(HIBURAN) Majlis Berbuka Puasa Hotel Royal dan Indigital Music Bersama Anak Yatim

Spread the love

KUALA LUMPUR : 18 April 2022 – Selepas hampir 2 tahun dunia seni tanah air melalui fasa kemalapan akibat pendemik Covid-19, bersempena menyambut bulan Ramadhan Al – Mubarak, Indigital Music dengan kerjasama Royal hotel telah menganjurkan majlis berbuka puasa bersama anak yatim lewat petang ini.

Majlis berbuka puasa dengan kerjasama Hotel Royal ini diadakan bagi meraikan anak-anak yatim yang kurang bemasib baik bersama-sama para selebriti dan artis popular di bawah naungan label lndigital Music.

Antara yang hadir pada majlis berbuka termasuk Azlan Typewriter, Haiza, Shuib, Nomad, Nikki Palikat, Alif Iskandar, Aufahanie, Syahmi Irfan, Syafiq Naser, Ain Fared dan Kelly Azman dan ramai lagi. Tetamu turut disajikan dengan persembahan istimewa oleh beberapa artis antaranya Haiza, Alif Iskandar, Azlan Typewriter, Nikki Palikat,  Syafiq Naser, Aufahanie dan ramai lagi.

Majlis ini diadakan untuk merapatkan lagi silaturrahim dan berkongsi kasih sayang bersama anak-anak yatim berumur dalam lingkungan 2 hingga 5 tahun telah dijemput dalam majlis berbuka puasa kali ini.

Dalam menceriakan lagi suasana dan mengukir senyuman di raut wajah anak – anak yatim yang kurang bemasib baik. pihak Royal Hotel turut menyampaikan sumbangan khas & duit raya. Tidak ketinggalan dari pihak Indigital Music & para artis turut menyampaikan sumbangan duit raya sebagai salah satu tanggungjawab sosial korporat syarikat.

Majlis tersebut juga diselitkan dengan sesi penganugerahan Platinum Award kepada Azlan & The Typewriter untuk lagu “Jangan Khianati Aku”.

Indigital Music amat berbesar hati dan berterima kasih dengan kesudian pihak Royal Hotel bekerjasama dalam menganjurkan majlis berbuka bersama artis & anak yatim pada tahun in. Juga ingin mengucapkan terima kasih kepada para artis yang sudi bekerjasama dalam menjayakan majlis ini, ujar Rozalina Mohamad Rom, Pengarah Urusan Indigital Music Sdn Bhd ketika ditemui semasa majlis berbuka puasa petang tadi.

Untuk koleksi lagu pilihan para artis Indigital Music, layari saluran lndigital Music di laman Youtube. Ikuti perkembangan terkini Indigital Music di Instagrarn @indigitalmusic dan Facebook Indigital Music.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *