Antabax, rangkaian sediaan jaga diri antibakteria yang inovatif dan dipercayai, telah melancarkan kempen pendidikan dan kesedaran besar-besaran di taman tema Desa Water Park dalam bentuk papan iklan, kertas hiasan dinding, hiasan tiang dan poster, dan pengedaran produk-produk Antabax kepada pengunjung, dengan tujuan menjadikan musim percutian lebih menyihatkan. Read more →
Archive for: February 2014
(HIBURAN) SEPAHTU juara Maharaja Lawak Mega (MLM) 2013
Seperti yang dijangka ramai, kumpulan SEPAHTU telah dinobatkan sebagai juara Maharaja Lawak Mega (MLM) 2013. SEPAHTU yang diwakili oleh Shuib, Jep dan Rahim menewaskan empat peserta lain SHIRO, BOCEY, JAMBU dan peserta solo NABIL di pentas akhir program Maharaja Lawak Mega (MLM) 2013 yang telah berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor. Membawakan persembahan lawak yang bertemakan muzikal dan bebas itu melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM500,000 dan trofi. Read more →
(HIBURAN) KONSERT KITA 20FORTEEN
FORTEEN bermula dengan 4 jejaka berbakat besar Izzue, Ariz, One dan Ameer disatukan menerusi ujibakat oleh KRU Music pada tahun 2011. Genap 3 tahun, sebut sahaja nama FORTEEN, pasti ramai terbayangkan alunan vokal yang mantap dengan lagu-lagu pop balada yang sering menjadi hit di corong-corong radio. Ini terbukti melalui kejayaan single pertama mereka ‘Berdua Bersatu’, FORTEEN tersenarai dalam Top 5 Artis Duo/Kumpulan ABPBH 2011. Selepas kejayaan single pertama ini, FORTEEN tampil mempertaruhkan single kedua `Seperti Dulu’ yang juga merupakan lagu tema filem 3D pertama keluaran KRU Studios `29 Februari’. Industri muzik negara seakan merestui perjalanan seni FORTEEN apabila mereka dinobatkan sebagai Vokal Berkumpulan Terbaik AIM 19 tahun 2012 dan tercalon ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 27. Diikuti pula dengan kejayaan single ketiga `Kita’ yang berjaya tercalon ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 28 dan Top 5 Vokal Berkumpulan Terbaik AIM 20. Read more →
(HIBURAN) Gandingan Hebat Dazrin Kamaruddin & Fasha Sandha Dalam MIRANDA
TV3 sering menyajikan drama-drama hebat dan menarik buat penonton TV3. Istimewa buat peminat drama TV3, sebuah lagi drama siri berjudul Miranda akan mula bersiaran pada 5 Februari 2014, setiap hari Rabu, jam 9.00 malam hingga 10.00 malam. Read more →