Archive for: August 2013

(HIBURAN) KE$HA WARRIOR MALAYSIA TOUR 2013

IMG_9288

Pop princess Ke$ha will be heading to Malaysian shores as part of her Warrior Tour which will be held at the iconic Stadium Negara on October 26. Presented by Tune Talk and organized by Livescape Asia, the one-night-only Ke$ha Warrior Tour Kuala Lumpur is set to attract over 7,000 fans in what will be the glittery singer’s first ever appearance in the country. Read more →

(SEMASA) Kempen Hari Merdeka Astro bertujuan untuk menyebarkan unsur positif dan kebahagiaan

Henry Tan, COO Astro and Astro Celebrities at the  Astro Celebrates Merdeka Launch

Bersempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-56, Astro membawakan yang terbaik menerusi kepelbagaian kandungan televisyen, online dan aktiviti menarik secara langsung bagi meningkatkan unsur positif dan kegembiraan. Aktiviti – aktiviti ini adalah kempen #gobeyond dan #UrMalaysianIsShowing dan juga pelancaran muzik video yang bertajuk “Excuse me Sir, your Malaysian is Showing’ Read more →

(SEMASA) Kumpulan BOBOI berkerjasama dengan Extra Moist Chocolate Cake (EMCC)

IMG_9195

AFDLIN SHAUKI dan HARUN SALIM BACHIK yang lebih dikenali sebagai BOBOI telah mengembangkan sayap mereka dengan menjadi rakan kerjasama dengan produk kek terbaru di bawah jenama Boboi Extra Moist Chocolate Cake . Majlis pelancaran dan sidang media yang berlangsung di Ballroom, Hotel Grand Continental, Kuala Lumpur itu turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif EXTRA DELICIOUS Sdn Bhd iaitu Encik Mohd Zaki Bin Salleh bersama isteri beliau Puan Maliza Malik merangkap Pengurus Besar EXTRA DELICIOUS Sdn Bhd yang juga pemilik asal resepi produk kek Extra Moist Chocolate Cake (EMCC) tersebut. Pada majlis itu juga, telah berlangsungnya majlis menandatangani perjanjian diantara Vision Works yang menguruskan kumpulan BOBOI dengan pihak EXTRA DELICIOUS Sdn Bhd. Di samping itu juga, majlis tersebut diadakan untuk membolehkan pihak EXTRA DELICIOUS Sdn Bhd memperkenalkan barisan ejen-ejen jualan persendirian dan juga pemilik stokis jualan EMCC seluruh negara kepada pihak media. Read more →

(HIBURAN) KL Zombi Serang Pawagam 29 Ogos Ini

GROUP PHOTO (1)

Resah pencinta filem tempatan berakhir apabila Grand Brilliance mengumumkan baru-baru ini bahawa filem terbaru terbitan mereka, KL Zombi akan mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 29 Ogos 2013. Filem yang diadaptasi dari novel Fixi karya Adib Zaini berjudul Zombijaya ini dianggap sebagai filem zombi pertama negara yang lengkap dengan tatarias dan efek yang setanding dengan taraf filem antarabangsa.  Selain menggalas tanggungjawab sebagai pengarah filem, Woo Ming Jin (Salon, Seru) juga mengolah skrip dan lakon layar untuk filem ini. Read more →

(SEMASA) ASUS memperkenalkan barisan inovasi gadjet terbaru

IMG_8768

ASUS memperkenalkan secara rasmi barisan peranti terbaru mereka di Malaysia. ASUS memperkenalkan lima produk baru terdiri daripada Fonepad Note FHD 6, VivoBook S551 Series, Memo Pad HD 7, Padfone Infinity dan N550 Series. Pengarah Rantau ASUS Asia Tenggara bagi Kumpulan Perniagaan Sistem Rex Lee berkata, beliau yakin sasaran terbabit dapat dicapai berdasarkan prestasi terkini syarikat sebagai pengeluar jenama notebook nombor satu di pasaran tempatan. Menurutnya, pengenalan produk baru setiap tahun diharap dapat meningkatkan penguasaan keseluruhan syarikat dalam pasaran sekali gus mampu bersaing dengan beberapa jenama antarabangsa yang bertapak kukuh di negara ini. Harga pasaran bagi Asus Memo Pad HD7 RM649, Fonepad Note FHD6 (RM849), VivoBook S551 Series (RM3,499 dan RM2,799), N550 Series (RM3,699 dan RM2,999) manakala PadFone Infinity (RM2,699). Read more →