Avon Instinct menyingkap naluri sensual yang mendorongmu apabila tiada batasan yang menghalang dan hanya deria yang menguasai diri. Haruman menggoda dan eksotik ini menyerlahkan naluri primitifmu; seperti keinginan dan daya tarikan yang luar biasa pada pertemuan pertama dengan seseorang yang tidak dijangka. Read more →
Tag: Scha Al-Yahya
(HIBURAN) Lagu “Bahagiamu Deritaku“ nyanyian Hafiz Suip dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu 28 (AJL 28)
Lagu nyanyian Hafiz iaitu “Bahagiamu Deritaku“ telah dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu 28 (AJL 28) setelah berentap dengan 11 lagi lagu terbaik di pentas akhir Angerah Juara Lagu 28 yang bersiaran secara langsung dari Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Juara AJL 28 kali ini membawa pulang Trofi dan wang tunai RM 35,000 manakala naib juara AJL28 disandang oleh kumpulan Hyper Act menerusi lagu “Hanya Aku” dan membawa pulang Trofi dan wang tunai RM 15,000. Tempat ke tiga pula dimiliki oleh gandingan duo Altimate dan Awi Rafael menerusi lagu “ Kalau Aku Kaya”. Persembahan terbaik juga dirangkul oleh Hafiz melalui lagu “Bahagiamu Deritaku“ dengan membawa pulang hadiah Trofi dan wang tunai RM 10,000 manakala vokal terbaik dimenangi oleh Jaclyn Victor menerusi lagu “Ikut Rentakku”. Anugerah download ring tones celcom XPAX terbanyak milik “Bahagiamu Deritaku“ (Hafiz). Read more →
(HIBURAN) ‘Dampak’ yang bakal memberi kesan
‘Dampak’ menjadi tajuk filem terbaru lakonan pelakon-pelakon berkelas A di Malaysia antaranya Aaron Aziz, Farid Kamil, Juliana Evans, Intan Ladyana, Micheal Chin, Scha Al-Yahya, Yank Kassim, Cat Farish, Wan Hanafi Su dan ramai lagi. ‘Dampak’ yang membawa maksud kesan di dalam Bahasa Indonesia memberikan maksud yang amat mendalam apabila dikaitkan dengan niat membalas dendam yang secara tidak langsung boleh memusnahkan hubungan kemanusian. Filem yang bergenre fiksyen grafik novel ini mengambil pendekatan cerita seakan akan ‘swordman story’ pada era 90an. Namun begitu pihak produksi dan pengarah memasukan 100% elemen tempatan di dalam filem ini. Bertempat di ibu pejabat pihak penerbit di Petaling Jaya tempoh hari, telah berlangsungnya majlis ramah mesra dan sesi penerangan kepada pihak-pihak pengamal media sosial dengan penerbit dan pengarah filem Dampak ini. Pihak media telah dipertontonkan dengan trailer 2 minit filem tersebut dan juga trailer disebalik tabir (behine the scene) filem Dampak. Filem aksi ini mendapat pujian pihak media kerana ia menampakkan kelainan dari filem-filem tempatan lain yang berada di pasaran. Filem ini menggunakan teknologi CGI yang minimum tetapi mempunyai 100 peratus babak aksi tanpa menggunakan ‘stunt double atau body double’ kecuali yang membabitkan aksi berlari Farid Kamil yang tidak mampu untuk melakukan aksi tersebut setelah beliau terbabit dalam kemalangan yang mengakibatkan kecederaan pada lutut beliau. Read more →
(HIBURAN) Anugerah Blokbuster 2
Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) bakal menganjurkan Anugerah Blokbuster 2 dengan kerjasama Astro Ria serta Radio ERA sebagai penyiar dan radio rasmi untuk anugerah berprestij ini. Majlis anugerah ini akan diadakan pada hari Sabtu , 15 Jun 2013, jam 9.00 malam bertempat di Stadium Tertutup MBJB, Johor Bharu. Anugerah ini sekali lagi menggunakan system pemilihan daripada penonton yang diberi kuasa penuh kepada peminat untuk menentukan pemenangnya. Read more →
(HIBURAN) Filem ” Awan Dania The Movie “
Awan Dania The Movie
Filem Awan Dania The Movie ini adalah arahan pengarah popular tanah air iaitu Rashid Sibir. Filem ini membariskan barisan pelakon popular tanah air antaranya Scha Al-Yahya, Elly Mazlein, Rusdi Ramli, Jehan Miskin, Ruminah Sidek, Hans Isaac dan juga Zaibo. Read more →