(SEMASA) HARGA AYAM JATUH MENDADAK DI KENNY ROGERS ROASTERS!

Spread the love

800px-x-800px--RM1

~Tawaran Hebat Sempena Bulan Ramadhan~
Selangor, 15 Jun 2015 – Sempena bulan Ramadhan yang bakal menjelang tiba, pakar
ayam panggang Rotisserie yang terkemuka, Kenny Rogers ROASTERS (KRR) akan
memberikan potongan harga yang hebat kepada para pelanggannya untuk menikmati ayam
panggangnya yang enak lagi berkhasiat!EDM-HOD-ChickenPriceFall

Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan sihat yang disediakan KRR
bersama keluarga dan orang tersayang. Bermula 19 Jun 2015, para pelanggan dapat
membeli Kenny’s Whole Chicken yang kedua pada harga RM1* apabila mereka membeli
Kenny’s Whole Chicken yang pertama pada harga biasa di 100 restoran KRR di Malaysia.
*Tawaran ini hanya untuk dibawa pulang sahaja serta tidak sah untuk promosi atau
diskaun lain, dan hanya terhad kepada 100 set pertama yang terdiri daripada dua ekor
ayam, setiap hari bagi setiap restoran.
“Walaupun berbuka puasa di luar adalah pilihan popular, tiada apa yang setanding masa
yang diluangkan bersama keluarga dan orang tersayang untuk menikmati hidangan yang
sihat dalam keselesaan rumah. Kepercayaan inilah yang mendorong kami mengadakan
promosi take-away ini untuk membantu pelanggan kami berjimat di samping mengeratkan
silaturahim,” kata Christina Thong, Pengurus Pemasaran Berjaya Roasters (M) Sdn. Bhd.
Selain itu, KRR turut menambah empat hidangan lazat baru yang menampilkan Seri
Lagenda Chicken yang terbaru. Dengan ini, para pelanggan berpeluang menikmati ayam
panggang KRR terkenal yang diperap dengan pelbagai rempah tempatan dengan kuah
kacang yang pedas dan menambat selera. Paling menarik sekali, ia dipadankan dengan
nasi tomato serta pelbagai hidangan sampingan dan mufin perisa pandan yang popular.
Para pelanggan dapat menikmati Seri Lagenda Lite Meal, Seri Lagenda Soup Meal, Seri
Lagenda Platter atau Seri Lagenda Chicken Meal, serta minuman baru Lychee Splash,
hanya dalam tempoh yang terhad sahaja.

“Kami yakin Seri Lagenda Chicken dapat memenuhi pelbagai citarasa dan selera
pelanggan kami. Demi memastikan pelanggan kami dapat menikmati hidangan yang
berkhasiat bersama keluarga dan rakan karib di restoran KRR, promosi hebat juga
dirancangkan untuk pemegang Kad KRR kami,” tambah Christina.

Para pemegang Kad KRR berpeluang menikmati diskaun sehingga 40% untuk Seri
Lagenda Chicken Meal yang terbaru apabila mereka menjamu selera di restoran KRR dan
membuat bayaran dengan Kad KRR mereka. Pemegang kad yang membeli dua set Seri
Lagenda Chicken Meal dapat menikmati 20% diskaun, manakala mereka yang membeli 3
set yang sama akan menikmati diskaun sebanyak 30%. Bagi pembelian empat set Seri
Lagenda Chicken Meal dan ke atas pula, diskaun sebanyak 40% akan diberikan!

Selepas penat bekerja sehari suntuk, pelanggan yang ingin menjamu selera di restoran KRR
dapat menikmati perkhidmatan ROASTERS Ramadhan Reservation (RRR)! Perkhidmatan


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *