Buat pertama kali dalam sejarah penerbitan program Akademi Fantasia, AF 2013 (#AF2013) bakal membawa masuk tiga orang penghibur popular yang cukup disegani iaitu Dato’ Siti Nurhaliza (#SitiNurhaliza), Melly Goeslaw (#MellyGoeslow) dan Faizal Tahir (#FaizalTahir) untuk menerajui barisan tenaga pengajar sebagai Inspirer (#Inspirer). Kehadiran ketiga-tiga ikon yang tidak asing lagi dalam industri seni hiburan ini bukan sahaja untuk memberi bimbingan dan berkongsi pengalaman malah untuk memberi inspirasi kepada bintang-bintang AF dalam mempersiapkan mereka sebagai bintang masa depan. Read more →
Archive for: August 2013
(HIBURAN) Konsert Temptations Reloaded Live In Malaysia bersama Datuk Shah Rukh Khan
Ikon Bollywood terkenal Datuk Shah Rukh Khan bakal membuat persembahan pada 11 Oktober 2013 di Stadium Nasional Bukit Jalil bersempena Konsert Temptations Reloaded. Konsert yang dianjurkan 2Spicy Entertainment dan Hitman Solutions Sdn Bhd ini juga bakal membawa aktres Bollywood terkenal iaitu Madhuri Dixit serta penyanyi rap terkenal dan sensasi YO YO Honey Singh untuk bersama-sama memeriahkan pertunjukan tersebut. Menurut penganjur konsert, 2Spicy Entertainment dan Hitman Solutions Sdn Bhd , masih ada beberapa penambahan artis untuk konsert tersebut, namun masih belum mendapat lampu hijau untuk diperkenalkan pada pihak media. Penjualan tiket akan bermula pada 25 Ogos 2013 dan boleh didapati secaraonline di www.vip.my dan juga di kedai-kedai Rock Corner terpilih. Harga tiket bermula serendah RM99 sehingga RM1999. Read more →
(HIBURAN) Super Spontan 2013 masuk musim ke 2
Setelah menobatkan Zizan Razak sebagai juara musim lalu, Super Spontan kembali buat musim ke 2. Super Spontan merupakan sebuah rancangan improvisasi yang di ambil dari rancangan Spontan sebelum ini. Bezanya daripada Spontan, Super Spontan menampilkan 2 kumpulan yang terdiri daripada pelawak dan selebriti. Mereka akan bersaing bagi merebut gelaran juara setiap minggu yang ditentukan melalui undian SMS penonton. Pasukan yang tewas setiap minggu akan memasuki pusingan penyingkiran di mana salah seorang peserta dalam kumpulan yang tewas akan disingkirkan berdasarkan undian daripada setiap ahli kumpulan. Program realiti ini bakal bersiaran secara langsung menerusi Astro Warna, saluran 132 di dalam pakej Mustika pada setiap hari Jumaat bermula 30 Ogos 2013, jam 10.00 malam dan ditayangkan serentak di Mustika HD (saluran 134). Mengekalkan format asal dan bakal bersiaran selama 10 minggu menampilkan gandingan pengacara baru iaitu penyampai Radio ERA , Ray dan Haniff manakala Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik dan Amir Raja Lawak kekal bertindak sebagai pengulas. Musim baru ini juga turut memperkenalkan Razif Hashim dan Rashid Salleh yang akan menjadi pengurus kepada dua kumpulan bertanding iaitu KETAM KONFIUS dan SEMUT SENTAP. Juara Super Spontan 2013 bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000.
(HIBURAN) Gandingan Eksklusif Guba & Yuna Di Adelaide Festival Centre September Ini
Gabriel Robert Rawantas, atau lebih dikenali sebagai Guba di kalangan masyarakat Malaysia, telah dipilih oleh Adelaide Festival Centre untuk membuat persembahan di Festival OzAsia 2013. Festival OzAsia yang dianjurkan oleh Adelaide Festival Centre adalah acara tahunan yang diadakan pada bulan September selama dua minggu. Acara ini menyajikan persembahan kebudayaan oleh para karyawan Australia yang berasal dari negara Asia, dalam usaha untuk mengetengahkan warisan budaya Asia. Persembahan kebudayaan yang akan berlangsung selama 2 minggu meliputi perlbagai macam persembahan, seperti teater, tarian, muzik, filem, saster, seni visual, seni kreatif, dan sajian makanan. Setiap tahun, Festival OzAsia akan meilih satu negara Asia sebagai tema utama. Untuk tahun 2013 ini, Malaysia telah diberi penghormatan untuk menjadi tema inspirasi Festival OzAsia. Read more →
(SEMASA) PAPPARICH bersama anak-anak yatim Pusat Jagaan Rumah Kesayangan (RUKESA)
Bersempena sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri ini, pihak PappaRich Group Sdn Bhd yang memiliki rangkaian perniagaan restoran PAPPARICH telah mengadakan majlis rumah terbuka bersama anak-anak anak yatim dan fakir miskin dari rumah Pusat Jagaan Rumah Kesayangan (RUKESA). Seramai 30 kanak-kanak yang bertuah ini diraikan oleh pihak pengurusan dan kakitangan restoran PAPPARICH cawangan The Gardens , Mid Valley Kuala Lumpur. Mereka dijamu dengan pelbagai hidangan istimewa restoran PAPPARICH dan dihiburkan dengan persembahan silap mata serta pemberian duit raya dan cenderahati dari pihak PAPPARICH. Di majlis ini juga pihak PappaRich Group Sdn Bhd yang diwakili oleh CEO mereka Mr. Law Teng How turut sama menyumbangkan sumbangan dalam bentuk wang tunai sebanyak RM10,000 kepada pihak pengurusan Pusat Jagaan Rumah Kesayangan (RUKESA). Read more →





