Archive for: March 2013

(HIBURAN) Filem ” Cerita Kita “….

IMG_6939Sutradara muda Pierre Andre kembali ke bidang pengarahan untuk filem ke 10 dari 11 filem beliau. Filem ke 74 keluaran MIG ini membariskan finalis FFM25 iaitu Pekin Ibrahim bergandingan dengan Yana Samsudin dan Fezrul Khan. Filem yang disiapkan dalam tempoh 11 hari ini menggunakan pendekatan ” filem yang di INDIE kan “ sebagai salah satu trend baru dalam menyiapkan filem berskala sederhana tanpa membabitkan peruntukan yang banyak dengan mengunakan peralatan yang seringkas mungkin. Filem cereka ‘Cerita Kita’ di bawah syarikat MIG Pictures Sdn. Bhd. akan menemui penonton di pawagam-pawagam tanah air pada 7 Mac 2013.
Read more →

(HIBURAN) “Bunohan” terbaik ….

IMG_0205smallGMOSeperti yang dijangka oleh ramai peminat filem tanah air, filem Bunohan diangkat sebagai pemenang Anugerah Filem Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-25 (FFM-25) yang telah diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya malam tadi. Kejayaan ini dilengkapi dengan kemenangan-kemenangan lain seperti  Anugerah Pengarah Filem Terbaik melalui sutradaranya  Dain Iskandar Said manakala Faizal Hussein dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik selain anugerah  Cerita Asal Terbaik dan Lakon Layar Terbaik.  Read more →

(SEMASA) Bella Awards Malam Penuh Makna & Glamor!

Winners @ Bella Awards 2013 (L-R) - Fara Fauzana, Dato' Ir. Rosaline Ganendra, Gillian Hung, Debbie Goh, Dr. Premitha Damodaran, Low Ngai Yuen

Bella Awards yang julung kali diperkenalkan oleh ntv7 ternyata tidak menghampakan apabila anugerah yang memberi pengiktirafan dan penghormatan kepada wanita bukan sahaja  berjaya mengangkat martabat wanita malah merupakan acara penuh glamor. Read more →

(SEMASA) BABA’S CU-BITS RAIKAN PEMENANG PERADUAN KREATIF BABA’S

babaas

Bermula 1 Julai 2012 yang lalu BABA’S telah menyiarkan siri masakan terbarunya, BABA’S cu-bits. Selain muncul sebagai program masakan pertama BABA’S ditujukan khas untuk penonton TV3, program 30 minit yang dihoskan oleh Chef Kamarul Husni Che Rose atau mesra dengan panggilan Chef Kamarul ini telah menampilkan trend hidangan baru – cu~bits, yang menonjolkan rasa-rasa Malaysia dalam jelmaan baru ala novelle cuisine! Read more →

(SEMASA) TABUNG TV3 BERSAMAMU MENERIMA SUMBANGAN RM 48,996 DARIPADA JULIE’S

Sesi Penyampaian Cek Julie's Kepada Tabung TV3 Bersamamu (2)

Aktiviti kemasyarakatan “TV3 & TV9 Uli – Uli Biskut Raya Bersama Julie’s” yang telah berlangsung pada 15 Julai 2012 di kilang biskut Julie’s di Masjid Tanah, Melaka sempena menyambut kedatangan bulan Ramadan melibatkan lebih 500 penyertaan daripada orang ramai serta kehadiran personaliti TV, chef dan artis popular tanahair. Read more →