(SEMASA) MALAYSIA AUTOSHOW BAKAL DIANJURKAN JUN 2027, DIUMUMKAN SEMPENA SAMBUTAN HARI MALAYSIA KOMUNITI AUTOMOTIF

Spread the love

SERDANG, 16 September 2026 – Penganjur Malaysia Autoshow telah mengumumkan bahawa edisi 2027 akan berlangsung dari 4 hingga 8 Jun 2027 di MAEPS Serdang.

Malaysia Autoshow 2027 sekali lagi akan menghimpunkan pengeluar kenderaan, penyedia teknologi, pihak berkepentingan industri dan pengguna, bagi rakyat Malaysia untuk mengalami kenderaan, teknologi dan perkembangan terkini yang mencorak sektor automotif dan mobiliti.

Orang ramai digalakkan untuk mendaftarkan minat (ROI) mereka untuk Malaysia Autoshow 2027 melalui laman sesawang rasmi (www.autoshow.my) bagi menerima maklumat dan pengumuman terkini, termasuk kemas kini mengenai jualan tiket, jenama yang mengambil bahagian, program serta aktiviti yang bakal in anjurkan.

Pengumuman itu dibuat ketika rakyat Malaysia daripada komuniti automotif berkumpul untuk menyambut Hari Malaysia di Perhimpunan Jalur Gemilang di MAEPS Serdang, menghimpunkan peminat automotif di peringkat akar umbi berkongsi minat mendalam mereka terhadap dunia permotoran sambil meraikan perpaduan dan semangat Hari Malaysia.

Kenderaan yang mewakili empat warna bendera Malaysia – merah, putih, biru dan kuning – berhimpun untuk membentuk replika automotif berskala besar bagi menggambarkan Jalur Gemilang.

Lebih 230 kenderaan telah mengambil bahagian, terdiri daripada pemilik dari pelbagai latar belakang dan komuniti permotoran, yang bersatu tanpa mengira jenama, segmen atau jenis kenderaan, tetapi melalui minat yang sama terhadap kereta dan peluang untuk meraikan Hari Malaysia bersama-sama.

En. Boo Dickson, Ketua Pegawai Eksekutif Moonman Events – penganjur bersama Malaysia Autoshow bersama Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii), berkata aktiviti akar umbi tetap menjadi sebahagian penting dalam peranan Malaysia Autoshow untuk membangunkan komuniti automotif.

“Malaysia Autoshow adalah tentang masyarakat. Acara seperti Perhimpunan Jalur Gemilang menunjukkan bagaimana minat mendalam kita yang dikongsi bersama terhadap mobiliti boleh menyatukan rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang, komuniti dan minat yang berbeza. Pada Hari Malaysia, ia amat bermakna untuk melihat komuniti itu bersatu di bawah satu bendera,” katanya.

Beliau juga menjelaskan bahawa Malaysia mempunyai budaya automotif akar umbi yang rancak yang melangkaui pelancaran kenderaan baharu dan industri automotif itu sendiri, merangkumi pemilik, kelab, peminat dan komuniti di seluruh negara. Kekuatan dan kepelbagaian budaya kereta Malaysia juga telah menarik perhatian antarabangsa, yang baru-baru ini ditonjolkan dalam musim baharu rancangan The Grand Tour.

En.Dickson berkata inilah sebabnya penglibatan akar umbi akan terus menjadi sebuah bahagian penting dalam Malaysia Autoshow, melengkapi peranannya sebagai platform untuk pengeluar, syarikat teknologi dan pihak berkepentingan industri automotif yang lain.

Sempena pengumuman ini, sebuah video sorotan khas yang menampilkan temu bual bersama para peserta perhimpunan Jalur Gemilang Gathering telah dimuat naik di saluran rasmi Facebook (@malaysiaautoshow) dan YouTube

(www.youtube.com/@autoshow_my). Video tersebut memaparkan perkongsian komuniti mengenai erti perpaduan, senarai jenama impian serta harapan mereka untuk Malaysia Autoshow 2027, di samping detik pengumuman tarikh rasmi oleh En. Boo Dickson. Orang ramai dijemput untuk menonton dan turut berkongsi pandangan serta harapan mereka bagi edisi akan datang.

Butiran lanjut mengenai Malaysia Autoshow 2027 akan diumumkan secara berperingkat menjelang acara tersebut. Untuk maklumat lanjut, ikuti Malaysia Autoshow di Facebook, Instagram, Youtube, TikTok dan Threads.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *