Archive for: November 2023

(SEMASA) PROCTER & GAMBLE (P&G) DAN MYDIN LANCAR KEMPEN ‘BERSAMA DEMI SEMUA’: TABUNG BANTUAN UNTUK MANGSA BANJIR DI MALAYSIA

SUBANG JAYA, 7 November 2023 – Dalam satu kerjasama bersejarah, sebuah syarikat barangan pengguna global yang terkemuka, Procter & Gamble (P&G), bergabung tenaga dengan sebuah rangkaian borong dan runcit tempatan di Malaysia, MYDIN bagi melancarkan kempen dana bantuan banjir musim tengkujuh. Kempen ‘Bersama Demi Semua’ ini bertujuan mengumpul dana untuk komuniti yang bergelut dengan kesan banjir pada musim tengkujuh setiap tahun di Malaysia. Read more →

(SEMASA) PERJUMPAAN PEMAIN INDUSTRI PERTAHANAN DAN KESELAMATAN SEDUNIA UNTUK KELESTARIAN MASA HADAPAN

Bangkok, 8 November 2023 – Datuk Seri Isham bin Ishak; Ketua Setiausaha Kementerian  Pertahanan bersama delegasi Kementerian Pertahanan telah hadir ke pameran  Defense & Security 2023 yang membuka tirai baru-baru ini di Pusat Pameran IMPACT.  Pameran pertahanan dan keselamatan serantau yang berlangsung sehingga 9 Nov  ini merupakan platform yang memaparkan evolusi perkembangan teknologi  pertahanan dan keselamatan oleh pelbagai syarikat pemain industri pertahanan dan  keselamatan dari serata dunia. Dikesempatan ini, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan telah berpeluang melakukan lawatan dan mengunjungi reruai pameran  dalam usaha Kementerian Pertahanan mempromosikan dan menarik minat lebih  ramai pempamer untuk mendaftar serta terlibat bagi pameran Defence and Service (DSA) dan National Security Asia (NATSEC ASIA) bagi tahun 2024 di bawah  penganjuran pihak DSA Exhibition And Conference Sdn Bhd. Turut hadir bersama di  pameran ini adalah Jeneral Tan Sri Datuk Seri Mohammad bin Ab Rahman, Panglima  Angkatan Tentera mewakili Angkatan Tentera Malaysia (ATM).  Read more →

(HIBURAN) ‘magiK’ mendekati kelompok indie seluruh negara

Kuala Lumpur: Penganjuran tayangan khas atau ‘wayang pacak’ sempena filem magiK diteruskan di empat lagi lokasi terpilih serata tanah air iaitu YMCA di Pulau Pinang, Port Ipoh dan Johor Baharu sejak Oktober lalu. Read more →

(SEMASA) Malabar Gold & Diamonds Melancarkan Cawangan Terbaru di Pusat Membeli Belah Ampang Point

Malabar Gold & Diamonds merupakan salah satu perniagaan perhiasan terbesar di dunia, yang berada di tangga ke-6, dengan lebih dari 335 kedai di seluruh 11 negara di seluruh dunia, kini telah merasmikan pembukaan cawangan terbaru di Pusat Membeli Belah Ampang Point, Selangor. Kedai ini telah dirasmikan bersama selebriti popular Anzalna Nasir pada 30 Oktober bersama kehadiran Ketua Cawangan Malaysia – Encik Nijeesh Parayil, bersama pasukan pengurusan Malabar Gold & Diamonds yang lain, para pelanggan budiman, serta para penyokong mereka. Dengan kehadiran begitu ramai pengunjung, majlis perasmian ini dimeriahkan lagi dengan persembahan muzik kombinasa 2 negara; Malaysia dan Timur Tengah dan peragaan barangan kemas bertemakan Dubai Bling yang begitu memukau. Read more →

(HIBURAN) SXSW Sydney: Kemantapan Muzik Malaysia

Di tengah-tengah bandar Sydney, di tengah-tengah kesibukan kehidupan bandar, bunyi-bunyian Malaysia bergema dengan kuat dan jelas pada 20 Oktober. Sebuah hari yang bermakna bagi peminat muzik di bandar ini, ia menandakan SXSW pertama di luar Amerika Syarikat. Dengan latar belakang cakerawala Sydney yang ikonik, tiga kumpulan muzik berkuasa dari Malaysia Pop Shuvit, Hujan, dan Yuji – naik ke pentas, memenuhi udara dengan melodi yang melampaui sempadan. Read more →