(SEMASA) 2022 Hot Wheels™ Legends Tour Kembali ke Malaysia untuk Mengabadikan Kereta Kustom Buatan Peminat Kereta sebagai Mainan Die-cast Hot Wheels®

Spread the love

Pasangkan tali keledar anda! Hot Wheels™ Legends Tour kini kembali lagi ke Malaysia untuk kali ketiga! Dikelolakan dengan kerjasama Art of Speed Malaysia, sambutan seni kustom kereta ini akan menjadikan Malaysia sebagai salah satu lokasi pencarian global yang mentransformasikan kereta kustom rekaan peminat kepada mainan die-cast Hot Wheels® berskala 1:64 dan dipasarkan di lebih 150 negara seluruh dunia! Untuk penyertaan, layari https://artofspeedmy.com/hot-wheels-legends-tour-2022/.

Diasaskan pada 2018 yang merupakan sebahagian sambutan Ulang Tahun ke-50 Hot Wheels®, Hot Wheels™ Legends Tour bermula sebagai acara siri yang memaparkan 15 pertunjukan kereta di pasar raya besar Walmart sekitar Amerika Syarikat (AS). Dalam empat tahun yang lepas, pertandingan itu mula menjadi sebutan sehingga diperluaskan ke negara-negara lain – meliputi 5 benua. Para peminat kereta kustom di Malaysia juga berpeluang menyertai pencinta hobi serupa dari AS, Kanada, Australia, New Zealand, Jepun dan terbaru dalam senarai, Indonesia yang akan bersaing merebut gelaran juara.

“Selepas empat tahun dengan pelbagai acara yang diadakan, amat mengujakan melihat perkembangan Hot Wheels™ Legends Tour, sama ada di AS dan di peringkat antarabangsa,” ujar Naib Presiden, Ketua Global Rekaan Kenderaan, Mattel, Ted Wu. “Sebahagian besar acara sejak dua tahun lalu diadakan secara maya, namun kami menyaksikan pertandingan ini berjaya menyatukan komuniti baharu yang terdiri daripada pereka model kenderaan dan peminat Hot Wheels® di seluruh dunia. Kami teruja untuk meneruskan perkembangan ini pada 2022 terutama dengan kembalinya acara secara langsung on-ground. Pertandingan tahun ini dijamin akan menjadi yang terbaik lagi dan kami tidak sabar untuk menyaksikan rekaan-rekaan epik sepanjang Jelajah ini.”

Penyertaan yang disenaraipendek akan menyertai pusingan akhir peringkat Malaysia pada Ogos 2022 dan akan dinilai oleh pasukan pereka Hot Wheels® bersama-sama juri jemputan tempatan: Tengku Djan, pelumba drift profesional Malaysia yang menyertai siri perlumbaan D1 Grand Prix; DEV JBC, penerima anugerah sebagai pembikin kereta dan pengasas BIMMERZ ADVOCATE GARAGE; serta Ahirine Ahirudin, pencinta sukan permotoran dan pemenang podium dua kali di Festival TGR. Setiap penyertaan dinilai berdasarkan ketulenan (Authenticity), rekaan yang memaparkan semangat Hot Wheels®; Keaslian (Originality), rekaan dengan perincian unik menonjol dari yang lain; dan semangat garaj (Garage spirit), keupayaan pereka menyerlahkan ciri model sebagai kereta ‘buatan khas bukan dibeli.’

Para peserta dari zon Asia Pasifik juga dapat menantikan perkembangan baru dalam Legends Tour. Buat kali pertama, pemenang dari zon Asia Pasifik (Australia, New Zealand, Jepun, Malaysia dan Indonesia) tidak hanya akan bersaing di peringkat Separuh Akhir Global pada Oktober 2022, tetapi turut memiliki peluang keemasan menyaksikan rekaan kustom mereka ditransformasi dan dijelmakan menjadi mainan die-cast Hot Wheels® ‘one-of-a-kind’ (OOAK) yang akan dipasarkan.

Kemuncak Legends Tour akan berlangsung pada November dengan siaran langsung menerusi laman acara Peringkat Akhir Global pada November 2022. Kereta rekaan dan binaan kustom yang muncul sebagai juara akan dimasukkan ke dalam senarai Hot Wheels Garage of Legends, menyertai juara-juara terdahulu iaitu 2JetZ™ pemenang 2018, 1957 Nash Metropolitan pemenang 2019, 1970 Pontiac Trans Am pemenang 2020 dan 1969 Volvo P1800 Gasser pemenang 2021.

Penyertaan akan dibuka secara dalam talian bermula 18 Jun 2022 di https://artofspeedmy.com/hot-wheels-legends-tour-2022/ dan akan ditutup pada 31 Julai 2022. Penyertaan 10 Terbaik akan menerima sijil, trofi dan produk sampingan eksklusif, manakala 3 Terbaik akan menerima kereta permainan model Legends mail-in edisi terhad.

Para peminat juga akan teruja apabila mengetahui bahawa acara tahunan Art of Speed yang ke-10 di MAEPS, Serdang yang akan diadakan pada 2 & 3 Julai depan akan memaparkan tirai latar pek Hot Wheels™ Legends Tour blister bersaiz sebenar (life-sized) bagi membolehkan mereka merakamkan memori bersama kereta rekaan kustom masing-masing oleh jurugambar profesional. Peluang ini hanya ditawarkan kepada mereka yang terawal.

Gerai jualan (booth) Hot Wheels™ Legends Tour juga didapati di Acara Art of Speed. Pengunjung boleh mendapatkan barangan Hot Wheels® dan barangan Hot Wheels™ Legends Tour edisi terhad seperti: pakaian, beg tote, botol, cawan dan kereta koleksi pengumpul.

Untuk maklumat lanjut berhubung acara ini, layari www.artofspeed.com atau www.facebook.com/ArtOFSpeedMY/ .


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *