(SEMASA) Sime Darby Auto ConneXion-Ford Memperkukuh Kedudukan sebagai Peneraju SUV dengan Ford Everest Platinum

Spread the love

KUALA LUMPUR, 5 Jun 2026 – Sime Darby Auto ConneXion-Ford (Auto ConneXion – Ford), pengedar tunggal kenderaan Ford di Malaysia, hari ini melancarkan tiga pilihan baharu dalam rangkaian Ford Everest: Everest Platinum 3.0L, Everest Platinum 2.0L dan Everest Sport 2.0L di Sime Motors Expo 2026. Langkah ini merupakan antara peluasan rangkaian Everest paling besar di Malaysia, menawarkan kepada pelanggan pilihan lebih menarik dalam segmen SUV bagi gaya hidup, pengembaraan dan premium.

Direka untuk gaya hidup moden Malaysia, rangkaian Ford Everest yang diperluas membawakan pilihan SUV serba boleh  yang versatil bagi memenuhi kegunaan keluarga, perjalanan jarak jauh dan pengembaraan luar. Walaupun setiap varian  mempunyai perwatakan tersendiri, semuanya berkongsi kekuatan unik Everest dari segi binaan teguh, teknologi keselamatan canggih, keterhubungan pintar dan mutu ketukangan premium.

Versi utama, Ford Everest Platinum 3.0L Baharu memperkenalkan enjin diesel cas turbo 3.0-liter 4V DOHC V6, yang menjana kuasa 183.8 kW (250 PS) pada 3,250 rpm dan tork mengagumkan pada 660 Nm antara 1,750 dan 2,000 rpm. Selain transmisi automatik 10kelajuan dengan  eShifter, versi utama ini dilengkapi dengan sistem pacuan 4-roda sepenuh masa yang lebih canggih, membolehkan pengagihan tork pintar untuk memaksimumkan cengkaman, kestabilan dan kawalan dalam keadaan pemanduan lebih mencabar.  Secara tergabung, ciri-ciri ini menjadikan Ford Everest Platinum 3.0L sebagai Everest paling berkuasa dan canggih dari segi teknologi di Malaysia.

Ford Everest Platinum 3.0L Baharu berkongsi keanggunan reka bentuk Platinum premium, memaparkan gril menyerlah dengan huruf PLATINUM hitam garang, Lampu depan LED Matriks dan lampu kegunaan siang C-clamp tersendiri menarik perhatian di jalan raya. Dengan kapasiti tempat duduk sehingga 7 penumpang, SUV ini merupakan antara terhad dalam kelasnya yang menawarkan barisan tempat duduk bersaiz penuh dengan fungsi lipatan elektrik, menjadikan pilihan ideal untuk keluarga yang lebih besar atau pengembaraan secara berkumpulan. Roda aloi 21 inci yang lebih besar dengan tayar 275/45 R21 mengukuhkan lagi kestabilan jalan raya dan keyakinan pemanduan.

Di bahagian dalam, skrin berbilang sentuh 12-inci dengan keterhubungan tanpa wayar dan Ford SYNC® 4A menjanjikan pengalaman memandu yang lancar dan terhubung, melengkapi ciri keselesaan premium, teknologi pintar dan keupayaan untuk mengembara ke mana-mana sahaja. Versi ini boleh didapati dalam Acacia Green (Hijau Akasia), Meteor Grey (Kelabu Meteor) dan Absolute Black (Hitam Mutlak).

Ford Everest Platinum 2.0L Baharu menggabungkan kemewahan, teknologi dan keupayaan dalam pakej yang dikhususkan untuk pelanggan yang inginkan pengalaman pemilikan SUV lebih premium tanpa perlu mengorbankan ciri serba guna harian. Dipacu oleh enjin turbo diesel  2.0-liter yang menghasilkan kuasa 125 kW (170 PS) dan tork 405 Nm, serta digandingkan dengan transmisi automatik SelectShift 10-kelajuan dan sistem Electronic ShiftOn-The-Fly (ESOF), sistem 4-roda separuh masa, kenderaan ini menawarkan kombinasi seimbang dari segi prestasi, kecekapan dan keyakinan dalam persekitaran memandu yang berbeza.

Dengan reka bentuk yang dinaik taraf, Ford Everest Platinum 2.0L baharu menampilkan reka bentuk gril premium, lampu depan LED Matriks dan lampu kegunaan siang C-clamp tersendiri yang menonjolkan penampilannya di jalan raya. Kenderaan ini menggunakan roda aloi 20 inci dilengkapi tayar 255/55 R20 untuk tahap kestabilan yang lebih tinggi.

Di bahagian dalam, kabin menyediakan pengalaman memandu dan digital yang lebih canggih, disokong oleh skrin warna berbilang sentuhan 12-inci dengan keterhubungan tanpa wayar dan Ford SYNC® 4A untuk menghubungkan telefon pintar dan menyediakan kawalan intuitif bagi fungsi kenderaan yang utama. Everest Platinum 2.0L boleh didapati dalam warna Acacia Green (Hijau Akasia), Meteor Grey (Kelabu Meteor), Arctic White (Putih Artik) dan Absolute Black (Hitam Mutlak).

Ford Everest Sport 2.0L Baharu pula dipacu oleh enjin turbo diesel 2.0-liter yang menghasilkan kuasa 125 kW (170 PS) pada 3,500 rpm dan tork 405 Nm antara 1,750 dan 2,000 rpm. Digandingkan dengan transmisi automatik 10-kelajuan SelectShift dan dilengkapi dengan keupayaan Electronic Shift-On-The-Fly (ESOF) sistem 4-roda separuh masa, ia kini didatangkan dengan enam mod pemanduan, termasuk Mod  Lumpur/ Alur Tayar (Mut/Ruts) dan Mod Pasir (Sand) menjanjikan prestasi harian responsif dengan keupayaan untuk mengendalikan permukaan yang lebih mencabar. Everest Sport 2.0L menggabungkan tork rendah kukuh dengan keupayaan pemanduan mantap meliputi pelbagai keadaan jalan raya, menjadikannya amat sesuai untuk perjalanan di sekitar bandar dan percutian hujung minggu.

Ford Everest Sport 2.0L baharu menampilkan gril khas yang tersendiri, lampu depan LED dengan lampu kegunaan siang C-clamp, dan warna hitam garang yang menonjolkan penampilan teguhnya. Roda aloi 20 inci dengan tayar 255/55 R20 menghasilkan prestasi yang stabil dan mantap.

Di bahagian dalam, kerusi dwiwarna gaya sukan reka bentuk baharu mewujudkan ruang kabin lebih dinamik sambil mengekalkan keselesaan harian. Sistem pacuan 4- roda separuh masa dengan mod pemanduan yang boleh dipilih menambah lagi sifat serba bolehnya, membolehkan pemandu menyesuaikan kenderaan mengikut permukaan dan keadaan berbeza. Everest Sport 2.0L boleh didapati dalam warna Command Grey (Kelabu Kawalan), Lightning Blue (Biru Kilat), Arctic White (Putih Arktik) dan Absolute Black (Hitam Mutlak).

Turse Zuhair, Pengarah Urusan, Auto ConneXion, berkata, “Ford Everest diyakini ramai pelanggan Malaysia kerana keupayaan dan kegunaan harian praktikal. Dengan versi baharu ini, kami meluaskan tawaran untuk memastikan rakyat Malaysia boleh memiliki kenderaan yang memenuhi keperluan gaya hidup yang lebih luas, sama ada untuk perjalanan keluarga, ulang alik setiap hari, kembara luar atau menikmati pengalaman pemilikan yang lebih premium. Perkembangan ini juga mengukuhkan rangkaian Ford Everest, memberikan pelanggan pilihan lebih besar kenderaan yang lasak, berupaya dan dilengkapi teknologi yang direka untuk memenuhi keperluan kerja, keluarga dan gaya hidup. Langkah memperluas rangkaian ini menekankan komitmen kami untuk mengembangkan portfolio Ford di Malaysia dan memenuhi jangkaan pelanggan yang kian berubah dalam segmen SUV.”

Everest Platinum 3.0L, Everest Platinum 2.0L dan Ford Everest Sport 2.0L, dibuka untuk tempahan di pengedar sah Ford di seluruh negara, pada harga yang bermula daripada RM316,888. Sempena pelancaran ini, setiap pembelian untuk mana-mana varian Ford Everest baharu dalam bulan Jun, pelanggan akan menikmati tawaran ‘early bird’ iaitu termasuk perkhidmatan servis kereta percuma untuk dua tahun. Untuk spesifikasi teknikal lengkap, sila rujuk kepada lembaran spesifikasi yang dilampirkan.

Pelanggan turut boleh menikmati kempen Ford Fuel Rush Bonanza yang sedang berlangsung sehingga 30 Jun 2026. Pelanggan yang membeli dan menerima penyerahan kenderaan Ford baharu dalam tempoh kempen berpeluang memenangi bekalan bahan api percuma selama setahun, selain pelbagai hadiah gaya hidup dan barangan rumah seperti kad bahan api, peranti elektronik serta produk gaya hidup premium. Inisiatif ini sekali gus mempertingkatkan lagi pengalaman pemilikan kenderaan Ford bagi pelanggan di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut, layari https://ford.simemotors.my atau ikuti Ford Malaysia di Facebook, Instagram, X dan YouTube untuk maklumat terkini.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *