(SEMASA) XOX Media Sdn Bhd Jalin Hubungan Bersama Leopard Mobile Dari Taiwan Bagi Melaksanakan Strategi Pemasaran Bersama untuk Aplikasi Mudah Alih

Spread the love

Pix_001

Taipei dan Kuala Lumpur, Mei 03, 2016 – XOX Media Sdn Bhd, sebuah anak syarikat daripada Kumpulan XOX telah menandatangani satu memorandum persefahaman dengan Leopard Mobile dari Taiwan, sebuah anak syarikat Cheetah Mobile Inc. Cheetah Mobile Inc adalah penyedia perkhidmatan aplikasi mudah alih, rangkaian pengiklanan dan pemaju permainan dalam talian dan syarikat ini tersenarai di Bursa New York Exchange (NYSE:CMCM).

Leopard Mobile dan XOX Mobile akan bekerjasama dalam melaksanakan strategi pemasaran bersama dimana Leopard Mobile akan mempromosikan dan memasarkan penyelesaian komunikasi mudah alih dan membolehkan pengguna telefon pintar memaksimumkan teknologi IP Multimedia Subsystem (IMS), Voopee. Ini akan dilaksanakan melalui saluran serta para penggunanya, dan XOX pula akan memasarkan rangkaian produk Leopard Mobile melalui saluran dan pelanggannya.

Mereka akan membentuk satu pakatan bersama dimana XOX akan menjadi rakan strategik Leopard Mobile di Malaysia bagi tujuan pemasaran dan mempromosikan produk Leopard Mobile kepada pasaran umum dengan menyenaraikan produk-produk ini didalam program serta inisiatif pemasaran XOX sendiri.

Pakatan ini dijangka dapat memberi kebaikan kepada kedua-dua belah pihak.

Pelanggan XOX Mobile seramai 1.3 juta dijangka akan menjadi kumpulan pertama dapat menikmati manfaat kerjasama ini melalui ketersediaan aplikasi, permainan, kandungan dan rangkaian pengiklanan oleh Leopard Mobile dimana semua ini hanya boleh didapati melalui XOX Mobile.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan XOX, Encik Ng Kok Heng, strategi XOX Mobile dalam menjalin kerjasama antarabangsa bagi mendapatkan  perkhidmatan kandungan serta aplikasi mudah alih yang terbaik adalah sesuai dengan asas pengguna MVNO yang muda, celik teknologi, dan mengikut trend semasa.

“Kerjasama awal kami bersama jenama Korea Selatan telah terbukti berjaya dan ia mendorong kami untuk meneroka lebih banyak peluang kerjasama bersama penyedia perkhidmatan dari negara Asia yang lain. Pemaju dari Taiwan adalah antara yang terbaik dalam bidang permainan dan pengiklanan dalam talian. Kami percaya bahawa pelanggan kami yang berbahasa Cina akan dapat menikmati kandungan yang berkualiti daripada penyedia perkhidmatan Taiwan ini,” kata Encik Ng.

“Strategi dalam membentuk kerjasama dan penggabungan dalam pemasaran juga akan membolehkan aplikasi yang menggunakan IMS dapat digunakan dengan lebih meluas termasuk di Taiwan. IMS mampu menimatkan kos panggilan serta teks.”

“Kerjasama strategik ini dapat memberi faedah kepada kedua-dua belah pihak kerana ia dapat meningkatkan tahap kandungan serta keluasan pasaran,” tambah beliau.

Pengasas Leopard Mobile, Encik David Wu sangat positif dengan kerjasama yang terjalin dengan XOX, memetik sebagai berkata bahawa penerimaan kandungan bahan dari Taiwan oleh pengguna Malaysia yang berbangsa Cina adalah tinggi selain peluang untuk memasarkan Voopee di Taiwan.

“Malaysia adalah satu pasaran yang sesuai buat Leopard Mobile, dan kerjasama yang terjalin bersama XOX Mobile sangat tepat. Terdapat potensi besar dalam meningkatkan jumlah pengguna bagi aplikasi serta kandungan mudah alih,” kata Encik Wu.

Untuk maklumat lanjut berkenaan XOX Mobile, sila layari  www.xox.com.my.

 


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *