(SEMASA) Skrin 3D Fleksibel Dwi-Lengkungan dan Jam tangan pintar Wear OS pertama di Dunia dengan edisi istimewa Find X2 Pro 5G Green Vegan Leather diperkenalkan oleh OPPO bersama-sama Min Chen

Spread the love

Bergaya, versatil dan intuitif, OPPO Watch hadir di Malaysia hari ini. Direka untuk menarik perhatian, mudah digunakan dan dilengkapi dengan ciri-ciri berkuasa untuk memudahkan kehidupan seharian, jam tangan ini direka untuk menjadi pendamping dalam dunia yang sentiasa berhubung hari ini. OPPO Watch mempunyai pakej lengkap, dicipta untuk tujuan praktikal dan citarasa fesyen. Pengguna boleh memilih untuk memadankan jam tangan pintar dengan tali jam yang mempunyai pelbagai warna dan bahan, dan menukar gaya serta merta dengan tali satu butang yang mudah dilepas. Pengguna juga ditawarkan pilihan untuk mempamerkan gaya dan keperibadian mereka melalui ciri unik yang menggunakan AI untuk menghasilkan paparan muka jam yang unik berdasarkan OOTD penggunanya.

Jam pintar serba lengkap sesuai untuk bintang berbakat

Acara pelancaran tersebut dihadiri oleh penyanyi, penari dan pelakon, Min Chen, yang kini semakin memperluaskan kariernya dari Malaysia ke Taiwan dengan bakat tiga serangkainya. Sebagai personality yang terlibat dalam seni persembahan, Min Chen selalunya mempunyai hari-hari yang sangat sibuk, dan terima kasih kepada OPPO Watch, beliau dapat menyelesaikan tugasnya dengan cekap dan efektif.

Di pelancaran tersebut Min Chen berkata: “Saya teruja untuk sekali lagi bersama-sama OPPO untuk melancarkan bukan satu, tetapi dua produk mengagumkan hari ini. OPPO Watch benar-benar pendamping harian yang menjadikan segalanya lebih mudah, manakala Find X2 Pro Edisi Green Vegan Leather menonjol bukan sahaja dari segi estetika, tetapi juga dari segi fungsi dan ciri-cirinya. Mereka merupakan “pasangan” yang sempurna, jadi amat bagus kerana OPPO telah memutuskan untuk menjual mereka sebagai kombo.

 “Di antara banyak perkara yang saya sukai mengenai OPPO Watch termasuk bagaimana ia bukan sahaja berfungsi dengan sangat baik dan memudahkan saya untuk mengakses panggilan, mesej, dan bahkan aplikasi Google yang lain seperti kalendar dan emel saya, tetapi ia juga kelihatan sangat cantik dan sesuai dengan pakaian harian saya hanya dengan menggunakan fungsi padanan pakaian AI. Sudah tentu, sebagai seorang pengamal kecergasan, OPPO Watch adalah sangat berguna untuk mengesan data kesihatan saya sepanjang hari dan mengingatkan saya untuk menjalani beberapa sesi latihan pantas di antara jadual saya yang padat.

 “Salah satu ciri jam tangan ini yang paling berguna adalah dalam bidang kecergasan dan kesihatan, dapat mengesan degup jantung saya dalam masa nyata. Kadang-kala, saya akan tergesa-gesa dari satu janji temu ke janji temu yang lai, dan ini menyebabkan saya tertekan. Dengan memantau degupan jantung saya, jam tangan ini mengingatkan saya untuk sesekali berhenti mengambil nafas, dan ini sangat membantu”, tambahnya lagi.

Dicipta untuk berinteraksi dengan pengguna dalam cara yang menyeronokkan, OPPO Watch juga boleh digayakan sebagai aksesori fesyen yang bergaya. Fashionista dapat memastikan bahawa penampilan mereka sentiasa sesuai kerana OPPO Watch dapat menyelaraskan reka bentuk jam tangannya agar nampak sesuai dengan pakaian yang dipakai, dengan bantuan kuasa AI. OPPO telah berjaya menyeimbangkan reka bentuk dan prestasi. Dikuasakan dengan Wear OS oleh Google, OPPO Watch meletakkan pelbagai aplikasi dan perkhidmatan Google di hujung jari anda. Selain itu, ia dilengkapi dengan empat sensor denyut jantung untuk menangkap pelbagai maklumat kesihatan dengan tepat, seperti kadar denyutan jantung semasa serta corak tidur. Ini menjadikannya teman sempurna untuk kerja, kehidupan dan segala apa yang ada di antaranya.

Direka untuk menawarkan pengalaman premium, OPPO Watch hadir dalam 46mm dengan Wi-Fi, diukir menggunakan bingkai aloi aluminium, dalam kemasan warna Hitam dan Glossy Gold yang mengagumkan. Terdapat juga edisi 41mm dengan Wi-Fi tersedia dalam kemasan warna Hitam dan Pink Gold.

OPPO Watch didatangkan dengan tali getah fluorine. Berbanding silikon, bahan ini mempunyai kelebihan dari segi keanjalan yang lebih baik dan lebih senang dibersihkan untuk memanjangkan ketahanannya. Terdapat juga tali kulit yang ditawarkan sebagai alternatif bagi mereka yang lebih suka penampilan yang lebih sofistikated.

Wear OS oleh Google untuk OPPO Watch

Dengan Wear OS oleh Google, siri OPPO Watch menyediakan banyak ciri berguna dengan pelbagai aplikasi dari Google Play Store. Menggunakan Wear OS oleh Google, siri OPPO Watch menyediakan lebih 4000 aplikasi yang tersedia dalam Google Play Store, dengan ciri-ciri yang membantu, permainan dan pelbagai aplikasi lain yang membolehkan anda melayari muzik, membuat balasan pantas kepada rakan, melihat berita harian dan membuat pembayaran secara terus. Dapatkan bantuan proaktif dari Google Assistant yang hebat. OPPO Watch tidak hanya menunjukkan masa tetapi ianya memaksimumkan masa.

Direka dengan penuh kemahiran

Berkat pemerhatian mendalam terhadap segala perincian, OPPO Watch melengkapkan semua jenis gaya hidup. Ianya adalah jam tangan pintar pertama yang mempunyai paparan dwi-lengkung, dan bingkai aloi aluminium memberikan kekuatan dan ketahanan yang optimum. Proses menggilap 19-langkah memastikan kemasan yang sempurna di antara kaca 3D dan bingkai.

Skrin AMOLED fleksibel 3D yang vibrant bagi edisi OPPO Watch 46mm berukuran 1.91 inci – banyak ruang untuk leretan dan ketikan. Dengan kecerahan yang sangat baik dan perincian yang sempurna, walaupun di bawah cahaya matahari yang cerah, semua yang terdapat pada skrin kekal jelas. Ketika di kolam renang atau tepi pantai? Jangan risau kerana OPPO Watch sentiasa bersedia untuk melakukan tugasnya, dengan 5ATM kalis air dan kalis debu – di sinilah gaya dan fungsi memenuhi ketenangan jiwa.

Melengkapkan barisannya, OPPO Watch 41mm juga dibuat dari bingkai aloi aluminium yang memberikan kekuatan dan ketahanan, dan skrin AMOLED 1.6 incinya memberikan perincian yang sama sempurna – sesuai untuk kehidupan yang sentiasa bergerak.

Versatil dan intuitif

OPPO Watch dikuasakan dengan Wear OS oleh Google dan diselaraskan oleh OPPO, membolehkan pengguna beralih antara peranan, tugas dan rutin harian mereka dengan lancar tanpa melanggar rentak dan aliran pada hari itu. Dengan ini, pengguna dengan mudah dapat membuat panggilan, menjadualkan acara dan semak notifikasi secara terus tanpa perlu membuka kunci telefon mereka.

Bagi mereka yang mencari jam pintar yang dapat melengkapkan penampilan seharian mereka dengan mudah, OPPO Watch merupakan pilihan terbaik bagi mereka. Cukup dengan menggunakan aplikasi ‘HeyTap Health’ untuk memotret pakaian mereka hari ini, OPPO Watch akan menggunakan pengimejan AI untuk menghasilkan paparan jam pelengkap, memastikan pemakainya sentiasa mengikut fesyen.

