(SEMASA) ULASAN GAJET ‘SAMSUNG GALAXY A55 5G’

Spread the love

Pada 22 Mac 2024 yang lalu, Samsung Malaysia telah menawarkan secara rasmi peranti dalam segmen siri Galaxy A iaitu Galaxy A55 5G yang baharu. Peranti ini merupakan kesinambungan kepada barisan peranti telefon pintar model A Series sedia ada. Antara peranti mid range yang cukup dinantikan ramai, jom kita lihat apakah pembaharuan dan peningkatan model ini berbanding siri sebelumnya iaitu Galaxy A54 5G.

REKA BENTUK ATAU REKAAN LUARAN

Reka bentuk Samsung Galaxy A55 5G mirip dengan Galaxy A54 5G sebelum ini terutamanya di bahagian kamera belakang, ia didatangkan dengan kemasan daripada frame jenis aluminium serta di sisi peranti ada sedikit lekuk untuk cengkaman tambahan, manakala di bahagian belakang menjadikannya selesa di tangan tetapi ia tidak bebas daripada kesan cap jari pada peranti. Ketebalan peranti adalah sekitar 8.2 mm dan beratnya mencecah 213 gram. Ia dilengkapkan dengan ciri perlindungan rintangan air dan debu dengan pensijilan IP67 bermakna bahawa ia dapat menghalang sepenuhnya debu dari memasuki peranti dan ia boleh direndam dalam air untuk masa yang singkat di bawah tekanan tertentu.

PAPARAN PERANTI

Samsung Galaxy A55 5G didatangkan dengan panel skrin FHD+ Super AMOLED bersaiz 6.6 inci dan ia mempunyai resolusi 1080 x 2350 pixel. Dengan ciri Vision Booster yang dipertingkatkan dan kadar penyegaran semula 120Hz yang dipertingkatkan, paparan ini bersesuaian dengan pelbagai keadaan pencahayaan yang berbeza serta kecerahan yang boleh mencapai sehingga 1000 nits. Kaca hadapan pula diperkuatkan dan dilindungi oleh kaca Gorilla Glass Victus+.

CHIPSET DAN PRESTASI

Samsung Galaxy A55 5G dikuasakan dengan chipset Exynos 1480 (8 core)  dan dipasang di dalamnya RAM 12GB LPDDR5. Peranti ini jugak didatangkan dengan kapasiti 256GB storan serta dilengkapkan dengan aplikasi pengoperasian Android 14, One UI 6.0. Setiap peranti Samsung yang dikeluarkan sejak 2019 akan menerima pekakasan dalaman yang dinaiktaraf serta perisian terkini kemaskini software untuk tempoh sekurang-kurangnya 4 tahun di dalam memastikan keselamatan data pengguna sehingga 5 tahun. Galaxy A55 5G ini dijamin peningkatan OS sehingga ke 4 generasi, kemaskini keselamatan untuk 5 tahun, dan waranti 2 tahun . Ciri-ciri ini membolehkan pengguna mengakses perisian, ciri keselamatan terkini, dan jaminan untuk memaksimumkan hayat penggunaan telefon pintar.

KAMERA DAN LENSA

Samsung Galaxy A55 5G didatangkan dengan sejumlah 3 kamera di bahagian belakang iaitu 50MP Utama F1.8 OIS dan dipasangkan dengan IOS (Optical Image Stabilization system), 12 MP/F2.2 (Sudut Ultra lebar – ULTRAWIDE) dan 5 MP/F2.4 (Makro – MACRO). Galaxy A55 5G menghasilkan imej yang menakjubkan dengan kualiti yang dipertingkatkan tanpa mengambilkira keadaan pencahayaan yang terlampau terang atau kurang dengan menggunakan keupayaan Nightography terkemuka Samsung Galaxy. Untuk kamera di bahagian hadapan pula, peranti ini dilengkapkan dengan kamera jenis 32 MP F/2.2 (SELFIE) demi penghasilan perincian visual yang menakjubkan melalui kamera hadapan sama ada untuk rakaman swafoto yang sempurna atau bersambung melalui panggilan video yang tersangat lancar. Telefon pintar baharu ini menghasilkan video berkejelasan tinggi untuk rakaman kandungan yang hebat dengan menggunakan penstabil imej optikal (OIS) dan penstabil imej digital video (VDIS) sehingga 4K yang mampu mencegah kekaburan akibat gegaran.

AUDIO

Samsung Galaxy A55 5G didatangkan dengan setup stereo speaker tetapi tidak mengekalkan port 3.5 mm Audio Jack seperti peranti model lama.

BATERI DAN PENGECASAN

Samsung Galaxy A55 5G mempunyai bateri berkapasiti  5,000 mAh dengan sokongan untuk pengecasan pantas 25 Watt walaupun tidak dibekalkan dengan pengecas penyesuai plag (adapter charger).  Dengan itu, masa pengecasan mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mendapatkan sekitar 46% kuasa bateri atau sekitar 90 minit untuk mendapatkan daripada kuasa pengecasan sehingga 100% dengan menggunakan mana-mana kepala pengecas penyesuai plag (adapter charger) yang ada dalam pasaran.

SAMSUNG KNOX VAULT

Samsung Galaxy A55 5G kali ini diberikan kemaskini Samsung Knox Vault yang menawarkan perlindungan menyeluruh yang boleh melindungi data daripada pelbagai serangan siber, di samping akses kepada Security & Privacy Dashboard yang membolehkan kawalan dibuat pada peranti termasuk akses kebenaran pada sesuatu aplikasi yang secara tak langsung menjaga keselamatan anda apabila melayari web, email dan menggunakan aplikasi di dalam peranti. Samsung Knox Vault juga memastikan data peribadi kritikal seperti kata laluan tetap selamat dan tidak dapat diakses oleh pengguna yang tidak mempunyai akses di telefon anda pada masa akan datang.

LAIN-LAIN

Samsung Galaxy A55 5G dipasang dengan peranti yang menyokong WIFI 6 dan Bluetooth 5.3 serta sambungan internet mudah alih generasi Rangkaian 5G. Terdapat port sambungan jenis TYPE-C dan kabel pengecas TYPE-C dibekalkan bersama tanpa pengecas penyesuai plag (adapter charger). Terdapat tiga warna pilihan untuk model ini iaitu Awesome IceBlue, Awesome Lilac dan Awesome Navy.. Peranti telefon pintar ini turut dilengkapi sistem pengimbas cap jari di bawah skrin.

RUMUSAN

Kesimpulannya, spesifikasi dan prestasi keseluruhan yang ditawarkan oleh Samsung Galaxy A55 5G adalah baik dan harganya yang ditawarkan sekitar RM1,999 seunit dan tidak didatangkan bersama pengecas penyesuai plag TYPE-C tetapi ia masih merupakan salah satu telefon pintar kelas pertengahan terbaik yang boleh anda beli.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *