Archive for: February 2014

(SEMASA) MRCA BRAND ACHIEVEMENT 2014 PENGIKTIRAFAN KEPADA MEREKA YANG BERANI BERIMAGINASI DAN TERBANG TINGGI

DEX_8164

Kata orang, cara terbaik untuk meramal masa hadapan adalah dengan menciptanya sendiri. Itulah yang sebenarnya dilakukan oleh seseorang usahawan iaitu – mencari perubahan, bertindak balas dan mengeksploitasi sesuatu untuk mendapatkan peluang ekonomi. Read more →

(SEMASA) DOVE® MELANCARKAN SKINDULGENCE, RUTIN YANG LEBIH BAIK BERBANDING SUSU

IMG_5873

Kebanyakan wanita tentunya mahu meluangkan lebih masa untuk membelai kulit mereka dan melakukan pelbagai aktiviti menyihatkan untuk memelihara kecantikan dan kesejahteraan secara menyeluruh. Bagaimanapun, dalam satu kajian diseliakan oleh Sabun Mandian Dove® * di kalangan 108 wanita berusia di antara 18-35 tahun, masa dan wang menjadi halangan terbesar untuk mereka membelai diri secara berterusan.

Read more →

(HIBURAN) THE BAND – Pencarian Gandingan Sempurna Dalam Misi Membentuk 2 Buah Kumpulan POP Terhebat

astro the band logogmo

The Band ialah program TV realiti pencarian bakat nyanyian baru yang julung kali diadakan di Malaysia untuk menubuhkan sebuah kumpulan pop lelaki dan sebuah kumpulan pop wanita bertaraf antarabangsa. The Band bakal ke udara di Astrio Ria (Saluran 104) dan tayangan serentak di Mustika HD (saluran 134) bermula pada 31 Mac 2014 nanti. The Band bakal diterajui oleh Awal Ashaari sebagai Hos konsert, penyampai ERA iaitu Shac diberi tugas mengacara dairi Whazzup The Band manakal Damian Mikhail, Alam Wakaka dan Wahyu Rahman mengalas tugas selaku tenaga pengajar. The Band juga bakal menyaksikan penglibatan Datuk Aznil Hj Nawawi, Yusri Abdul Halim (KRU) dan Syafinaz Selamat sebagai juri tetap. Read more →

(SUKAN) CABARAN QPR, SPURS & CARDIFF MENANTI SOCCER KIDS 6

Soccer Kids 6

Soccer Kids, sebuah program realiti mencari bakat pemain bola sepak telah memasuki musim ke-6! Sejak diperkenalkan pada tahun 2007, Soccer Kids telah melahirkan pemain-pemain berpotensi seperti Daniel Amier, Asnan Awal Hisham, Solehin Mohd Nasir dan Hazrull Hafiz Zulkifli. Musim baharu ini pasukan Soccer Kids dilatih oleh Somasundram Periasamy, dibantu oleh Gunalan A/L Karupiah dan jurulatih penjaga gol, Hazahan Mohamed Hanaffi. Read more →

(SUKAN) KELANTAN membawa logo VISIT MALAYSIA ke kejohanan Piala AFC 2014

IMG_5835

Majlis pelancaran jersi AFC The Red Warriors (TRW) telah berlangsung di Busana, Menara MARA Kuala Lumpur pada 23 Februari 2014. Perasmian jersi baru TRW yang bakal digunakan sepanjang kempen piala AFC 2014 ini dilakukan bersempena pembukaan butik pameran peralatan sukan  The Red Warriors (TRW) dan juga bersempena acara Kelantan Fest yang berlangsung di lokasi yang sama. Read more →