Kuala Lumpur, 22 Julai 2026 – JETOUR Malaysia secara rasmi melancarkan JETOUR T1 serba baharu, sebuah SUV urban moden yang direka bagi memenuhi keperluan pengguna Malaysia yang mengutamakan gaya, keselesaan, teknologi pintar serta kepraktisan untuk kegunaan harian dalam sebuah kenderaan.
Dibangunkan berlandaskan falsafah Travel+ jenama ini, JETOUR T1 menggabungkan reka bentuk kontemporari, teknologi pintar dan ciri serba boleh bagi menjadikan setiap perjalanan lebih menyeronokkan dan bermakna bersama keluarga serta insan tersayang. Pelancaran model ini turut mengukuhkan komitmen jangka panjang JETOUR terhadap pasaran Malaysia, di samping memperkukuhkan kehadiran jenama ini melalui rangkaian pusat jualan dan servis yang semakin berkembang di seluruh negara.
“Pelancaran JETOUR T1 merupakan satu lagi langkah penting dalam strategi pertumbuhan jangka panjang JETOUR Malaysia seiring usaha kami untuk terus memperkukuhkan portfolio SUV bagi memenuhi keperluan pengguna Malaysia yang sentiasa berkembang. Kami melihat potensi besar dalam segmen SUV di Malaysia, di mana pelanggan kini mencari kenderaan yang menggabungkan reka bentuk sofistikated, teknologi pintar serta kepraktisan untuk kegunaan harian. JETOUR T1 dibangunkan bagi memenuhi jangkaan tersebut, sekali gus mengukuhkan komitmen kami untuk menawarkan produk yang relevan dengan gaya hidup tempatan serta memberikan nilai yang lebih tinggi kepada pelanggan seiring dengan pertumbuhan jenama kami di pasaran,” kata Encik Nicholas Ng, Naib Presiden JETOUR Auto Malaysia.
Menampilkan reka bentuk utilitarian curvy kontemporari, JETOUR T1 mengimbangi penampilan yang berani dengan kepraktisan untuk kegunaan harian. Siluetnya yang moden diserlahkan menerusi lampu utama LED Storm-Eye, gril hadapan yang menyerlah serta garisan badan yang kemas, sekali gus menghasilkan penampilan yang yakin, sofistikated dan menyerlah di atas jalan raya. Dibina berasaskan platform monocoque dengan jarak roda 2,800mm, T1 menawarkan pengalaman pemanduan yang stabil, selesa dan lebih halus, di samping menyediakan ruang kabin luas yang menjadi ciri sebuah SUV urban moden. Pelanggan juga boleh memilih daripada empat pilihan warna luaran iaitu Khaki White, Aviation Silver, Sand Gold dan Carbon Black.
JETOUR T1 serba baharu ditawarkan dalam dua varian bagi memenuhi keperluan dan gaya pemanduan yang berbeza. Varian T1 1.5L TGDi 2WD dikuasakan oleh enjin turbo 1.5 liter yang menghasilkan 125kW (170PS) kuasa dan 270Nm tork, dipadankan dengan transmisi klac berkembar tujuh kelajuan yang memberikan prestasi lancar serta responsif untuk pemanduan harian. Dengan gabungan keselesaan premium, teknologi pintar dan ciri praktikal, varian ini menawarkan pengalaman pemanduan yang memenuhi keperluan gaya hidup urban moden. Sementara itu, T1 2.0L TGDi XWD dilengkapi enjin turbo 2.0 liter yang menghasilkan 180kW (245PS) kuasa dan 375Nm tork, bersama sistem pacuan semua roda pintar yang memberikan keyakinan serta kawalan lebih baik dalam pelbagai keadaan jalan dan cuaca.
Di bahagian dalaman, JETOUR T1 direka dengan teliti untuk memberikan pengalaman pemanduan yang selesa serta sentiasa terhubung. Kedua-dua varian dilengkapi pelbagai ciri ergonomik termasuk kluster meter digital 10.3 inci, paddle shifter, tempat duduk berbalut kulit tiruan, tempat duduk pemandu dengan pelarasan kuasa, tempat duduk hadapan dengan fungsi pengudaraan, lampu ambien, pembantu suara, sambungan tanpa wayar Apple CarPlay dan Android Auto, pengecas tanpa wayar 50W serta tujuh port USB, sekali gus mewujudkan ruang kabin yang mengimbangi keselesaan, kemudahan dan kepraktisan untuk kegunaan harian. Bagi meningkatkan lagi kemudahan penggunaan, kedua-dua varian turut dilengkapi pengelap cermin hadapan automatik dengan sensor hujan serta pintu belakang berkuasa, menjadikan urusan harian mahupun percutian hujung minggu lebih
Varian T1 1.5L TGDi 2WD turut didatangkan dengan pelbagai kelengkapan premium termasuk rim aloi gaya diamond 18 inci, skrin multimedia 12.8 inci serta sistem audio lapan pembesar suara bagi menawarkan pengalaman pemanduan yang lebih selesa dan terhubung. Bagi pelanggan yang mahukan lebih banyak ciri premium, T1 2.0L TGDi XWD menawarkan rim aloi gaya petal 19 inci, bumbung suria panoramik, tempat duduk penumpang hadapan dengan pelarasan kuasa dan perehat kaki, skrin multimedia lebih besar bersaiz 15.6 inci serta sistem audio premium Sony dengan sembilan pembesar suara, sekali gus memberikan tahap keselesaan dan fungsi yang lebih baik khususnya untuk perjalanan jauh.
Keselamatan kekal menjadi keutamaan dalam pembangunan JETOUR T1. Kedua-dua varian dilengkapi enam beg udara SRS, sistem Bantuan Pemanduan Termaju (ADAS) Tahap 2 serta sistem paparan panoramik bagi memberikan keyakinan dan ketenangan fikiran kepada pemandu dalam pelbagai situasi pemanduan. Mengukuhkan lagi aspek keselamatannya, JETOUR T1 turut menerima penarafan lima bintang ASEAN NCAP dengan skor keseluruhan sebanyak 87.67 mata, mencerminkan komitmen JETOUR dalam menawarkan teknologi keselamatan canggih yang memenuhi piawaian antarabangsa.
JETOUR T1 ditawarkan pada harga RM129,800 bagi varian T1 1.5L TGDi 2WD dan RM146,800 bagi varian T1 2.0L TGDi XWD[1]. Model ini disertakan dengan jaminan kenderaan selama 7 tahun atau 150,000 km, jaminan rangkaian kuasa selama 10 tahun atau 1,000,000 km, serta lima servis penyelenggaraan percuma, mencerminkan komitmen JETOUR Malaysia dalam memberikan ketenangan fikiran kepada pelanggan sepanjang tempoh pemilikan.
Pelanggan kini boleh memandu uji dan membuat tempahan JETOUR T1 di kesemua 43 bilik pameran sah JETOUR di seluruh negara. Sebagai tawaran istimewa sempena pelancarannya, 2,000 pelanggan pertama yang mendaftarkan JETOUR T1 mereka akan menikmati rebat sebanyak RM2,000, bersama kadar pembiayaan serendah 1.68%. Tertakluk kepada terma dan syarat.
Untuk maklumat lanjut mengenai JETOUR dan rangkaian SUV yang ditawarkan, layari https://jetour.com.my/.
[1] Nett selling price, without registration fee, inspection fee, HP ownership, road tax and insurance | Valid for Peninsula Malaysia only.
