Archive for: April 2024

(SEMASA) MyChef Innovation dan The Hope Branch Bergabung dengan IJN untuk Menyokong Wira Kesihatan di Bulan Ramadan

Kuala Lumpur, Malaysia – Semangat Ramadan benar-benar hidup di lobi Institut Jantung Negara (IJN) pada hari Jumaat 5 April 2024, ketika MyChef Innovation, pengeluar makanan siap-saji terkemuka Malaysia, berganding bahu dengan The Hope Branch dan Institut Jantung Negara (IJN) dalam kempen CSR yang mengharukan. Inisiatif yang bertujuan menghormati dedikasi tanpa henti para pekerja kesihatan sepanjang bulan suci ini, telah berjaya mengedarkan 100 Pakej Kebajikan Raya, membawa kegembiraan dan keselesaan kepada para pahlawan barisan hadapan di IJN. Read more →

(SEMASA) Kelebihan Samsung Knox Vault Pada Peranti Galaxy A55 5G

Samsung Knox adalah satu platform keselamatan yang dikembangkan oleh Samsung Electronics bertujuan untuk melindungi peranti telekomunikasi mereka, seperti telefon pintar dan tablet. Tujuannya adalah untuk menyediakan lapisan keselamatan tambahan untuk melindungi data sensitif dan informasi pengguna dari serangan cyber dan ancaman keselamatan lainnya. Samsung Knox menggunakan teknologi penyulitan (encryption), kawalan akses capaian dan pengasingan (isolation) data untuk menjaga keselamatan peranti dan informasi pengguna. Read more →

(SEMASA) PRUBSN MERAIKAN MUSIM PERAYAAN DENGAN LESTARI; BAWA MESEJ KELESTARIAN DI SELURUH NEGARA  MELALUI INISIATIF CSR

Kuala Lumpur, April 2, 2024 – Prudential BSN Takaful Berhad (“PruBSN”), Pengendali Takaful Keluarga No.1 di Malaysia selama 10 tahun berturut-turut, memperkasakan komuniti melalui inisiatif tanggungjawab sosial korporat (“CSR”) sepanjang kempen bulan Ramadan dan Aidilfitri. 721 orang sukarelawan dalam kalangan ejen dan warga kerja PruBSN di seluruh negara telah menggembleng tenaga dalam program seharian menyantuni komuniti. Program ini dijalankan secara serentak di semua 14 buah negeri seluruh Malaysia. Read more →

(SEMASA) ULASAN GAJET ‘SAMSUNG GALAXY A55 5G’

Pada 22 Mac 2024 yang lalu, Samsung Malaysia telah menawarkan secara rasmi peranti dalam segmen siri Galaxy A iaitu Galaxy A55 5G yang baharu. Peranti ini merupakan kesinambungan kepada barisan peranti telefon pintar model A Series sedia ada. Antara peranti mid range yang cukup dinantikan ramai, jom kita lihat apakah pembaharuan dan peningkatan model ini berbanding siri sebelumnya iaitu Galaxy A54 5G. Read more →