(HIBURAN) Tayangan Perdana Anime Pemenang Anugerah  “The Journey” di Muzium Kesenian Islam Malaysia

Spread the love

Tayangan perdana filem fantasi aksi animasi Jepun–Arab  Saudi yang pertama, “The Journey”, berdasarkan peristiwa sejarah pra-Islam, telah ditayangkan pada acara peribadi di Muzium Kesenian Islam Malaysia hari ini. Filem yang memenangi anugerah ini diterima baik oleh tetamu jemputan yang merangkumi lebih 90 orang wakil daripada ahli akademik, persatuan profesional dan syarikat; 26 orang wakil kerajaan Malaysia dan 18 orang wakil dari 11 buah negara. Acara perdana ini membuka pentas untuk kejayaan masa depan industri animasi yang menyasarkan perolehan sebanyak USD 600 bilion pada 2030 dan kini telah mencapai perolehan sebanyak USD 400 bilion. 

“The Journey” ialah cerita berlatarkan 1,500 tahun dahulu dan diilhamkan oleh cerita rakyat Arab serta sejarah Islam. Jalan cerita itu mengikuti penceroboh yang mengancam untuk memusnahkan Kaabah, salah sebuah tapak Islam yang paling suci, menyebabkan bantahan dalam kalangan penduduk tempatan. Watak utama filem itu, Aws, seorang tukang tembikar yang memerangi rahsia gelap dan memulakan perjalanan yang disokong kepercayaan untuk mempertahankan kotanya bersama-sama dengan penduduk Mekah yang lain.

Filem ini menyaksikan kerjasama antara dua studio animasi; Manga Productions Arab Saudi, anak syarikat yayasan Putera Mahkota Mohammed bin Salman, dan Toei Animation Jepan. Sebuah filem penghayatan emosi yang menggabungkan dua budaya, anime ini pada asalnya diarahkan oleh Shizuno Kubo (“Godzilla”, “Case Closed”), dengan skrip yang ditulis oleh Atsuhiro Tomioka (“Pokemon”, “Fairy Tale”), reka bentuk watak oleh Tatsuro Iwamoto (“Phoenix Wright: Ace Attorney”), dan skor yang digubah oleh Kaoru Wad. (“Inuyasha” dan “D.Grey-man”).

Filem ini dianggap sebagai filem Arab Saudi dan Arab pertama dalam sejarah memenangi anugerah filem eksperimen terbaik di Festival Filem Septimius yang diadakan di Amsterdam, Belanda. “Perkongsian antara Manga dan Toei telah menunjukkan contoh baik kerjasama yang berjaya dalam sejarah pembikinan filem anime. “The Journey” ialah bukti yang menyamai beberapa karya oleh studio produksi yang lebih besar di seluruh dunia”, kata Essam Bukhary, Ketua Pegawai Eksekutif Manga Productions dan penerbit eksekutif “The Journey”.

Dia menambah, “Kami berbangga dengan ‘The Journey’ memenangi anugerah Septimius untuk Filem Eksperimen Terbaik buat pertama kali dalam sejarah filem sinematik Saudi dan Arab. Filem ini membuktikan bahawa kandungan kreatif budaya Saudi boleh bersaing di peringkat global dan mendorong kami di Manga Productions untuk meneruskan perjalanan kami dalam mengembangkan lagi bakat Saudi dalam industri kreatif dan filem. Manga Productions akan terus menghasilkan karya yang dipacu nilai, menarik penonton dan menyumbang kepada kepelbagaian ekonomi Arab Saudi. Dan kami menetapkan hala tuju untuk pelbagai Arab yang lain untuk diceritakan dalam format anime”

Hari ini, anime dan manga Jepun merangkumi 60% penguasaan global, dengan kandungan media yang berkaitan dan budaya pop yang telah menyatukan penonton dari seluruh dunia, termasuk rakyat Malaysia., Menurut YBhg Dato’ Kamil Othman, Pengarah Salon Films & Wakil Malaysia untuk ACBS (Asia Content Business Summit), “1 daripada 2 filem yang dikeluarkan hari ini secara global adalah penerbitan anime. Malaysia menduduki tempat ke-8 di dunia dengan 48% daripada penduduk menonton filem anime. Rakyat Malaysia menggemari gaya penceritaan ini dengan populariti yang semakin meningkat dalam kalangan orang dewasa dan penonton yang lebih muda hari ini”.

Dato’ Kamil seterusnya menjelaskan, “The Journey telah mengukir namanya dan memperoleh pengiktirafan sebagai usaha secara berkumpulan yang pertama antara dua pasukan produksi yang berbeza. Penerbitan ini telah merapatkan perbezaan budaya dengan cara yang inovatif dan kreatif untuk membawa jalan cerita yang unik kepada dunia”.

Dr. Essam Bukhary, Ketua Pegawai Eksekutif Manga Productions, menyatakan: “Kami gembira dapat berkongsi filem kami dengan penonton filem Malaysia kerana kita memiliki nilai yang sama dan mempunyai hubungan rapat antara kedua-dua buah negara. Kami percaya filem itu akan memberi inspirasi kepada penonton di seluruh dunia dengan warisan kami yang kaya dan mempamerkan bakat kami dengan bersaing dalam piawaian antarabangsa”.

Fred Wang, Pengerusi Salon Films, mengulas: ”Kami gembira menjadi sebahagian daripada pengedaran The Journey di seluruh Asia dan berkongsi filem unik ini dengan para peminat anime. Kami percaya akan ada lebih banyak kandungan baharu dan menarik dari Semenanjung Arab, dan lebih banyak penerbitan akan dihasilkan menerusi kerjasama antara Timur Tengah dan Asia.”

Salon Films ialah syarikat penerbitan, pengedaran dan penyewaan peralatan filem yang beribu pejabat di Hong Kong sejak 1950-an.

“Pelaburan Salon HK di Malaysia telah membuka pintu kepada kemungkinan dan peluang yang akan memberi Malaysia potensi untuk bahagian yang lebih besar dalam pasaran animasi. Pada masa yang sama, ini adalah galakan yang sangat baik yang diperlukan oleh industri kandungan kreatif kami; perkembangan yang akan membantu memupuk kumpulan mahir bakat tempatan yang akan menyumbang kepada pertumbuhan industri kreatif dan filem yang lebih menggalakkan”, tambah Dato’ Kamil. “Bayangkan keajaiban yang boleh dicapai oleh animator muda atau pembuat filem daripada pakar global seperti Salon HK”.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *