Perlumbaan satu jenama di Malaysia akan dipertingkatkan pada tahun 2025 dengan pelancaran GR86 Cup Malaysia Series yang menampilkan model coupe sukan terbaharu, Toyota GR86. Dianjurkan oleh Haro Sports and Entertainment Sdn Bhd, siri perdana GR86 Cup Malaysia akan membuat penampilan sulung sebagai perlumbaan sokongan dengan dua perlumbaan 10 pusingan semasa pusingan Malaysia 2025 SUPER GT Series dari 26 hingga 28 Jun 2025. Dua lagi pusingan dijadualkan sepanjang tahun dengan Pusingan 2 berlangsung bersama perlumbaan Malaysia Championship Series 300km, manakala pusingan akhir (Pusingan 3) akan menampilkan perlumbaan sejauh 86 pusingan. Ketiga-tiga pusingan akan diadakan di Litar Antarabangsa Sepang Petronas. Read more →
Archive for: May 2025
(SUKAN) MALAYSIA BAKAL MENGANJURKAN SIRI GR86 CUP
(HIBURAN) for Revenge: Ada Selamanya Live in Kuala Lumpur – Dari Luka Jadi Lagu, Dari Duka Jadi Doa
‘for Revenge’ band berasal dari Kota Bandung yang terkenal sebagai nadi gerakan muzik alternatif Indonesia. Sejak ditubuhkan pada 2006, mereka bukan sekadar bermain dalam ruang post-hardcore dan alternatif rock, tetapi mencipta sebuah dunia di mana kehilangan, kekecewaan, dan luka menjadi bahasa kasih antara mereka dan para peminat. Read more →
(SEMASA) Segarkan Pengembaraan Anda Seterusnya dengan Warna Baharu ADV160
Boon Siew Honda Sdn. Bhd. dengan sukacitanya memperkenalkan pilihan warna terkini untuk Honda ADV160, kini tampil dengan warna baharu Matte Black dan Merah, di samping warna sedia ada iaitu Putih. Reka bentuk jalur bergaya menonjolkan penampilan lasak skuter ini, menyerlahkan gaya pengembaraan dalam setiap tunggangan. Ketiga-tiga pilihan ini ditawarkan pada harga RM13,249.00. Semua harga yang dinyatakan adalah harga cadangan runcit (RRP) tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran. Read more →
(HIBURAN) MONSTA & ASTRO SHAW LANCAR FILEM TERBARU: PAPA ZOLA THE MOVIE
CYBERJAYA, 2 Mei 2025 – Monsta, penerbit tersohor di sebalik kejayaan filem animasi pecah panggung BoBoiBoy dan Mechamato dengan kerjasama Astro Shaw, kini secara rasmi melancarkan teaser bagi francais filem animasi keempat mereka yang dinanti-nantikan: Papa Zola The Movie. Teaser ini telah mencatat kejayaan luar biasa dengan meraih lebih 2 juta tontonan di seluruh platform digital dalam tempoh kurang daripada 24 jam selepas dilancarkan. Read more →
