Archive for: January 2022

(HIBURAN) MISI MEMIKAT HATI BAKAL ABANG – ABANG IPAR

Petaling Jaya, 27 Januari 2022 – Menyusuli ‘Oh My Hantaran’, nantikan drama bersiri baharu gandingan Tomok dan Kilafairy dalam TUMPANG LALU BANG yang akan bersiaran menerusi slot Diandra, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 8.30 malam bermula 2 Februari 2022. Read more →

(HIBURAN) Bukan hanya mengarah dan berlakon, tetapi Sabri bawa empat watak sekaligus dalam “4 Abdul 1 Mohd”

Kredibiliti seorang Sabri Yunus sebagai pengarah memang tidak dapat disangkal. Karya-karya tulisan dan arahannya sentiasa dekat dengan hati masyarakat dan menyentuh kisah-kisah benar kehidupan di sekeliling kita. Meyakinkan dan menyentuh hati yang menonton. Read more →

(SEMASA) YAYASAN PRIHATIN DAN DXN PERUNTUKKAN RM1.56 JUTA RINGANKAN BEBAN MANGSA BANJIR

KUALA LUMPUR, 22 Januari 2022 – Seramai 500 mangsa banjir dari Jalan Tiong Nam dan sekitar Kuala Lumpur telah menerima manfaat daripada Program Sentuhan Kasih PRIHATIN x DXN hasil kerjasama Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN), DXN Holdings Berhad dengan sokongan Badan Amal Warga Asnaf Malaysia (BAWA). Program yang berlangsung di Koptown EDC Hotel Kuala Lumpur ini telah disempurnakan oleh Dato’ Mohd Aizuddin Ghazali, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN). Pihak PRIHATIN x DXN telah memberi mesin basuh, peti ais, periuk nasi, kipas angin, tilam, keperluan makanan asas dan pakaian kepada mangsa banjir. Read more →

(HIBURAN) MEDIA PRIMA TOONZ MEMBUKA RAHSIA PELESENAN JENAMA

Petaling Jaya, 19 January 2022 – Media Prima Toonz (MP Toonz) ialah webinar pertama anjuran Bahagian Pelesenan dan Pembarangan (Licensing & Merchandising Division – L&M), Rangkaian Televisyen Media Prima untuk memperkenalkan harta intelek animasi yang dimiliki bersama oleh Media Prima kepada rakan-rakan penaja.   Read more →

(SEMASA) vivo Melancarkan ‘Shout it Out’, Filem Pendek Terinspirasi Berdasarkan Kisah Benar Seorang Atlet Para yang Tekad

vivo Malaysia melancarkan filem pendek bertajuk ‘Shout it Out’ yang memaparkan keazaman seorang gadis Malaysia yang kurang upaya untuk mencapai impiannya untuk menjadi seorang atlet negara. Filem berdurasi 9 minit 30 saat itu dirakam dengan vivo X70 Pro, telefon pintar perdana fotografi profesional dengan teknologi pengimejan mudah alih termaju yang direka bersama ZEISS. Read more →