Tag: NTV7

(HIBURAN) AMERICAN IDOL kini bersiaran di ntv7

image003small

Tiada siapa yang mampu menyangkal bahawa rancangan realiti siri pertandingan nyanyian yang terkenal di seluruh dunia, American Idol telah berjaya mencipta ramai penyanyi hebat. Antaranya Kelly Clarkson yang telah 3 kali memenangi anugerah Grammy dan Philip Philips yang mempunyai lagu single hit terlaris berjudul “Home.” Ternyata produk yang dihasilkan siri berjaya mendapat tempat di industri muzik di seluruh dunia. Lantas ntv7 kini menyiarkan rancangan American Idol musim ke-13 buat tontonan rakyat Malaysia bermula 22 Mac lalu dan akan bersiaran setiap hari Sabtu, jam 8.30 malam. Read more →

(SEMASA) #DoakanMH370 Ingatan Dan Harapan Kami Sentiasa Bersamamu

Messages of hope - Datuk Johan  Jaaffar, Chairman, Media Prima Berhad writing his message on the tribute  board

Sudah lebih sebelas hari dunia dikejutkan dengan insiden misteri kehilangan pesawat MH370. Namun sokongan rakyat Malaysia dan juga masyarakat seluruh dunia tanpa mengira bangsa dan agama tidak pernah putus diterima. Misi mencari serta menyelamat telah dijalankan secara intensif dengan satu harapan agar pesawat MH370 kembali ditemui dengan selamat. Read more →

(SEMASA) MRCA BRAND ACHIEVEMENT 2014 PENGIKTIRAFAN KEPADA MEREKA YANG BERANI BERIMAGINASI DAN TERBANG TINGGI

DEX_8164

Kata orang, cara terbaik untuk meramal masa hadapan adalah dengan menciptanya sendiri. Itulah yang sebenarnya dilakukan oleh seseorang usahawan iaitu – mencari perubahan, bertindak balas dan mengeksploitasi sesuatu untuk mendapatkan peluang ekonomi. Read more →

(SEMASA) 5 wanita pilihan BELLA HOPES kini diumumkan!

image003crop

Pencarian lima orang wanita untuk dipaparkan di dalam rancangan dokumentari istimewa Bella Hopes yang bakal bersiaran di ntv7 Mac ini, kini telah ditemui. Lima wanita itu terdiri daripada pelbagai golongan umur yang dilihat bakal menjadi inspirasi kepada pelbagai lapisan penonton yang menyaksikan rancangan dokumentari itu. Read more →

(HIBURAN) PIANISSIMO – Mampukah cinta mengatasi dendam?

Pianissimo PC - from Left Seah Song Fan, Jojo Goh, Huang Qi Ming & Wayne Chua

Sukar membayangkan apakah yang bakal alami jika tidak dapat mendengar atau berkata-kata. Pasti lebih mencabar jika hidup ditinggalkan ibu kandung sendiri serta didera oleh lelaki yang bergelar ayah yang sepatutnya bersifat membela. Namun bila takdir menentukan hanya jiwa yang tabah bakal berjaya mengharungi segala dugaan. Itu antara kandungan cerita yang bakal dipaparkan di dalam drama bersiri terbaru ntv7 – Pianissimo – yang mengisahkan kehidupan seorang gadis bisu dan pekak yang mengalami zaman kanak-kanak yang bermasalah dan kini berhadapan dengan hubungan cinta tiga segi yang merumitkan. Read more →