Archive for: May 2023

(HIBURAN) PAMER AKSI DAN KOMEDI TANPA HENTI, ‘POLIS EVO 3’ BERBALOI DITONTON DENGAN JALAN CERITA PADAT DAN BARISAN PELAKON HEBAT

 

Kuala Lumpur, 18 Mei 2023 – Filem francais blockbuster dengan penampilan gandingan duo nombor 1 Malaysia, Polis Evo kini bersedia menemui penonton menerusi sekuel terbaru, Polis Evo 3 di 165 buah pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei bermula 25 Mei ini. Kemunculan filem terbitan Astro Shaw bersama Skop Productions dan TGV Pictures ini disambut positif oleh penonton selepas treler rasmi dilancarkan pada bulan lalu. Read more →

(SEMASA) CAWANGAN KE-13 LOUD SPEAKER DATUM JELATEK JADI TARIKAN PENGEMAR KARAOKE

Speaker di pusat beli-belah Datum Jelatek di sini, berjaya menarik perhatian ‘kaki karaoke’ sekitar ibu negara sebagai lokasi berkaraoke yang eksklusif dan sihat. Ini kerana, selain penerapan beberapa elemen terkini yang terdapat pada dekorasi dalaman cawangan ke-13 ini, ia juga menyediakan persekitaran karaoke tanpa alkohol sekaligus sesuai untuk dikunjungi oleh pelbagai bangsa. Read more →

(SEMASA) JATI CIPTA REKOD HASILKAN GUNI BERAS TERBERAT DI MALAYSIA SEMPENA ULANG TAHUN KE 30

JATI, jenama beras yang tidak asing lagi di Malaysia, kini menempa rekod baharu Malaysia Book of Records dengan menghasilkan guni beras terberat di Malaysia seberat 3 tan sempena sambutan ulang tahun ke 30 mereka yang telah diadakan pada 16 Mei 2023 bertempat di Lot 10, Kuala Lumpur. Ini merupakan guni beras terberat yang pernah dihasilkan di Malaysia, memecahkan rekod terdahulu yang pernah dicatatkan iaitu seberat 1.501 tan. Sijil pengiktirafan disampaikan kepada pihak JATI oleh wakil Malaysia Book of Records pada majlis yang sama. Lebih menarik lagi, kesemua 3 tan beras itu juga akan turut didermakan kepada golongan yang memerlukan seperti rumah kebajikan anak yatim dan pusat penjagaan warga emas.  Read more →

(SEMASA) KMT GROUP DAN KOREA AGRO-FISHERIES & FOOD TRADE CORPORATION BEKERJASAMA UNTUK MEMAKSIMUMKAN PENGEKSPORTAN MAKANAN KOREA DI MALAYSIA

 

SHAH ALAM, 13 MEI 2023 – Peneraju pengedar makan Korea di Malaysia, KMT Group dan Korea Agro-Fisheries & Food Trade Corp (aT), sebuah agensi kerajaan Korea di bawah Kementerian Pertanian, Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar Korea, menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi meningkatkan pengedaran makanan dan produk Korea di Malaysia. Read more →

(SEMASA) MENTERI PERTANIAN, MAKANAN DAN HAL EHWAL LUAR BANDAR KOREA  MENGGALAKKAN RAKYAT MALAYSIA MENGHAYATI BUDAYA MAKANAN KOREA MELALUI FESTIVAL KIMCHI KOREA YANG PERTAMA DI MALAYSIA

 

PETALING JAYA, 13 MEI 2023 – Festival Kimchi Korea yang julung kali dianjurkan di Malaysia telah dirasmikan oleh Menteri Pertanian, Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar Korea ke-66, En. Chung Hwang-keun bersama Ketua Pengarah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), YBhg. Dato’ Dr. Mohamad Zabawi bin Abdul Ghani di K PLUS Food Market. Festival Kimchi Korea tersebut dianjurkan bagi mengukuhkan platform kepada rakyat Malaysia untuk menikmati pengalaman kebudayaan Korea dan menghayati “gaya hidup rakyat Korea”. Read more →