KFC Malaysia menggondol lapan anugerah, manakala Pizza Hut Malaysia membawa pulang enam anugerah dalam Regional Champs Challenge 2014 (RCC) yang dikelolakan oleh Yum! Brands, Inc. (Yum!) berlangsung pada tanggal 19 November yang lalu. Read more →
Archive for: December 2014
(SEMASA) Tinggalkan Pesanan Istimewa Untuk Orang Yang Tersayang Dengan Kempen ‘Setiap Tilam Ada Kisahnya’ oleh Dunlopillo
Dengan kehidupan seharian yang sibuk, kebanyakan rakyat Malaysia jarang mengambil masa untuk meluahkan perasaan kepada pasangan masing-masing. Menceritakan tentang perasaan mereka kepada orang yang tersayang diabaikan kerana keutamaan diberikan kepada pelbagai perkara lain. Dunlopillo telah memulakan misi untuk mengingatkan pasangan-pasangan di Malaysia tentang kepentingan meluahkan rasa cinta mereka dengan kempen yang diberi nama “Setiap Tilam Ada Kisahnya” dan menjemput rakyat Malaysia berkongsi #MYDunlopilloMoments mereka di laman Facebook Dunlopillo. Read more →
(HIBURAN) ELLA #THROWBACK
Sebagai Ratu Rock Malaysia yang mempunyai pengikut yang ramai, Warner Music Malaysia kini menampilkan sebuah lagi album kompilasi Ella yang menggabungkan lagu-lagu terbaik Ella sepanjang beliau bergelar sebagai seorang penyanyi yang berjudul “Ella #Throwback”. Perkataan throwback dipilih sesuai dengan trend semasa yang sering diguna pakai oleh penggemar media sosial untuk mengimbau kenangan atau memori yang lepas. Lagu-lagu di dalam album ini juga pastinya akan menggamit semula kenangan kita semua terutama sekali kepada mereka yang membesar dengan lagu-lagu Ella. Read more →
(HIBURAN) IQRA – ALBUM KOMPILASI MAWI & RAIHAN
Apabila berbicara mengenai nasyid atau lagu ketuhanan, sudah tentu dua nama gergasi industri tempatan akan bermain di minda para pendengar iaitu Mawi dan juga Raihan. Kedua-dua barisan artis ini sinonim dengan imej ketuhanan yang sering dibawa oleh mereka. Raihan bukanlah calang calang nama di dalam industri muzik tempatan. Kejayaan mereka boleh dilihat dengan penjualan album mereka terutama sekali album yang berjudul “Puji-pujian” dengan jualan lebih dari 750 000 unit. Bukan itu sahaja, Raihan juga merupakan antara barisan artis tempatan yang pernah membuat persembahan di Royal Albert Hall, London dan telah meraih lebih dari 24 anugerah tempatan dan juga antarabangsa. Selain daripada itu, Permaisuri United Kingdom, Queen Elizabeth II juga pernah bertemu dengan mereka secara peribadi. Ini secara tidak langsung telah menaikkan taraf status mereka dan juga nama Malaysia di arena industri muzik antarabangsa. Read more →