Bagi hayat bateri pula, tidak perlu risau kehabisan bateri dengan OPPO Watch, kerana ia memberikan kuasa sehingga 16 jam dengan hanya pengecasan 15-minit, terima kasih kepada Pengecasan Kilat VOOC. Anda juga boleh memilih antara mod kuasa jam pintar dengan jangka hayat bateri sehingga 36 jam atau mod penjimatan kuasa dengan jangka hayat bateri sehingga 21 hari, dan masih lagi memantau degupan jantung, mengira langkah, notifikasi dan banyak lagi.

Kecergasan dan Kesihatan

Nikmati bimbingan yang disesuaikan untuk matlamat kecergasan di rumah, dengan lima mod senaman yang memberikan bimbingan suara, sebagai tambahan kepada penjejakan latihan: Larian Kecergasan, Larian Pembakaran Lemak, Berjalan di Luar, Berbasikal di Luar dan Berenang.

Berdasarkan kepada lima sensor senaman dan juga GPS + GLONASS, OPPO Watch merupakan rakan pelatih yang hebat, yang mengesan statistik fizikal dengan tepat. Manfaatkan masa terluang dengan video latihan senaman selama lima minit untuk kekal cergas walapun pada hari yang sibuk.

Pemantauan degupan jantung yang sentiasa aktif bermaksud pengesanan yang konsisten, sama ada ketika bersenam ataupun berehat, dan Sleep Tracking memberikan laporan terperinci yang mendokumentasikan keadaan tidur setiap malam yang boleh didapati dalam laporan lengkap di Aplikasi Hey Tap Health.

Ditambahkan dengan Google FitTM, dengan sokongan untuk pelbagai latihan tambahan, termasuk dayungan dalaman dan bermain layang-layang, OPPO Watch berubah menjadi penjejak dan rakan senaman yang terbaik.

Jam tangan pintar premium dipadankan dengan telefon pintar luar biasa

Kesinambungan penerokaan OPPO terhadap bahan-bahan baharu dan inovasi reka bentuk dari edisi sebelumnya, OPPO Find X2 Pro Green Vegan Leather merupakan tambahan terbaharu pada varian Orange Vegan Leather yang sedia ada. Mengambil inspirasi daripada konsep “pemulihan”, OPPO Find X2 Pro Green Vegan Leather menjadi pentas utama dengan menggabungkan kemampuan teknikal telefon pintar flagship dengan warna yang menenangkan dan menyegarkan yang memberikan keselesaan. Warna hijau yang elegan dipilih untuk memberikan warna yang tidak hanya menyenangkan secara estetika tetapi juga mampu memberikan ketenangan kepada para pengguna.

Untuk mewujudkan pengalaman holistik melalui penglihatan dan sentuhan, Find X2 Pro Green Vegan Leather juga mempunyai kulit vegan buatan terbina dalam di bahagian bingkai tengahnya. Find X2 Pro menggabungkan bahan yang mesra alam dengan teknologi jahitan kulit tiga lapisan yang unik untuk memberikan sensasi sentuhan ke dalam produk. Dibina sepenuhnya dalam logam hijau matte, kerangka tengah Find X2 Pro bergantung pada teknologi sandblasting untuk memastikan pewarnaan yang konsisten di seluruh permukaan produk.

Walaupun terdapat dalam warna dan bahan baharu, Find X2 Pro Green Vegan Leather memilih untuk mengekalkan standard prestasi IP68-level kalis percikan, kalis habuk dan pelindung kalis air dari edisi terdahulu. Dilengkapi dengan skrin QHD+ AMOLED dan kadar penyegaran 120Hz, Find X2 Pro merupakan salah satu paparan berkualiti tinggi dalam pasaran. Digabungkan dengan Sistem Kamera Penglihatan Ultra, FindX2 Pro menerima ranking No. 1 DxOMark untuk Sistem Kamera Penglihatan Ultra mereka pada bulan Mac dan baru-baru ini memenangi EISA ADVANCED SMARTPHONE AWARD bagi tahun 2020 – 2021. Find X2 Pro direka untuk memberikan prestasi terbaik dan pengalaman yang menakjubkan.

Peranti ini juga dilengkapi dengan Platform Mudah Alih Qualcomm Snapdragon 865 dan Sistem Modem-RF Qualcomm Snapdragon X55 5G, digabungkan dengan pengecasan kilat 65W SuperVOOC 2.0 yang direka dan dibangunkan sendiri oleh OPPO, membolehkan pengalaman baru dan menarik bagi setiap pengguna. OPPO telah memperkenalkan banyak yang pertama dalam industry dan akan meneruskan misi penerokaan ini untuk memberikan teknologi terbaik bagi para pengguna mereka.

ColorOS 11

Sebagai salah satu pengeluar pertama dalam industri yang membawa pengalaman Android 11 terbaharu kepada pengguna melalui ColorOS 11, OPPO Find X2 Pro Green Vegan Leather akan hadir dengan ciri-ciri baharu yang dikembangkan bersama Google, buat julung kalinya. Dilancarkan pada bulan yang sama dengan Android 11, ColorOS 11 akan menjadi pelucuran beta terpantas dalam sejarah ColorOS, menunjukkan komitmen OPPO untuk terus berada di hadapan dan memberikan kemas kini yang terkini kepada perantinya.

ColorOS 11 menawarkan tahap penyesuaian UI yang belum pernah dilakukan sebelumnya untuk membantu pengguna mengekspresikan imaginasi mereka dan mengabadikan pengalaman mereka. Pengguna pada asasnya dapat membuat Paparan Sentiasa-Buka mereka sendiri, tema dan wallpaper, serta jenis font, ikon dan nada dering. Peningkatan terbaharu ini juga meningkatkan stok Mod Gelap Android dengan tiga skema warna dan tahap kontras. OPPO Relax 2.0 membolehkan pengguna membuat campuran bunyi putih mereka sendiri sambil menawarkan koleksi suara yang luas dan mengasyikkan dari bandar-bandar di seluruh dunia. ColorOS 11 dilengkapi dengan Terjemahan Tiga-Jari yang dikuasakan oleh Google Lens, ciri pertama yang dicipta bersama oleh OPPO dan Google. Ia menangkap dan menterjemahkan teks melalui tangkapan skrin sederhana yang diambil dengan isyarat tiga jari.

Siri Find X2 akan menjadi antara yang pertama merasai pengalaman ColorOS 11 terbaharu. OPPO menjemput pengguna yang mahir teknologi untuk meneroka ciri-ciri baharu dengan versi beta ColorOS 11 untuk Siri Find X2 bermula 1 Oktober 2020, manakala kemas kini OTA ColorOS 11 Siri Reno dan Siri A akan dilancarkan dalam beberapa bulan lagi di Malaysia.

Perincian pra-pesanan

OPPO Watch akan tersedia untuk pra-pesanan di Malaysia bermula 25 September sehingga 2 Oktober 2020 dan akan dijual secara rasmi di semua kedai bermula 3 Oktober 2020. Varian 41mm berharga RM899, manakala varian 46mm berharga RM1,299. Para pelanggan yang membuat pra-pesanan akan menerima 2 tali jam tambahan bernilai RM199. Ketika tempoh pra-pesanan, 50 pelanggan terawal (hanya di Lembah Klang) akan menerima 1 gelang tangan eksklusif tambahan yang direka oleh seorang artis graffiti tempatan terkenal, Katun. Pada 3 Oktober para pelanggan boleh mengambil peranti pra-pesanan mereka bersama dengan nama yang direka khas pada gelang tangan eksklusif oleh Katun dengan segera di Kedai Flagship OPPO, The Gardens Mall bermula pukul 10 pagi – 12 tengah hari. Para pelanggan yang tidak dapat hadir ke jualan pertama masih boleh memiliki 1 gelang tangan eksklusif tambahan berserta nama yang direka khas melalui pendaftaran secara atas talian.

Selain itu, edisi terhad OPPO Find X2 Pro Edisi Green Vegan Leather hanya hadir dengan pasangan khas bersama OPPO Watch! Dapatkan OPPO FindX2 Pro I Edisi OPPO Watch Green Vegan Leather terhad ini ketika pra-pesanan bermula sekarang sehingga 2 Oktober dengan harga RM5,399 dan bukannya harga RM6,097. Untuk set ini anda akan menerima 46mm OPPO Watch bersama-sama tali jam tambahan bernilai RM159 dan juga OPPO Find X2 Green Vegan Leather eksklusif. Bukan itu sahaja, OPPO juga menawarkan 120GB OPPO Cloud Storage selama 6 bulan secara percuma yang boleh ditebus di My OPPO App. Pasangan ini akan tersedia di semua Kedai Jenama OPPO, Kedai Atas Talian Rasmi OPPO dan Kedai Pengedar Rasmi OPPO yang terpilih.

My OPPO Lucky Raffles

Berita baik kepada semua pengguna OPPO sedia ada, sertai My OPPO App Lucky Raffles dari 25 September 2020 sehingga 2 Oktober 2020. Hanya belanjakan 50 mata ganjaran dan berpeluang memenangi 4x OPPO Watch 46mm dan 41mm bernilai RM1,299 dan RM899. Terdapat juga hadiah menarik lain seperti Baucar OPPO, Baucar Zalora dan mata ganjaran tersedia untuk penebusan. Muat turun dan daftar My OPPO App sekarang untuk mengambil bahagian!

Jenis Item OPPO Watch 46mm (Wi-Fi) OPPO Watch 41mm (Wi-Fi)
Penampilan Warna Black/Glossy Gold Black/Pink Gold
Saiz 46×39×11.35mm (12.96mm termasuk sensor kadar degupan jantung) 41.45×36.37×11.4mm (13mm termasuk sensor kadar degupan jantung)
Bingkai Jam Aluminum alloy
Tali Jam Fluororubber
Penutup bawah Ceramic+Plastic Plastic
Berat Anggaran 39.3g (tanpa tali) Anggaran 30.1g (tanpa tali)
Butang Butang Home, Butang pelbagai fungsi
Skrin Skrin Paparan Dwi-Lengkung Fleksibel AMOLED Skrin Rigid AMOLED
Saiz Skrin 1.91″ 1.6″
Resolusi 402×476 320×360
PPI 326 301
Hayat bateri Kapasiti Bateri 430mAh 300mAh
Keperluan kuasa penyesuai Nilai output 5V⎓1.5A atau lebih tinggi
Mod Pengecasan Pengecasan Magnet
Teori jangka hayat bateri dalam mod Pintar Sehingga 36 jam Sehingga 24 jam
Teori jangka hayat bateri dalam mod Penjimatan Kuasa Sehingga 21 hari Sehingga 14 hari
Masa Pengecasan 75 minit
Pengecasan Kilat Watch VOOC Flash Charging
Fungsi Pemproses Qualcomm® Snapdragon Wear™ 3100 & Ambiq Micro Apollo3 Wireless SoC
Sistem Operasi Wear OS oleh Google™ 2.18
Kapasiti 1GB+8GB
Wi-Fi WLAN 2.4G
Bluetooth® BT4.2,BLE
Sensor Sensor pecutan tiga paksi/Sensor giroskop/Sensor geomagnetic/Sensor barometric/Sensor degupan jantung optik/Sensor kapasiti/Sensor cahaya ambien
Mod senaman Larian Kecergasan/Senaman 5-minit/Larian Pembakaran Lemak/Berjalan Luar/Berbasikal Luar/Berenang
Fungsi kecergasan Pemantauan kadar jantung/Pemantauan tidur/Peringatan bangun/Latihan pernafasan berpandu
Kalis air 5ATM 3ATM
GPS       Dengan GPS terbina dalam, Menyokong A-GPS dan GLONASS
NFC Sokong
Pembantu suara Google Assistant
App Wear OS oleh Google & HeyTap Health App
Bungkusan Kandungan bungkusan Badan jam (tanpa tali)×1
Tali Fluororubbet×1
Tapak pengecasan×1
Panduan Mula Pantas×1
Panduan Keselamatan×1

-TAMAT-

[1] Bilangan sebenar dan jenis latihan yang dapat dikesan mungkin berbeza apabila produk Google Fit berkembang pada masa akan datang

[2] Google, Google Play, Wear OS oleh  Google dan tanda lain adalah trademark Google LLC. Wear OS oleh Google berfungsi dengan telefon yang beroperasi dengan Android 6.0+ (tidak termasuk edisi Go) atau iOS 12.0+. Ciri yang disokong mungkin berbeza antara platform dan negara.

[3] Statistik bateri berdasarkan ujian makmal pada OPPO Watch 46mm (Wi-Fi). Bateri sehari bersamaan dengan kira-kira 16 jam – hari penuh bangun


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *