Tag: BARU

(HIBURAN) ”MENAKLUK KOSMOS” pengubat rindu peminat kumpulan WINGS

ALG_5982

WINGS satu nama gah yang telah lama bertapak dalam industri muzik tanahair kini kembali menakluk dan mengegarkan melalui studio album terbaru mereka yang berjudul `MENAKLUK KOSMOS’. `MENAKLUK KOSMOS’ merupakan album yang telah lama dinantikan oleh peminat-peminat WINGS pastinya akan melebarkan sayap WINGS untuk menarik ramai peminat generasi baru. Album ini mengandungi 10 lagu baru yang akan mengembalikan era kegemilangan WINGS. Read more →

(SEMASA) Coca-Cola Collectors Fair Tahunan Mencecah Rekod Baru

DSC_3755

Coca-Cola Collectors Fairkembali tahun ini dengan bilangan kolektor yang mengambil bahagian dua kali ganda lebih daripada acara pertamanya 4 tahun lalu. Pesta tahun ini menyaksikan penyertaan 60 kolektor hebat, bukan sahaja dari Malaysia tetapi sejauh Amerika Syarikat, Sepanyol, Itali dan negara Asia Tenggara yang lain. Read more →

(SEMASA) KOLEKSI KLASIK LUX YANG BARU DENGAN WANGIAN EKSKLUSIF – KUNCI UNTUK MENYEMARAKKAN CINTA

Lux Product Shotsmallgmo

Masanya telah tiba untuk wanita di seluruh dunia untuk bangkit dan menyemarakkan rasa cinta. Kerana setiap wanita tahu bahawa setiap perhubungan itu harus dijalin dengan sedikit godaan, lantas jenama kecantikan ikonik Lux memperkenalkan Koleksi Klasik Lux dengan Wangian Eksklusif yang baru, yang diadun dengan not wangian bunga-bungaan indah dan SilkEssence™ yang melembutkan. Rangkaian sabun dan mandian badan klasik yang diperbaharui ini mengeluarkan buih dan haruman memikat, membuatkan kulit begitu menawan. Read more →

(HIBURAN) SKOOL of LAWAK, program realiti komedi baru di Astro

AMY98062

Astro sekali lagi mengangkat lawak ke medan paling tinggi apabila memperkenalkan sebuah program realiti komedi terbaru yang dijangka mencetuskan fenomena terbaru di televisyen Malaysia iaitu SKOOL of LAWAK. Program realiti komedi baru ini bakal membabitkan hampir 33 peserta yang telah dipilih melalui ujibakat diseluruh negara dan mereka ini seterusnya melepasi halangan bootcamp terakhir yang membolehkan mereka dipilih sebagai peserta akhir program SKOOL of LAWAK. Program ini akan mula bersiaran Langsung  bermula 14 Februari 2014 setiap hari Jumaat, jam 10 malam di Astro Warna 132 & Mustika HD 134. Read more →

(SEMASA) Irma Hasmie duta baru produk Radiglow

IMG_3904

Irma Hasmie secara rasminya dilantik sebagai duta baru produk Radiglow. Pengumuman ini telah dibuat sendiri oleh pengasas produk berkenaan Datin Seri Udani Mohd. Noor  bertempat di Hotel Royale Chulan . Mengulas mengenai pelantikannya sebagai duta produk Radiglow, Irma Hasmie menjelaskan bahawa dia telah menggunakan produk tersebut sebelum ini. Jelasnya, produk kesihatan yang mampu melambatkan proses penuaan itu amat serasi dengannya sehingga memaksa dia bersedia berkongsi dengan peminat. “Jika saya tidak menggunakan produk ini mungkin saya tidak berani untuk terima tawaran jadi duta. “Ia adalah produk yang bagus dan sesuatu perkara baik tidak salah saya kongsi bersama orang lain,” katanya. Selain duta produk, Irma baharu sahaja melancarkan jenama pakaiannya sendiri iaitu Debumas secara dalam talian. Untuk pengetahuan peminat Irma, selain dilantik sebagai duta produk kesihatan Radiglow selama setahun, beliau juga sibuk menjadi pengacara untuk program Assalamualaikum di TV Al-Hijrah dan menjadi duta tudung D’Haja. Read more →