Archive for: August 2013

(HIBURAN) TANDA PUTERA kembali bernafas ….

group photo (2)

Akhirnya TANDA PUTERA akan ke layar lebar di 60 pawagam di seluruh negara mulai 29 Ogos 2013 setelah melalui 2 sambutan Hari Raya Aidilfitri, 2 pilihan raya, satu umum dan satu kecil, serta terus bertahan melawan ramalan kalendar purba kaum Mayan yang meramalkan tarikh 21.12.2012 sebagai tarikh akhir zaman! Dalam masa setahun filem ini menunggu giliran di pawagam, industri filem Malaysia telah mengalu-alukan pelantikan Ketua Pengarah baru di Finas, Kementerian yang baru dan juga seorang Menteri baru.  Tim Produksi Pesona Pictures Sdn Bhd yang telah menerbitkan filem ini bersama FINAS, sangat berterima kasih kepada ramai yang telah memberi sokongan dan galakan, tidak lupa juga kepada Menteri Komunikasi dan Multi Media, YB Dato Shabery Cheek yang telah meluluskan tayangan umum TANDA PUTERA. Mereka sangat teruja orang ramai akhirnya akan dapat menyaksikan filem ini. Read more →

(HIBURAN) Dato’ Siti Nurhaliza, Faizal Tahir & Melly Goeslaw – 3 nama besar di dalam AF 2013

IMG_9153crop

Buat pertama kali dalam sejarah penerbitan program Akademi Fantasia, AF 2013 (#AF2013) bakal membawa masuk tiga orang penghibur popular yang cukup disegani iaitu Dato’ Siti Nurhaliza (#SitiNurhaliza), Melly Goeslaw (#MellyGoeslow) dan Faizal Tahir (#FaizalTahir) untuk menerajui barisan tenaga pengajar sebagai Inspirer (#Inspirer). Kehadiran ketiga-tiga ikon yang tidak asing lagi dalam industri seni hiburan ini bukan sahaja untuk memberi bimbingan dan berkongsi pengalaman malah untuk memberi inspirasi kepada bintang-bintang AF dalam mempersiapkan mereka sebagai bintang masa depan. Read more →

(HIBURAN) Konsert Temptations Reloaded Live In Malaysia bersama Datuk Shah Rukh Khan

IMG_9115gmo

Ikon Bollywood terkenal Datuk Shah Rukh Khan bakal membuat persembahan pada 11 Oktober 2013 di Stadium Nasional Bukit Jalil bersempena Konsert Temptations Reloaded. Konsert yang dianjurkan 2Spicy Entertainment dan Hitman Solutions Sdn Bhd ini juga bakal membawa aktres Bollywood terkenal iaitu Madhuri Dixit serta penyanyi rap terkenal dan sensasi YO YO Honey Singh untuk bersama-sama memeriahkan pertunjukan tersebut. Menurut penganjur konsert, 2Spicy Entertainment dan Hitman Solutions Sdn Bhd , masih ada beberapa penambahan artis untuk konsert tersebut, namun masih belum mendapat lampu hijau untuk diperkenalkan pada pihak media. Penjualan tiket akan bermula pada 25 Ogos 2013 dan boleh didapati secaraonline di www.vip.my dan juga di kedai-kedai Rock Corner terpilih. Harga tiket bermula serendah RM99 sehingga RM1999. Read more →

(HIBURAN) Super Spontan 2013 masuk musim ke 2

IMG_7256

Setelah menobatkan Zizan Razak sebagai juara musim lalu, Super Spontan kembali buat musim ke 2. Super Spontan merupakan sebuah rancangan improvisasi yang di ambil dari rancangan Spontan sebelum ini. Bezanya daripada Spontan, Super Spontan menampilkan 2 kumpulan yang terdiri daripada pelawak dan selebriti. Mereka akan bersaing bagi merebut gelaran juara setiap minggu yang ditentukan melalui undian SMS penonton. Pasukan yang tewas setiap minggu akan memasuki pusingan penyingkiran di mana salah seorang peserta dalam kumpulan yang tewas akan disingkirkan berdasarkan undian daripada setiap ahli kumpulan. Program realiti ini bakal bersiaran secara langsung menerusi Astro Warna, saluran 132 di dalam pakej Mustika pada setiap hari Jumaat bermula 30 Ogos 2013, jam 10.00 malam dan ditayangkan serentak di Mustika HD (saluran 134). Mengekalkan format asal dan bakal bersiaran selama 10 minggu menampilkan gandingan pengacara baru iaitu penyampai Radio ERA , Ray dan Haniff manakala Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik dan Amir Raja Lawak kekal bertindak sebagai pengulas. Musim baru ini juga turut memperkenalkan Razif Hashim dan Rashid Salleh yang akan menjadi pengurus kepada dua kumpulan bertanding iaitu KETAM KONFIUS dan SEMUT SENTAP. Juara Super Spontan 2013 bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000.

Read more →

(HIBURAN) Gandingan Eksklusif Guba & Yuna Di Adelaide Festival Centre September Ini

GubaYuna Pix Studiogmo

Gabriel Robert Rawantas, atau lebih dikenali sebagai Guba di kalangan masyarakat Malaysia, telah dipilih oleh Adelaide Festival Centre untuk membuat persembahan di Festival OzAsia 2013. Festival OzAsia yang dianjurkan oleh Adelaide Festival Centre adalah acara tahunan yang diadakan pada bulan September selama dua minggu. Acara ini menyajikan persembahan kebudayaan oleh para karyawan Australia yang berasal dari negara Asia, dalam usaha untuk mengetengahkan warisan budaya Asia. Persembahan kebudayaan yang akan berlangsung selama 2 minggu meliputi perlbagai macam persembahan, seperti teater, tarian, muzik, filem, saster, seni visual, seni kreatif, dan sajian makanan. Setiap tahun, Festival OzAsia akan meilih satu negara Asia sebagai tema utama. Untuk tahun 2013 ini, Malaysia telah diberi penghormatan untuk menjadi tema inspirasi Festival OzAsia. Read more →