Berikutan kejayaan pelancaran set alat pendengaran Jabra MoveTM Wireless di peringkat global, pengeluar produk Scandinavia terkemuka dunia itu kini memperkenalkan produk yang lebih bergaya – Jabra MoveTM Wireless in Gold, sekali gus membuatkan anda lebih terserlah dengan gaya fesyen tersendiri.
Dilengkapi dengan semua ciri-ciri terbaik daripada rangkaian produk Jabra, Jabra MoveTM Wireless in Gold ini menyerlah dari segi warnanya yang menarik, sesuai sebagai aksesori fesyen dan muzik untuk sesiapa yang inginkan gabungan mantap antara fesyen serta kebebasan menikmati muzik serta audio berprestasi tinggi.
Prestasi audio wireless serta rekaan ergonomik terbaik daripada produk Jabra sememangnya cukup terkemuka di serata dunia.
Seiring dengan perubahan trend masa kini, pengeluar set alat pendengaran berstatus global ini ingin memenuhi kehendak pengguna menerusi produk yang bukan sahaja mantap dari segi prestasi audio dan rekaan, malah turut tampil bergaya dengan cita rasa fesyen terunggul. Sebagai salah satu peranti digital yang penting dalam kehidupan harian pengguna masa kini, gaya penampilan set alat pendengaran kini memikul peranan signifikan yang membezakan serta mencerminkan personaliti si pemakaianya.
Sejajar dengan populariti warna emas di Asia, pelancaran warna ini menerusi produk kegemaran ramai seperti Jabra MoveTM Wireless ini sememangnya satu percaturan yang tepat. Malah, harga produk untuk warna terkini ini kekal seperti rangkaian produk Jabra MoveTM yang lain.
Rangkaian produk Jabra MoveTM bukan sahaja ringan, mudah dipakai malah juga tampil dengan prestasi audio terbaik pada harga paling berbaloi. Direka khas oleh pakar akustik terkemuka dunia, ia menjanjikan prestasi audio terbaik berbanding produk serupa dalam rangkaiannya.
Ciri-cirinya:
- Teknologi penapisan bunyi bising DSP terkemuka Jabra memastikan prestasi penyalinan semula digital yang nyaring dengan kesan audio yang mantap serta berspektrum luas.
- Teknologi HD Voice pula menjanjikan prestasi panggilan berkualiti tinggi.
- Panggilan dan muzik boleh dikawal terus daripada set alat pendengaran Jabra MoveTM
- Mampu menyambung terus pada mana-mana peranti berkemampuan Bluetooth®
- Amat ringan dan cekak set alat pendengaran boleh diselaraskan mengikut kesesuaian semua bentuk
- Alat pendengarannya berkusyen dengan rekaan bersudut bagi keselesaan pemakaian maksimum
- Rekaan terbaik dan tahan lasak untuk kebebasan bergerak:
– Cekak set alat pendengaran diperbuat daripada keluli tahan karat
– Diuji untuk keadaan ekstrem: Jatuh dari ketinggian 1.5 m dan dilengkung 10,000 kali
– Fabrik kalis kotoran
- Tali tambahan untuk memudahkan sambungan analog, sesuai untuk kegunaan di dalam pesawat atau ketika hampir kehabisan bateri.
- Tempoh berbual/menikmati muzik sehingga 8 jam atau 12 hari dalam mod bersedia
Peminat muzik dan fesyen juga pasti ingin memilikinya. Jabra MoveTM Wireless dalam warna Emas (beserta variasi lain dalam rangkaian produk ini) kini boleh didapati di semua IT Hypermarket Sdn Bhd, epicentre, Machines, Radioshack dan Viewnet Computer Systems. Rasailah pengalaman dan kebebasan bergerak di
http://www.youtube.com/watch?v=FzcJNxRh8Uc.
Untuk maklumat lanjut tentang produk Jabra, sila layari laman web: http://my.jabra.com/products/bluetooth/jabra_move_wireless/jabra_move_wireless