Archive for: April 2022

(HIBURAN) Majlis Berbuka Puasa Hotel Royal dan Indigital Music Bersama Anak Yatim

KUALA LUMPUR : 18 April 2022 – Selepas hampir 2 tahun dunia seni tanah air melalui fasa kemalapan akibat pendemik Covid-19, bersempena menyambut bulan Ramadhan Al – Mubarak, Indigital Music dengan kerjasama Royal hotel telah menganjurkan majlis berbuka puasa bersama anak yatim lewat petang ini. Read more →

(HIBURAN) ‘Ruffedge’ kembali

Setelah hampir 2 tahun ‘membekukan diri’ akibat PKP, kumpulan R&B terkenal  yang dianggotai Sein Qudsi, Azan Addin, Mode, Cat Farish dan Zain Hamid bakal kembali dengan album penuh 10 lagu selepas hari raya ini serta meyambung kembali  beberapa persembahan yang dibatalkan dan tertangguh sebelum ini. Read more →

(HIBURAN) SUASANA DI HARI RAYA FAMILI KITA

KUALA LUMPUR, 15 April 2022 – Barisan penyanyi terkenal tanah air, Adibah Noor, Shidee, Ani Maiyuni, Azan Scan, Bandi Amuk, Dato Fazley Yaakob, Aliff Aziz, dan Aweera telah bergabung untuk merakamkan sebuah lagu sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut tidak lama lagi. Lagu tersebut turut menampilkan artis berkumpulan NICO G, dan duo Sa.Ya yang dianggotai oleh Saiful Apek dan Yassin, selain penyanyi Nikki Palikat, Suki Low dan penyanyi daripada Indonesia, Upiak Isil. Diterbitkan oleh Oja, lagu berjudul ‘Suasana Di Hari Raya’ nyanyian asal Anuar Zain dan Ellina, telah diberi nafas baharu dengan menggunakan tajuk ‘Suasana Di Hari Raya Famili Kita’, menampilkan pelbagai rentak yang bersesuaian dengan genre yang dibawakan oleh kesemua artis yang terlibat. Read more →

(SEMASA) TINTA SYURGA DOKUMENTARI ISTIMEWA NUZUL QURAN

Petaling Jaya, 16 April 2022 – Peristiwa paling istimewa dan bersejarah buat umat Islam seluruh dunia adalah pada hari Nuzul Al-Quran dimana Allah S.W.T telah menurunkan mukjizat teragungNya iaitu Al-Quran kepada Nabi Muhammad S.A.W.  Al-Quran itu untuk dibaca! Teknologi dan perkembangan sihat dalam penerbitan dan percetakan Al-Quran di Malaysia pada abad ke 21 ini memudahkan naskhahnya diperolehi. Namun, tahukah penghasilannya cukup rumit dan mempunyai cerita perjuangan yang cukup besar? Read more →

(HIBURAN) SUKI LOW MUNCUL DENGAN SINGLE TERBAHARU, NELANGSA

Kuala Lumpur, 15 Apr 2022 – Suki Low Sook Yee atau lebih dikenali dengan nama Suki Low di dalam industri muzik tanah air kembali dengan single terbaharu. Anak kelahiran Negeri Sembilan ini merupakan Juara program realiti terbitan 8TV iaitu One In A Million musim pertama. Kejuaraan ini disandang ketika usia beliau 16 tahun. Read more →