(SUKAN) MILO® Semarakkan Sokongan Buat Negara bagi Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9

Spread the love

KUALA LUMPUR,  21  Julai  21, 2017  –  Ketika rantau ini menumpukan perhatian kepada Malaysia sempena  Sukan Asia Tenggara (SEA) ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9,  MILO® mengumumkan sokongan mereka untuk temasya sukan berprestij ini dengan pelancaran kempen #BersatuKitaTeguh.

Kempen ini bertujuan menyatukan negara dan  mengajak  warga Malaysia bersama-sama memberikan sokongan untuk ahli sukan Malaysia, termasuk Juara-juara  MILO  –  Nur Dhabitah Sabri, Syakila Salni, Welson Sim, Felicia Mikat, Nur Izzati Yaakob, Abdul Latif Romly, Ng Eain Yow, dan Joel Van Huizen. Kempen ini akan menjadi saluran sokongan untuk atlet-atlet ini, menggalakkan warga Malaysia berkongsi mesej-mesej positif dan kata-kata yang membina untuk menyemarakkan semangat ahli sukan kita dalam temasya sukan ini.

MILO telah  menjuarai  sukan-sukan di Malaysia  lebih dari 60 tahun,  dengan  sumbangan terhadap pelbagai inisiatif termasuk melalui  Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM). MSSM telah memainkan peranan penting dalam membantu  atlet-atlet  muda menyerlahkan  potensi sukan mereka,  membolehkan mereka mengasah bakat dan keupayaan, sambil membuka pintu bagi mereka mewakili negara  di  arena sukan antarabangsa.

Sebahagian daripada juara-juara MILO lahir dari  MSSM, dan terus cemerlang dalam sukan dan karier mereka. “MILO®  akan terus komited terhadap perkembangan sukan, yang sangat penting dalam menanamkan nilai-nilai hidup seperti kesungguhan, dedikasi, dan kerjasama. Kami berhasrat untuk terus menjadi penggalak prinsip-prinsip ini dengan  #BersatuKitaTeguh, membawa semua rakyat Malaysia bersama-sama menyokong  atlet-atlet  kita di  Kuala Lumpur 2017,”  ujar  Cik  Philomena Tan,  Pegawai Perniagaan Eksekutif,  Unit Perniagaan MILO®, Nestlè Malaysia.

Pengukuhan dan inspirasi positif merupakan pemacu yang berkesan. Sebagai salah satu cara untuk menggalakkan warga Malaysia menyemarakkan semangat  atlet  kebangsaan untuk Kuala Lumpur 2017, MILO  mengajak para peminat  dan penyokong menggunakan media sosial dengan menggunakan  #BersatuKitaTeguh  di  Instagram  dan  Twitter.  Ini pasti membantu  atlet-atlet  yang sememangnya menggalas tugas berat untuk memberikan persembahan terbaik.

“Dengan  #BersatuKitaTeguh,  kami menyeru warga Malaysia untuk bersatu dan menjadi sumber inspirasi untuk  atlet-atlet  negara  –  memberikan mereka tenaga untuk pergi lebih jauh ketika mereka memerlukannya. Ia sebagai satu peringatan yang kita lebih kuat berdiri bersama sebagai satu negara, bila kita bersatu ke arah kecemerlangan, tambah beliau lagi.

Untuk maklumat lanjut tentang, sila lawat www.milo.com.my


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *