(SEMASA) DASHING MENGUMUMKAN KERJASAMA RASMI SERANTAU BERSAMA JUVENTUS DI MALAYSIA

Spread the love

KUALA LUMPUR, 30 Nov 2019 — Sorakkan kegembiraan  mengisi ruang udara IOI City Mall sebagaimana kesepakatan peminat bola sepak yang berkumpul disini, hari ini, bagi menjayakan kerjasama serantau diantara dua ikon besar – DASHING,  jenama penjagaan peribadi lelaki terkemuka Malaysia manakala Juventus, kelab bola sepak dunia yang terulung dan dikagumi. DASHING, satu nama yang melambangkan semangat kesepasukanan, keseronokan, maskulin kontemporari dan gaya hidup aktif, telah mengubah centre court mall ini kepada sebuah zon interaktif bola sepak. Di sini, para pengunjung dapat merasai pengalaman bola sepak serta menguji tahap kemahiran bermain bola sepak mereka dengan menyertai cabaran seperti Radar Speed Cage, Target Football, Goalkeeper Reaction Test dan juga Electronic Skills Mat.

Juventus dan DASHING adalah dua ikon besar dan tersendiri – Juventus, ikon di dalam dunia bola sepak manakala Dashing, jenama terulung penjagaan peribadi lelaki,” ujar En. Sriram Krishnamurthy, Ketua Eksekutif Wipro Unza Malaysia. Kedua-duanya berkongsi nilai yang sama seperti semangat berpasukan yang tinggi, semangat persaudaraan dan sentiasa bersedia untuk bersama.

Sriram menambah “Dalam beberapa bulan yang akan datang, DASHING telah mengaturkan pelbagai aktiviti yang menarik seiring dengan kerjasama bersama Juventus. Beberapa peminat bola sepak Malaysia bakal berpeluang merasai pengalaman keemasan bola sepak kelas pertama oleh Juventus.

Tomas Aricó, Ketua Penasihat Kerjasama Juventus, menyatakan: “Pengumuman kerjasama ini dengan DASHING di Malaysia merupakan satu lagi langkah signifikan dalam aktiviti antarabangsa yang menyaksikan perkembangan positifi kelab ini di wilayah APAC yang disokong oleh pembukaan cawangan barunya di Hong Kong, diwakili oleh Pengarah Urusan Juventus, Federico Palomba.

“Kerjasama eksklusif ini merupakan peluang pertama bagi pembangunan program kerjasama strategik Juventus dan kami akan memberikan sokongan yang terbaik untuk memastikan kejayaan program ini,” ujar Fedecrico Palomba.

Sebagai sebahagian daripada perkongsian itu, DASHING dengan berbesar hati nya mengumumkan peraduan “DASHING ; Beli, WhatsApp dan Menang” yang berlangsung dari Oktober 2019 –Jan 2020 dimana enam (6) pemenang hadiah utama akan diterbangkan ke bandar Turin, Italy, sekaligus, untuk merasai pengalaman keemasan bola sepak, termasuk peluang bertemu dengan pemain kegemaran Juventus mereka dan menonton pertandingan bola sepak secara langsung di Allianz Stadium. – tempat asal Juventus. Manakala hadiah-hadiah menarik yang lain termasuklah barangan rasmi yang ditandatangani oleh Juventus dan set hadiah edisi terhad DASHING / ELITE Juventus.

Menangi peluang eksklusif ini dengan beberapa langkah mudah sahaja. Pengguna boleh menyertai kontes dengan membeli sebarang produk DASHING atau ELITE di mana-mana outlet yang berkenaan diseluruh Malaysia dan outlet yang mengambil bahagian dalam kontes kemasukan rasmi melalui WhatsApp. Untuk lebih menggalakkan penyertaan ini dan menjadikan ianya sebuah mimpi menjadi kenyataan, tiada sekatan ke atas jumlah pembelian atau jumlah barangan yang perlu dibeli untuk penyertaan.

“Saya amat berbesar hati dan gembira pada masa yang sama untuk melawat Malaysia dan bertemu dengan peminat Juventus di sini,” kata Trezeguet pada majlis itu. “Daripada tepukan gemuruh sahaja, saya dapat melihat betapa bersemangat rakyat Malaysia mengenai bola sepak. Saya rasa itu merupakan keunikan sebenar bola sepak – ia bukan sekadar sukan; ia menyatukan semua orang, dimana sahaja, bersama-sama.

 Bagi tempoh 25 tahun yang lalu, DASHING telah berada di kemuncak sebagai jenama penjagaan peribadi lelaki terkemuka, jutaan terima kasih kepada peminat setia kami “kata Venkat Jangam, Pengurus Pemasaran Wipro-Unza Malaysia. “Oleh itu, pengalaman hebat ini adalah salah satu daripada cara DASHING untuk menzahirkan ucapan penghargaan terhadap sokongan berterusan yang kami terima daripada jejaka-jejaka Malaysia. Kami yakin mereka akan dapat melihat sendiri mengapa kerjasama DASHING – Juventus adalah satu gabungan juara. “

Peminat juga berasa amat kagum apabila buat pertama kali di Malaysia, mereka dapat secara peribadinya bertemu dengan lagenda, trofi Serie A. Sepanjang dalam sejarah kecemerlang bagi tempoh 122 tahun, Juventus adalah kelab bola yang telah meraih kemenangan yang paling banyak dengan jumlah kejohanan sebanyak 37.

Selain itu, kempen pemasaran menyeluruh 360 darjah akan dilancarkan di seluruh negara, dan ini termasuk pelancaran rangkaian produk edisi terhad DASHING Juventus yang dihiasi dengan karakteristik ikonik hitam putih Juventus dijangka bakal menemui peminat pada ahun hadapan. Acara DASHING x Juventus di IOI City Mall berlansung kepada orang ramai pada 28 November 2019 dan berakhir pada 1 Disember 2019. #DashingJuventus Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai DASHING x Juventus, peraduan “Beli, WhatsApp & Menang” lawati laman Facebook DASHING: www.facebook.com/Dashing.MY dan Instagram: www.instagram.com/dashing_my


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *