LOS ANGELES, CALIFORNIA (October 19, 2026) — BKB Bare Knuckle Boxing, the world’s largest professional bare knuckle boxing organization, announced the signing of undefeated boxer and social media star Anthony Vargas to a multi-fight deal during an open workout event at Humble Warrior Gym in Los Angeles today.
Fighting out of Los Angeles, California, Vargas rose to prominence as a social media influencer, amassing a combined 14.5 million followers on TikTok and YouTube. The 26-year old eventually decided to enter the world of boxing, making his debut in 2024 with a unanimous decision win over Jeremy Park. He followed that up with a stoppage win against Irvin Arnoldo Arevalo Chavez in 2025, and then a third-round TKO win over Angel Antonio Mora Bernardino in June of 2026. Now, Vargas is ready to drop the gloves and step into the Trigon.
“Bare knuckle is more suited to my style. I feel like I can get the job done faster without gloves than I can with traditional boxing. I’m excited for my BKB debut. I don’t have an opponent yet but it doesn’t really matter – whoever they throw at me, I’ll be ready. I’m here to win. Right now it’s all about the preparation and I’m not thinking about anything besides what I need to do in the gym every day to get better. But once that bell rings and I flip that switch, it’s game on,” said Anthony Vargas.
Committed to his growth and development as a prize fighter, Vargas sharpens his tools at The Shop Strength and Fitness in Montclair, California, under experienced head coach and former pro boxer Eric Garcia. Garcia himself has worked alongside some of the best boxers in the world including world champions like Timothy Bradley, Shane Mosely, Antonio Diaz, and Riddick Bowe, among others.
“Anthony Vargas has the potential to make an impact in bare knuckle boxing, and we’re excited to welcome him to BKB. He has already shown he can build a following outside the ring while developing his skills as a young boxer, and now he has the opportunity to prove himself in one of the most demanding formats in combat sports. We believe in bringing fresh talent and new personalities into BKB, and we look forward to seeing Anthony embrace the challenge and show fans what he can do inside the Trigon,” said BKB Founder Mike Vazquez.
“Anthony Vargas is an exciting signing for BKB. He brings a growing profile, an unbeaten professional boxing record, and the confidence to take on the unique challenge of bare knuckle boxing. We’re always looking for fighters who can bring something new to the sport, both inside and outside the Trigon, and Anthony has the potential to make an impact as he begins this next chapter of his career,” said BKB CEO David Tetreault.
Vargas is just the latest addition to a rapidly-growing roster of more than 200 world-class fighters from across over 30 countries, further cementing BKB’s status as the world’s largest bare knuckle boxing organization in the world.
———————————————————————————————————————————————————————-
PETINJU TANPA KALAH DAN BINTANG MEDIA SOSIAL ANTHONY VARGAS MENANDATANGANI KONTRAK BERSAMA BKB
Vargas memiliki rekod 3-0 dalam tinju profesional
Vargas menyertai barisan petinju bertaraf dunia BKB yang semakin berkembang
LOS ANGELES, CALIFORNIA, 19 Oktober 2026 — BKB Bare Knuckle Boxing, organisasi tinju profesional tanpa sarung tangan terbesar di dunia, mengumumkan pemeteraian kontrak berbilang perlawanan bersama petinju tanpa kalah dan bintang media sosial, Anthony Vargas, dalam satu acara latihan terbuka yang berlangsung di Humble Warrior Gym, Los Angeles, hari ini.
Vargas yang berpangkalan di Los Angeles, California, mula dikenali sebagai pempengaruh media sosial dengan jumlah keseluruhan 14.5 juta pengikut di TikTok dan YouTube. Petinju berusia 26 tahun itu kemudiannya mengambil keputusan untuk menceburi dunia tinju dan membuat penampilan sulung profesional pada 2024 dengan menewaskan Jeremy Park menerusi keputusan sebulat suara.
Beliau meneruskan rekod cemerlang itu dengan kemenangan menerusi pemberhentian perlawanan ke atas Irvin Arnoldo Arevalo Chavez pada 2025, sebelum mencatat kemenangan TKO pada pusingan ketiga menentang Angel Antonio Mora Bernardino pada Jun 2026.
Kini, Vargas bersedia meninggalkan penggunaan sarung tangan dan melangkah ke dalam gelanggang khas BKB yang dikenali sebagai Trigon.
“Tinju tanpa sarung tangan lebih sesuai dengan gaya saya. Saya merasakan saya mampu menamatkan pertarungan dengan lebih pantas tanpa sarung tangan berbanding tinju tradisional. Saya teruja untuk membuat penampilan sulung bersama BKB.
“Saya masih belum mengetahui siapa lawan saya, tetapi perkara itu tidak begitu penting. Sesiapa sahaja yang dipilih untuk menentang saya, saya akan bersedia. Saya datang untuk menang.
“Buat masa ini, tumpuan saya adalah terhadap persiapan. Saya tidak memikirkan perkara lain selain apa yang perlu dilakukan setiap hari di gimnasium untuk meningkatkan kemampuan diri. Namun, sebaik sahaja loceng dibunyikan dan saya mula memberikan sepenuh tumpuan, pertarungan akan bermula,” kata Anthony Vargas.
Bagi memastikan perkembangan dan kemajuannya sebagai petinju profesional, Vargas menjalani latihan intensif di The Shop Strength and Fitness di Montclair, California, di bawah bimbingan ketua jurulatih berpengalaman yang juga bekas petinju profesional, Eric Garcia.
Garcia mempunyai pengalaman bekerjasama dengan beberapa petinju terbaik dunia, termasuk juara dunia seperti Timothy Bradley, Shane Mosley, Antonio Diaz dan Riddick Bowe, selain beberapa nama lain.
Pengasas BKB, Mike Vazquez, berkata Vargas mempunyai potensi untuk memberikan impak dalam sukan tinju tanpa sarung tangan dan pihaknya teruja menyambut kehadiran petinju itu ke dalam organisasi berkenaan.
“Anthony Vargas mempunyai potensi untuk memberikan impak dalam tinju tanpa sarung tangan dan kami teruja untuk mengalu-alukannya ke BKB.
“Beliau telah membuktikan keupayaannya membina pengikut di luar gelanggang sambil terus mengembangkan kemahiran sebagai petinju muda. Kini, beliau berpeluang membuktikan kemampuan dalam salah satu format paling mencabar dalam sukan tempur.
“Kami sentiasa berusaha membawa masuk bakat baharu dan personaliti berbeza ke BKB. Kami tidak sabar untuk melihat Anthony menyahut cabaran ini dan menunjukkan kepada peminat kemampuan sebenarnya di dalam Trigon,” katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif BKB, David Tetreault, turut menyifatkan pemeteraian kontrak Vargas sebagai perkembangan menarik buat organisasi tersebut.
“Anthony Vargas merupakan penambahan yang menarik kepada BKB. Beliau membawa profil yang semakin meningkat, rekod tinju profesional tanpa kalah serta keyakinan untuk menyahut cabaran unik dalam sukan tinju tanpa sarung tangan.
“Kami sentiasa mencari petinju yang mampu membawa sesuatu yang baharu kepada sukan ini, sama ada di dalam mahupun di luar Trigon. Anthony mempunyai potensi untuk memberikan impak ketika memulakan fasa baharu dalam kerjaya profesionalnya,” katanya.
Vargas merupakan antara penambahan terbaharu kepada barisan petinju BKB yang kini berkembang pesat, dengan lebih daripada 200 petinju bertaraf dunia dari lebih 30 negara.
Perkembangan itu sekali gus mengukuhkan kedudukan BKB sebagai organisasi tinju tanpa sarung tangan terbesar di dunia.
