SHAH ALAM, Mac 23, 2022: Palace Butcher Resources Sdn Bhd pengendali Restoran Me’nate Steak Hub terus komited mengukuhkan menghidangkan sajian Ramadan seperti tahun-tahun sebelumnya di semua cawangan Me’nate Steak Hub seluruh negara, khas untuk peminat daging stik berkualiti tinggi yang bermula pada 04 April, 2022 hingga 01 Mei 2022. Read more →
Archive for: March 2022
(SEMASA) ECOVACS ROBOTICS Melancarkan Keluarga Baharu Vakum & Mop DEEBOT X1 Semua dalam Satu di Malaysia, Menyambut Era Baharu Robot Perkhidmatan Rumah
22 March 2022, Malaysia — ECOVACS ROBOTICS (“ECOVACS”), jenama robotik perkhidmatan terkemuka dunia, melancarkan DEEBOT X1 Family perdana baharu yang merupakan pembersih vakum robotik serba guna pertama dalam industri. Dilancarkan di bawah tema “Masa Hadapan Robot, Hari Ini.”, DEEBOT X1 Family, yang merangkumi DEEBOT X1 OMNI dan DEEBOT X1 TURBO bersama-sama dengan stesen pangkalan semua dalam satu pertama industri OMNI, menggabungkan fungsi dan reka bentuk. Ia mencipta penanda aras industri robotik perkhidmatan rumah baharu untuk pembersihan rumah premium dan menetapkan hala tuju bagi pembangunan masa hadapan dengan menampilkan kuasa sedutan terkuat ECOVACS sebanyak 5000Pa, teknologi AIVI™ 3D dan TrueMapping 2.0 terkini dan pembantu suara interaktif AI bahasa semula jadi pertama dalam industri, YIKO. Dengan reka bentuk oleh Jacob Jensen Design, ia menjadikan setiap model DEEBOT X1 seumpama karya seni yang menyempurnakan mana-mana rumah yang direka bentuk dengan elegan. Read more →
(SEMASA) PELANCARAN SAJIAN JUADAH RAMADHAN BUFFET RESTORAN REBUNG DATO CHEF ISMAIL 2022
Bermula 3 April 2022 bersamaan 1 Ramadhan 1443 Hijrah, seluruh umat Islam akan menyambut dan menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan merupakan bulan kemuliaan buat kita semua. Bulan yang penuh dengan keberkatan dan juga, bulan untuk menguji tahap keimanan kita dimana kita akan menunaikan ibadah puasa dengan menahan lapar dan dahaga serta berlumba-lumba memperbanyakkan ibadah di bulan suci ini. Read more →
(SEMASA) BUFET RAMADAN MENARA KUALA LUMPUR 2022 ‘SAJIAN NOSTALGIA KAMPUNGKU
Menyedari keistimewaan bulan Ramadan Al-Mubarak 1443 Hijrah yang bakal tiba tidak lama lagi, Menara Kuala Lumpur tahun ini kembali mengadakan Bufet Ramadan dengan konsep ‘Sajian Nostalgia Kampungku’ yang akan bermula pada 4hb hingga 24hb April 2022, dari jam 6.00 petang hingga 9.30 malam di Dewan Bankuet Megaview, TH03, Menara Kuala Lumpur. Read more →
(HIBURAN) JELMAAN ARA JOHARI SEBAGAI PUTERI JAWA DALAM ‘SUMPAHAN SALJU’
Baharu sahaja empat bulan single ‘Keliru’ ciptaan rapper tersohor, Mr. General aka Malique dilancarkan, penyanyi serta pelakon wanita popular yang pernah menyandang gelaran naib juara di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-33, Ara Johari kembali menjelma ke industri muzik tanah air dengan single terbaharunya yang berjudul ‘Sumpahan Salju’ hasil ciptaan Ziin, manakala lirik oleh Jerry dan diterbitkan oleh label terkemuka negara, Rocketfuel Entertainment. Read more →
