(HIBURAN) “Bunohan” terbaik ….

Spread the love

IMG_0205smallGMOSeperti yang dijangka oleh ramai peminat filem tanah air, filem Bunohan diangkat sebagai pemenang Anugerah Filem Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-25 (FFM-25) yang telah diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya malam tadi. Kejayaan ini dilengkapi dengan kemenangan-kemenangan lain seperti  Anugerah Pengarah Filem Terbaik melalui sutradaranya  Dain Iskandar Said manakala Faizal Hussein dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik selain anugerah  Cerita Asal Terbaik dan Lakon Layar Terbaik. 

Filem Songlap juga tidak pulang dengan tangan kosong apabila membawa pulang beberapa anugerah antaranya Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik yang masing-masing dimenangi oleh Syafie Naswip dan Normah Damanhuri, di mana Normah Damanhuri memenangi trofi pertama beliau di Festival Filem Malaysia setelah lebih 30 tahun berkecimpung di dalam industri perfileman tanah air. Lain – lain anugerah yang dimenangi oleh filem Songlap adalah Anugerah Penyunting Terbaik (Wong Hui Lynn) dan  Sinematografi Terbaik.  Antara pemenang-pemenang lain antaranya Pelakon Wanita Terbaik, menjadi milik Maya Karin (Ombak Rindu). Anugerah Pelakon Harapan Lelaki Terbaik dan Pelakon Harapan Wanita Terbaik pula menjadi milik Izzue Islam dan Jojo Goh (29 Februari). Dalam pada itu, Ombak Rindu yang mencipta fenomena box office telah memenangi kategori Filem Box Office manakala anugerah Filem Bukan Melayu Terbaik dimenangi oleh filem ‘Petaling Street Warriors’. FFM-25 dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dengan kerjasama Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim), Penerbit Filem Malaysia (PFM), Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) dan Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia yang menyaksikan peningkatan penyertaan iaitu sebanyak 139 berbanding 86 penyertaan untuk semua kategori berbanding tahun lalu

Berikut adalah senarai penuh pemenang-pemenang anugerah FFM25 :

Filem Box Office: Ombak Rindu (Astro Shaw Sdn. Bhd./Tarantella Pictures Sdn. Bhd.)

Penyunting Terbaik: Songlap (Wong Hui Lynn)

Cerita Asal Terbaik: Bunohan (Dain Iskandar Said)

Anugerah Artis Sepanjang Zaman Wanita: (Mariani Ismail)

Pelakon Harapan Wanita: Jojo Goh (29 Februari)

Pelakon Harapan Lelaki: Izzue Islam (29 Februari)

Lakon Layar Terbaik: Bunohan (Dain Iskandar Said)

Sinematografi Terbaik: Songlap (Haris Hue Abdullah)

Anugerah Artis Sepanjang Zaman Lelaki: Datuk Aziz Satar

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Normah Damanhuri (Songlap)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Syafie Naswip (Songlap)

Anugerah Khas Juri Penggiat TV Lelaki: Manomaniam

Anugerah Khas Juri Penggiat TV Wanita: Lai Meng

Anugerah Khas Juri: Filem Vajrem

Pelakon Wanita Terbaik: Maya Karin (Ombak Rindu)

Pelakon Lelaki Terbaik: Faizal Hussein (Bunohan)

Filem Bukan Bahasa Melayu Terbaik: Petaling Street Warriors (Juita Entertainment Sdn. Bhd.)

Pengarah Filem Terbaik: Dain Iskandar Said (Bunohan)

Anugerah Pencapaian Khas: Rhythm & Hues Studio

Filem Terbaik: Bunohan (Apparat Sdn. Bhd.)

Anugerah Pembela Seni dan Budaya Malaysia: Datuk Seri Dr Rais Yatim

 

DSC_7871small

kredit foto : Hizami Roslan


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *