingga RM14,000*

Sempena pelancaran BYD ATTO 3, pelanggan ditawarkan pakej istimewa yang menambah nilai dan pengalaman pemilikan.

Tawaran termasuk:

  • Tukar beli terawal bernilai RM10,000 (500 pelanggan pertama sahaja)
  • Pilihan Unit Pengecas Dinding Dengan Pemasangan Standard* atau Pakej Servis Standard 6 Tahun

Tawaran ini mencerminkan usaha BYD untuk menjadikan pemilikan EV lebih mudah diakses, lebih bernilai dan lebih praktikal untuk rakyat Malaysia yang sedang beralih kepada mobiliti elektrik.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

Jaminan Menyeluruh & Nilai Tambahan

BYD ATTO 3 2026 hadir dengan pakej jaminan yang komprehensif serta aksesori percuma bagi memastikan pelanggan menikmati pengalaman pemanduan dengan lebih tenang dan yakin.

Skop jaminan merangkumi:

  • Jaminan kenderaan 6 tahun atau 150,000km
  • Jaminan bateri Blade voltan tinggi 8 tahun atau 160,000km
  • Jaminan unit pemacu 8 tahun atau 160,000km

Aksesori percuma yang disertakan:

  • Penyesuai Vehicle-to-Load (V2L)
  • Kabel pengecas Type 2 dengan palam 3 pin

BYD ATTO 3 2026 kini boleh dialami dan ditempah sepanjang acara Sime Motors MotorExpo 2026, serta di semua bilik pameran BYD Malaysia yang sah di seluruh negara. Pelanggan juga boleh menikmati tawaran promosi eksklusif serta manfaat pemilikan terhad sempena acara ini di Hall B, Level 2, XOX Arena, The Arch Galeries Kuala Lumpur, dari 5 hingga 7 Jun, jam 10 pagi hingga 12 tengah malam.

Tawaran Eksklusif Sempena Acara untuk Model-Model BYD

Selain BYD ATTO 3 2026, pengunjung Sime Motors MotorExpo 2026 turut boleh menikmati promosi istimewa bagi model BYD yang lain termasuk:

  • Pakej pemilikan menarik bernilai sehingga RM13,000 untuk BYD SEALION 7 dan sehingga RM10,288 untuk BYD SEAL 6
  • Nilai tukar beli khas untuk kenderaan tukar beli
  • Pakej pemilikan tanpa kerumitan yang direka untuk kemudahan pelanggan

Bagi memastikan pengalaman pelanggan yang lancar, BYD disokong oleh rangkaian kukuh di seluruh negara merangkumi 44 pusat jualan dan pemasaran, 25 fasiliti selepas jualan, 12 pusat baik pulih badan dan cat, serta juruteknik bertauliah yang dilatih di BYD Academy di Ara Damansara. Dengan kadar ketersediaan alat ganti selepas jualan sehingga 95%, Sime Motors terus memperkukuh ekosistem pemilikan bagi memastikan pelanggan menerima sokongan lebih pantas, perkhidmatan lebih dipercayai dan pengalaman peralihan ke mobiliti elektrik yang lebih lancar. Dengan pelaburan berterusan dalam pengalaman pelanggan, kecemerlangan perkhidmatan dan pembangunan bakat, BYD Sime Motors komited menyokong peralihan jangka panjang Malaysia ke arah masa depan mobiliti yang lebih bersih dan berasaskan elektrik.

Untuk maklumat lanjut, layari https://byd.simemotors.my/ atau ikuti BYD Sime Motors di https://www.facebook.com/BYDCarsMalaysia dan https://www.instagram.com/bydcarsmalaysia/.

Untuk pertanyaan, sila hubungi BYD Sime Motors di 1300-38-1888.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *