(SEMASA) KISAH IKONIK ORO ITALIA 916 HABIB, SENTUHAN ISTIMEWA DARI ITALI

Spread the love

AMPANG, 1 November 2022 – Terkenal dengan rekaan yang unik dan berkualiti, barangan kemas emas daripada Koleksi Oro Italia 916 kini tidak asing lagi dalam kalangan umum, malah turut menjadi kegemaran para pelanggan HABIB. Bermula sejak tahun 2010, koleksi ini telah berkembang dengan lebih banyak pilihan yang menawan bagi memenuhi citarasa setiap pelanggan dan sesuai digayakan oleh semua lapisan umur. Kempen HABIB Oro Italia 916 kini berlangsung dari 27 Oktober sehingga 20 November 2022 di bilik pameran seluruh Malaysia.

Kisah bermula apabila Dato’ Sri Meer Habib, seorang usahawan yang berpandangan jauh dalam perniagaan mula mengorak langkah ke negara Itali yang terkenal dengan kepakaran pertukangan dan rekabentuk barang kemas emas berkualiti. Itali pada waktu itu lebih menumpukan kepada emas 750 (18K) untuk rekaan barangan kemasnya justeru HABIB berkongsi buah fikiran baharu serta proses penyelidikan dan kajian selama dua tahun untuk menghasilkan barangan kemas emas Itali dengan mutu emas 916 (22K) yang serasi dengan budaya rakyat Malaysia. Kemajuan teknologi mereka juga membolehkan tukang emas menghasilkan koleksi dengan kombinasi warna emas yang berbeza seperti emas kuning, emas putih dan emas merah jambu sambil mengekalkan mutu emas 916 yang sesuai dijadikan pelaburan. Oleh itu, koleksi ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

Koleksi Emas Oro Italia 916 yang boleh didapati secara eksklusif di HABIB telah menjadi pencetus trend dalam industri barangan kemas di Malaysia. ‘Oro’ dipetik daripada perkataan Itali yang bermaksud emas. Setiap rekaan mempunyai penceritaan tersendiri, dan kehalusan serta kekemasan tidak dapat disangkal kerana butiran manik dipilih dan disusun satu persatu umpama menjahit sulaman.

Juga signifikan buat koleksi ini, teknik potongan dan kemasan unik ditawarkan seperti high polish, matte dan potongan berlian (diamond cut). Malah kemasan yang menggunakan teknik cataphoresis lacquer bagi menghasilkan warna pada emas 916 yang distingtif seperti rona merah, hijau, ungu dan biru turut menjadikan koleksi ini istimewa

Apa yang lebih menarik juga, Koleksi Oro Italia 916 ditawarkan dalam pelbagai bentuk dan saiz bagi memenuhi citarasa pelanggan yang berbeza.  Selain dari terkenal dengan hasil kerja tangan yang berkualiti tinggi dan kemas, rekaannya juga memberikan keselesaan ‘comfort fit’ kepada si pemakai.

Koleksi Cleopatra memberikan sentuhan mewah dan bergaya. Keunikan koleksi rantai tangan Cleopatra Oro Italia 916 apabila digayakan akan memberi impak seperti memakai gelang tangan. Ianya cantik terletak menghiasi pergelangan tangan si pemakai. Hasil mutu kerja terbaik, setiap bahagian adalah ringan, menjadikannya selesa dipakai dan lembut pada kulit.

Dalila merupakan antara Koleksi Oro Italia 916 yang menjadi tarikan. Teknik buatan tangan pada setiap manik oleh tukang ini menghasilkan kilauan seperti berlian yang mempesonakan. Kelainan rekaan ini merupakan manik unik berbentuk segi empat tepat yang disusun dengan kemas bersama manik berbentuk bulat, sesuai buat mereka yang menggemari penampilan menonjol.

Aria merupakan rekaan terbaru Koleksi Oro Italia 916. Tampil menyerlah dengan rekaan moden minimalis, gabungan tiga warna emas kuning, putih dan merah jambu serta motif yang unik sesuai buat mereka yang gemarkan gaya ringkas namun menawan.

Grafetta antara koleksi Oro Italia 916 yang miliki gaya tersendiri. Desainnya lebih trendy dan moden, manis dipakai secara individu ataupun dilapiskan untuk kelihatan lebih dominan. Rangkaian emas yang elegan ini didatangkan dalam bentuk rantai leher, rantai tangan, subang dan cincin sepadan serta boleh didapati dalam tiga rona emas. Ditampilkan dengan reka bentuk ringkas mahupun dengan potongan berlian yang unik untuk kilauan tambahan, Grafetta sempurna untuk melengkapkan gaya penampilan.

Kunjungi bilik pameran HABIB berdekatan untuk melihat dengan lebih jelas koleksi-koleksi Oro Italia 916. Layari laman sesawang www.habibjewels.com dan ikuti media sosial rasmi Instagram, TikTok (@habibjewelsofficial) dan Facebook (@habibjewels) untuk mendapatkan maklumat lanjut.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *