(HIBURAN) PANGGILAN TERAKHIR: TIKET KONSERT ‘MANGU DI KUALA LUMPUR’ KINI DI TAHAP KRITIKAL

Spread the love

Rockstage Entertainment mengeluarkan panggilan terakhir (last call) kepada seluruh peminat dan pencinta muzik tanah air serta rantau ini untuk mendapatkan tiket ke Konsert Mangu di Kuala Lumpur, yang dijadualkan berlangsung pada 15 Ogos 2026 di Zepp Kuala Lumpur (Zepp KL).

Jualan tiket bagi konsert eksklusif berkenaan kini dilaporkan berada pada tahap kritikal dengan beberapa kategori dan zon utama menunjukkan permintaan yang amat tinggi sejak jualan dibuka. Antaranya termasuk zon berdiri (rock zone) serta kategori tempat duduk premium yang kini semakin terhad.

Berdasarkan sambutan luar biasa yang diterima, pihak penganjur menjangkakan konsert berkenaan bakal menarik kehadiran penonton dalam jumlah yang besar, sekali gus menjadikan acara ini antara persembahan muzik yang dinanti-nantikan pada tahun 2026.

Konsert Mangu di Kuala Lumpur bakal menampilkan persembahan istimewa daripada Ari Lesmana, figura penting dalam dunia muzik Indonesia, yang akan membawakan karya-karya popularnya kepada peminat di Malaysia. Persembahan tersebut turut dijangka tampil dengan susunan muzik yang lebih segar menerusi kolaborasi eksklusif bersama DJ Firza, sekali gus memberikan pengalaman muzik yang berbeza kepada penonton.

Malam berkenaan turut dimeriahkan dengan penampilan khas Enau, bakat yang semakin mendapat perhatian dalam industri muzik serantau. Suasana konsert pula akan dikendalikan oleh MC Millvrd yang bertindak sebagai pengacara dan penggerak momentum sepanjang acara berlangsung.

Gabungan barisan artis dan penggiat muzik berkenaan dijangka memberikan pengalaman persembahan yang dinamik, selain menggabungkan elemen muzik, visual dan tenaga pentas dalam sebuah acara yang dirangka khusus untuk peminat muzik.

Wakil pengurusan Rockstage Entertainment berkata, sambutan yang diterima setakat ini amat memberangsangkan dan mencerminkan sokongan kukuh daripada peminat terhadap penganjuran acara muzik berkualiti.

Kami amat menghargai dan berterima kasih atas sokongan luar biasa yang diberikan oleh para peminat terhadap Konsert Mangu di Kuala Lumpur. Sambutan yang diterima menunjukkan bahawa terdapat permintaan yang tinggi terhadap persembahan muzik berkualiti dan pengalaman konsert yang istimewa.

Dengan tarikh persembahan yang semakin hampir dan jumlah tiket yang semakin terhad, kami menyeru para peminat yang masih belum mendapatkan tiket supaya berbuat demikian dengan segera bagi mengelakkan kekecewaan. Kami tidak mahu ada peminat yang terlepas peluang untuk menjadi sebahagian daripada malam istimewa ini,” katanya.

Dalam pada itu, Rockstage Entertainment turut menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dan berwaspada terhadap sebarang cubaan penipuan berkaitan penjualan tiket, termasuk urusan dengan pihak tidak bertanggungjawab atau penjual tiket tidak sah.

Pihak penganjur menegaskan bahawa pembelian tiket hanya disahkan sebagai transaksi sah sekiranya dibuat menerusi portal penjualan tiket rasmi yang telah dilantik. Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang pembayaran kepada pihak ketiga yang tidak disahkan bagi mengelakkan risiko kerugian atau menjadi mangsa penipuan.

Dengan jualan tiket yang kini berada pada tahap kritikal, peminat dinasihatkan supaya mendapatkan tiket masing-masing secepat mungkin sementara stok masih tersedia.

BUTIRAN KONSERT

Nama Acara: Mangu di Kuala Lumpur
Tarikh: 15 Ogos 2026 (Sabtu)
Waktu Pintu Dibuka: 7.00 malam
Lokasi: Zepp Kuala Lumpur (Zepp KL), Kuala Lumpur
Portal Pembelian Tiket Rasmi: myticketempire.com

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Mangu di Kuala Lumpur dan menjadi sebahagian daripada pengalaman muzik eksklusif yang bakal berlangsung pada 15 Ogos 2026.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *