KEDAH, 22 OGOS 2026 – Brixton Moucca 250 & ARIIC TOUCH 250 kini rasmi berada di pasaran Malaysia selepas dilancarkan bersempena Malaysia Bike Show (Mforce MotoXperience 2026) pada 29 Mei 2026 bersama 15 model baharu yang dilancarkan untuk pasaran tempatan.
Pelancaran rasmi model ini kepada pasaran turut diadakan bersempena majlis perasmian Mforce Best Shop KW Keat Wei Motor Sdn. Bhd. di Kuala Ketil.
Majlis tersebut turut dihadiri barisan pengurusan KW Keat Wei Motor Sdn. Bhd. serta wakil pengurusan Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd., termasuk Ketua Pegawai Operasi Mforce, Encik Asri Ahmad dan Pengurus Kanan Jualan, Encik Tang Hai Teik, sekali gus mencerminkan hubungan kerjasama erat antara Mforce dan rangkaian pengedar dalam memperluaskan akses kepada produk serta perkhidmatan motosikal di Malaysia.
Bersempena majlis perasmian Mforce Best Shop KW Keat Wei Motor Sdn. Bhd., pelanggan dan para konvoi turut berpeluang menyertai cabutan bertuah dengan hanya membuat pendaftaran untuk mendapatkan tiket penyertaan. Pelbagai hadiah daripada produk-produk Mforce ditawarkan kepada peserta yang bertuah.
BRIXTON MOUCCA 250
Ditawarkan pada harga RM12,888.00, tidak termasuk cukai jalan dan insurans, Brixton Moucca 250 hadir dalam empat pilihan warna iaitu Mint Green, Backstage Black, Clockwork Orange dan Enduro White menerusi pengedar rasminya, Brixton Malaysia. Model ini turut mengetengahkan reka bentuk yang bergaya dengan sentuhan moden serta praktikal untuk kegunaan harian.
Brixton Moucca 250 dikuasakan oleh enjin 244 cc satu silinder, 4 lejang, 4 injap dengan sistem penyejukan cecair, yang menghasilkan kuasa maksimum 18 kW pada 8,250 rpm dan tork maksimum 24 N.m pada 6,500 rpm. Enjin ini mempunyai ukuran piston dan lejang 72 × 60 mm, dipadankan bersama sistem transmisi automatik berpacukan tali sawat bagi memastikan penghantaran kuasa yang lancar dan mudah dikendalikan.
Sistem suntikan bahan api elektronik EFI daripada BOSCH serta sistem penghidup elektrik membantu memastikan operasi enjin yang cekap dan responsif. Tangki bahan api berkapasiti 12 liter pula memberikan kepraktisan untuk kegunaan harian dan perjalanan jarak sederhana.
Bagi sistem suspensi, Brixton Moucca 250 dilengkapi dengan fork teleskopik di bahagian hadapan serta penyerap hentak berkembar di bahagian belakang, memberikan keseimbangan antara keselesaan dan kestabilan ketika menunggang.
Prestasi membrek dikendalikan oleh cakera brek tunggal di bahagian hadapan dan belakang yang dipertingkatkan dengan Sistem Brek Anti Kunci (ABS) dwi saluran, sekali gus memberikan tahap kawalan dan keyakinan yang lebih baik ketika membrek.
Brixton Moucca 250 menggunakan tayar CST bersaiz 120/70-12 pada kedua-dua bahagian hadapan dan belakang, dipadankan dengan rim sport. Motosikal ini mempunyai dimensi keseluruhan 1,975 mm panjang, 735 mm lebar dan 1,145 mm tinggi, dengan jarak roda 1,410 mm, ketinggian tempat duduk 750 mm, kelegaan bumi 140 mm serta berat bersih 130 kg, menjadikannya mudah dikendalikan untuk pelbagai situasi tunggangan.
Dari segi kelengkapan, Brixton Moucca 250 hadir dengan paparan meter TFT, sistem kunci pintar Keyless serta port pengecas USB Type-A dan Type-C. Turut disediakan ialah butang LED bercahaya latar, suis keselamatan tongkat sisi serta sistem pencahayaan LED yang merangkumi lampu hadapan, lampu belakang, lampu isyarat dan lampu kecemasan.
Bagi meningkatkan aspek praktikaliti, model ini turut dilengkapi dengan ruang simpanan hadapan dan ruang simpanan bawah tempat duduk, manakala Sistem Kawalan Cengkaman (TCS) membantu meningkatkan kestabilan ketika menunggang. Kesambungan Bluetooth turut disediakan bagi menyokong hubungan dengan peranti penunggang.
Dengan gabungan reka bentuk bergaya, prestasi enjin yang responsif, ciri keselamatan moden serta kelengkapan praktikal, Brixton Moucca 250 menawarkan pilihan menarik kepada penunggang Malaysia yang mengutamakan gaya, keselesaan dan kemudahan dalam setiap perjalanan.
ARIIC TOUCH 250
Ditawarkan pada harga RM13,688.00, tidak termasuk cukai jalan dan insurans, ARIIC TOUCH 250 hadir dalam tiga pilihan warna iaitu Matt Black, Urban Green dan Phantom Grey, menampilkan reka bentuk moden serta kemasan yang sesuai untuk penunggang yang mengutamakan gaya dan praktikaliti.
ARIIC TOUCH 250 dikuasakan oleh enjin 249 cc satu silinder, 4 lejang, 4 injap dengan sistem penyejukan cecair, yang menghasilkan kuasa maksimum 16.5 kW pada 8,000 rpm dan tork maksimum 23.5 N.m pada 5,000 rpm, dengan nisbah mampatan 10.3:1. Enjin ini mempunyai ukuran piston dan lejang 69 × 66.7 mm, dipadankan bersama sistem transmisi automatik berpacukan tali sawat bagi memastikan penghantaran kuasa yang lancar dan responsif.
Sistem suntikan bahan api elektronik (EFI), pendikit mekanikal dua kabel serta sistem penghidup elektrik membantu memastikan operasi enjin yang cekap dan konsisten. Tangki bahan api berkapasiti 13 liter pula memberikan kepraktisan untuk kegunaan harian dan perjalanan jarak sederhana.
Bagi sistem suspensi, ARIIC TOUCH 250 dilengkapi dengan fork teleskopik di bahagian hadapan serta penyerap hentak berkembar di bahagian belakang, memberikan keseimbangan antara keselesaan dan kestabilan ketika menunggang.
Prestasi membrek dikendalikan oleh cakera brek tunggal di bahagian hadapan dan belakang yang dipertingkatkan dengan Sistem Brek Anti Kunci (ABS) dwi saluran, sekali gus meningkatkan tahap keselamatan dan keyakinan ketika membrek.
ARIIC TOUCH 250 menggunakan tayar bersaiz 120/70-14 di hadapan dan 130/70-13 di belakang, dipadankan dengan rim sport. Skuter ini mempunyai dimensi keseluruhan 1,950 mm panjang, 760 mm lebar dan 1,400 mm tinggi, dengan jarak roda 1,390 mm, ketinggian tempat duduk 760 mm, kelegaan bumi 110 mm serta berat kering 147 kg, menawarkan keseimbangan antara kestabilan dan kemudahan pengendalian.
Dari segi kelengkapan, ARIIC TOUCH 250 hadir dengan paparan meter TFT, sistem kunci pintar (keyless) serta port pengecas USB Type-A dan Type-C. Turut disediakan ialah suis keselamatan tongkat sisi serta sistem pencahayaan LED yang merangkumi lampu hadapan, lampu belakang, lampu isyarat dan lampu kecemasan.
Bagi meningkatkan aspek praktikaliti, model ini dilengkapi dengan ruang simpanan hadapan pada kedua-dua belah serta ruang simpanan bawah tempat duduk yang boleh dikembangkan. Sistem Kawalan Cengkaman (TCS) yang boleh dinyahaktifkan turut disediakan bagi membantu meningkatkan kestabilan ketika menunggang.
ARIIC TOUCH 250 turut dilengkapi dengan kamera papan pemuka hadapan serta pelindung angin yang boleh dilaraskan secara automatik. Kesambungan aplikasi pihak ketiga MotoFun turut disediakan, bersama sambungan Bluetooth yang menyokong fungsi navigasi, kamera papan pemuka dan notifikasi panggilan masuk.
Dengan gabungan prestasi enjin yang responsif, reka bentuk moden, teknologi pintar serta pelbagai ciri keselamatan dan praktikaliti, ARIIC TOUCH 250 menawarkan pilihan skuter yang lengkap untuk penunggang Malaysia yang mengutamakan keselesaan, kemudahan dan pengalaman tunggangan moden.
WARANTI
Dengan setiap pembelian Brixton Moucca 250, para pembeli boleh menikmati waranti selama 2 tahun. Perlindungan komprehensif penuh merangkumi tempoh 2 tahun atau sehingga 20,000 km (yang mana terdahulu). Sekiranya perbatuan melebihi 20,000 km dalam tempoh 2 tahun tersebut, komponen enjin kekal dilindungi di bawah waranti perbatuan tanpa had bagi baki tempoh waranti yang ada.
Selain itu, para pembeli juga boleh menikmati perkhidmatan pembelian alat ganti tulen secara dalam talian oleh Brixton Malaysia. Tertakluk kepada terma dan syarat.
Begitu juga dengan dengan setiap pembelian ARIIC TOUCH 250, para pembeli boleh menikmati waranti selama 2 tahun. Perlindungan komprehensif penuh merangkumi tempoh 2 tahun atau sehingga 20,000 km (yang mana terdahulu). Sekiranya perbatuan melebihi 20,000 km dalam tempoh 2 tahun tersebut, komponen enjin kekal dilindungi di bawah waranti perbatuan tanpa had bagi baki tempoh waranti yang ada.
Selain itu, para pembeli juga boleh menikmati perkhidmatan pembelian alat ganti tulen secara dalam talian oleh ARIIC Malaysia. Tertakluk kepada terma dan syarat.
