(HIBURAN) LANGKAH KANAN MIG DI TAHUN 2014

Mig2014-1

Jika disebut nama David Teo, dia amat sinonim dengan petikan pantun dalam bentuk 2 rangkap setiap kali mengakhiri ucapan setiap majlis atau malam tayangan perdana setiap filem keluaran MIG. Seorang ahli perniagaan merangkap penerbit/ketua pegawai eksekutif Metrowealth (MIG) tidak penah lokek dengan senyuman setiap kali beramah mesra dengan tetamu, rakan media dan juga peminat-peminat tegar filem keluaran syarikat MIG dan seringkali bersikap optimis terhadap cabaran dalam dunia penerbitan filem dan drama di Malaysia. Jika penerbit-penerbit lain bersikap berhati-hati dalam penerbitan atau pembuatan filem, Mejar (K) David Teo senangtiasa yakin dengan hala tuju penerbitan syarikat beliau iaitu Metrowealth (MIG).

Mig2014-3

Di kala kesuraman kutipan filem di pawagam yang menghantui banyak penerbit-penerbit utama di Malaysia, David Teo tetap terus menghasilkan barisan dan deretan filem atau drama yang mana memenuhi slot-slot tayangan panggung tempatan dan stesen tv negara. Bertitik tolak dengan kegagalan awal beliau dikala mula-mula menceburi bidang perfileman tanah air menerusi filem SYUKUR 21 pada tahun 2000, penerbit cekal ini tidak pernah menoleh ke belakang atau mengundur diri walaupun pelaburan besar ke atas filem pertama beliau itu gagal. Memetikan ucapan David Teo pada majlis sambutan tahun baru Cina 2014 dan majlis kesyukuran MIG bersama media, beliau berkata “ kegagalan filem pertama tersebutlah, menjadikan beliau masih kekal di persada perfileman Malaysia sampai sekarang”.

Berbekalkan slogan “Bintang Dicipta Bukan Dilahirkan”, Mejar (K) David Teo bukan sahaja mencapai sasaran penerbitan filem ke 100 mereka sepanjang 14 tahun penglibatan mereka di dalam industri semenjak tahun 2000, malahan berjaya melahirkan ramai bintang-bintang pelakon baru serta pengarah-pengarah muda bagi memenuhi keperluan industri hiburan perfileman Malaysia. Sebut sahaja nama-nama seperti Diana Amir, Zalif Sidek, Intan Ladyana, Pierre Andre, Mikail Andre, Shaheizy Sam, Yana Samsudin, Ashim Rejab, Bob Hashim, Eyra Rahman, Farid Kamil, Wawa Zainal dan ramai lagi menjadikan MIG antara gudang penghasilan prospek-prospek bintang tidak kira sebagai pelakon, pengarah mahupun krew-krew penerbitan.

Mig2014-2

Sepanjang tahun 2013, Metrowealth (MIG) masih lagi mendominasi jumlah kutipan filem Melayu dengan menguasai peratusan kutipan melebihi 31% menerusi 17 buah filem yang telah ditayangkan. Antara filem yang melepasi sasaran kutipan melebihi RM 1 juta antaranya, Adnan Sempit 3, Minyak Dagu dan 2 filem hujung tahun ‘Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang’ serta filem yang tidak disasarkan untuk mencapai sasaran box office pada peringkat awalnya iaitu ‘Highland Tower’.

Pada majlis sambutan tahun baru Cina 2014 dan majlis kesyukuran MIG bersama media yang telah berlangsung di Shah Alam itu, pihak MIG bukan sahaja mengiktiraf barisan media dan para bloggers serta sahabat DT, malahan pihak MIG memberi pengiktirafan kepada sebahagian besar pekerja mereka yang cemerlang dengan penganugerahan hadiah dalam bentuk rumah serta wang tunai. Barisan tenaga kerja bagi 2 filem hujung tahun yang mencecah box office iaitu ‘Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang’ serta filem ‘Highland Tower’ turut sana menerima habuan durian runtuh dari pihak Metrowealth (MIG).

MIG cnyGMO

Untuk perancangan tahun 2014, pihak Metrowealth (MIG) telah bersiap sedia untuk menggempur, pawagam-pawagam tanah air dengan barisan filem-filem baru antaranya Jangan Pandang Belakang Boleh?, Glorifying Love (mandarin), Awak Nak Kahwin Dengan Saya ?, Lu, Gua..Bro ?, Nasi Kangkang, Sniper, Adnan Sempit Sawadikap, Pengantin Malam, Kitai, Kasut Ku Kusut dan Kelibat. Metrowealth (MIG) juga bakal sibuk dalam penghasilan drama-drama bermutu untuk tayangan televisyen tempatan setelah berjaya mereka berjaya menghasilkan drama yang mendapat sambutan hangat sepanjang tahun 2013 antaranya RUBY (TV3), Bini-Bini Perkasa (TV3), Dewi Lasak (TV3), Dia SuamiKu (Astro Prima) serta telemovie SuamiKu Jururawat dan Adnan Balik Raya untuk siaran TV3.

Semoga tahun 2014 dan tahun kuda dalam kalendar masyarakat Cina ini, Metrowealth (MIG) dan Mejar (K) David Teo akan terus menjanjikan kejayaan yang cemerlang di dalam dunia penerbitan filem dan drama. Selamat Tahun Baru Cina dari pihak pengurusan Galaksi Media Online (GMO) kepada Mejar (K) David Teo dan keluarga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *