Lagu nyanyian Hafiz iaitu “Bahagiamu Deritaku“ telah dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu 28 (AJL 28) setelah berentap dengan 11 lagi lagu terbaik di pentas akhir Angerah Juara Lagu 28 yang bersiaran secara langsung dari Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Juara AJL 28 kali ini membawa pulang Trofi dan wang tunai RM 35,000 manakala naib juara AJL28 disandang oleh kumpulan Hyper Act menerusi lagu “Hanya Aku” dan membawa pulang Trofi dan wang tunai RM 15,000. Tempat ke tiga pula dimiliki oleh gandingan duo Altimate dan Awi Rafael menerusi lagu “ Kalau Aku Kaya”. Persembahan terbaik juga dirangkul oleh Hafiz melalui lagu “Bahagiamu Deritaku“ dengan membawa pulang hadiah Trofi dan wang tunai RM 10,000 manakala vokal terbaik dimenangi oleh Jaclyn Victor menerusi lagu “Ikut Rentakku”. Anugerah download ring tones celcom XPAX terbanyak milik “Bahagiamu Deritaku“ (Hafiz). Read more →
Archive for: January 2014
(SEMASA) KAKAOTALK BERBORAK DENGAN MALAYSIA!
KakaoTalk, platform sosial mudah alih pertama di dunia mencatat pelancaran rasmi di Malaysia hari ini, menjanjikan para pengguna suatu pengalaman berskala epik. Setelah menempa nama sebagai ‘penghubung pintar’ di negara asalnyaKorea Selatan, KakaoTalk kini menerajui satu revolusi untuk mengubah cara warga Malaysia berkomunikasi merentasi pelbagai platform di dalam ekosistem sosial mudah alih Read more →
(HIBURAN) Tune Hotels anggap penajaan ‘Sleeq & Friends’ satu usaha dekati remaja
Drama muzikal terbaru terbitan Excellent Pictures ‘Sleeq & Friends’ yang dibintangi duo hip-hop popular dari Singapura, Alif Abdullah (Alyph Sleeq) dan Ahmad Syarifullah (Syarif Sleeq) akan menemui penonton di seluruh negara apabila ia mula ditayangkan menerusi saluran TVi RTM (Astro 180) bermula Jumaat ini 24 Januari jam 9 malam. Read more →
(SEMASA) Kempen ‘Give Hope, Receive Good Health’ Antabax dengan Kerjasama Giant Kutip Dana RM53,000 untuk Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO)
Antabax, rangkaian penjagaan diri antibakteria yang dipercayai dan inovatif dengan perlindungan 24 jam daripada 99.9% jenis kuman, dengan kerjasama peruncit terkemuka Malaysia, Giant, telah mengutip dana sebanyak RM53,672.26 untuk Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) menerusi kempen ‘Give Hope, Receive Good Health’. Read more →





