Archive for: March 2022

(HIBURAN) SINGLE TERBARU BUNKFACE “KORANG”

Kumpulan rock tempatan, Bunkface telah melancarkan single terbaru mereka yang diberi judul “KORANG”. Tidak seperti kebanyakkan lagu lagu Bunkface sebelum ini dimana lagu nya ditulis sendiri oleh Sam (Vokalis Bunkface) , kali ini Sam berkongsi karyanya bersama sama penulis yang lain seperti Epul Kuat , Izzy Musa dan Shahir. Anggota kumpulan yang lain , Youk & Pa’an juga turut serta dalam proses penulisan lirik untuk lagu KORANG. Read more →

(SEMASA) PELANCARAN RAMADAN MUBARAK IFTAR PLATTER DAN MURABAK IFTAR NATE-BOX DI SELURUH CAWANGAN ME’NATE STEAK HUB

SHAH ALAM, Mac 23, 2022: Palace Butcher Resources Sdn Bhd pengendali Restoran Me’nate Steak Hub terus komited mengukuhkan menghidangkan sajian Ramadan seperti tahun-tahun sebelumnya di semua cawangan Me’nate Steak Hub seluruh negara, khas untuk peminat daging stik berkualiti tinggi yang bermula pada 04 April, 2022 hingga 01 Mei 2022. Read more →

(SEMASA) Gabungan NGO Menjayakan Program Kasih 21 Hari Mesra Gelandangan dapat pengiktirafan The Malaysia Book Of Record (MBOR)

Setiap hari ada saja NGO atau Badan Bukan Kerajaan serta individu yang tampil menghulur sumbangan kepada golongan yang memerlukan bantuan. Sememangnya rakyat Malaysia cukup terkenal dengan sikap permurah hati kerana sejak kecil kita dididik dengan kesopanan dan kesusilaan yang merupakan rukun negara kelima. Read more →

(SEMASA) ECOVACS ROBOTICS Melancarkan Keluarga Baharu Vakum & Mop DEEBOT X1 Semua dalam Satu di Malaysia, Menyambut Era Baharu Robot Perkhidmatan Rumah

22 March 2022, Malaysia — ECOVACS ROBOTICS (“ECOVACS”), jenama robotik perkhidmatan terkemuka dunia, melancarkan DEEBOT X1 Family perdana baharu yang merupakan pembersih vakum robotik serba guna pertama dalam industri. Dilancarkan di bawah tema “Masa Hadapan Robot, Hari Ini.”, DEEBOT X1 Family, yang merangkumi DEEBOT X1 OMNI dan DEEBOT X1 TURBO bersama-sama dengan stesen pangkalan semua dalam satu pertama industri OMNI, menggabungkan fungsi dan reka bentuk. Ia mencipta penanda aras industri robotik perkhidmatan rumah baharu untuk pembersihan rumah premium dan menetapkan hala tuju bagi pembangunan masa hadapan dengan menampilkan kuasa sedutan terkuat ECOVACS sebanyak 5000Pa, teknologi AIVI™ 3D dan TrueMapping 2.0 terkini dan pembantu suara interaktif AI bahasa semula jadi pertama dalam industri, YIKO. Dengan reka bentuk oleh Jacob Jensen Design, ia menjadikan setiap model DEEBOT X1 seumpama karya seni yang menyempurnakan mana-mana rumah yang direka bentuk dengan elegan. Read more →

(HIBURAN) HAEL HUSAINI MASIH ‘SAMA SEPERTI DULU’

Kejayaan demi kejayaan diraih bagi penyanyi popular Malaysia, Hael Husaini, baharu sahaja empat bulan single ‘Kelentang Kelentong’ ciptaannya bersama rakan komposer, Ezra Kong dilancarkan, dengan lebih dari 6.4 juta tontonan di YouTube, beliau muncul pula dengan single terbaharu berjudul ‘Sama Seperti Dulu’ yang bakal membuai perasaan ramai pendengar. Read more →