(SEMASA) Puteri Belle tampil dalam koleksi terbaru Disney x HABIB 

Spread the love

Jenama barang kemas tempatan, HABIB teruja untuk bekerjasama bersama jenama antarabangsa Disney dalam melancarkan koleksi terbaru set Syiling Wafer Emas 999.9 Edisi Terhad yang diinspirasikan dari Puteri Belle. Berikutan sambutan yang memberangsangkan sewaktu pelancaran koleksi Disney x HABIB Syiling Wafer Emas versi Frozen, kedua jenama ini berharap koleksi terbaru ini mampu membawa nilai sentimen yang positif dengan menampilkan aura kekuatan serta personaliti menarik Puteri Belle berdasarkan filem klasik kegemaran ramai iaitu Beauty and the Beast

Filem Beauty and the Beast mengisahkan tentang pengembaraan hidup Belle, seorang wanita muda yang pintar dan sering mengimpikan pengembaraan yang luar biasa. Diilhamkan dari minatnya yang mendalam pada sastera serta ilmu pengetahuan, Belle percaya akan kebolehan dirinya dan inginkan kehidupan yang penuh dengan keterujaan. Belle turut disegani oleh kerana kesanggupannya dalam mengorbankan kebebasan hidup beliau demi menyelamatkan ayahnya dari sebuah istana misteri yang dihuni oleh raksasa bersifat panas baran.

Bersahabat dengan penghuni istana yang disumpah, Belle telah mengenal Beast dengan lebih rapat dan membantu Beast dalam mencari sisi baiknya oleh kerana beliau sering dilihat sebagai raksasa yang penuh dengan sifat amarah. Belle turut membantu dalam merungkai sumpahan yang setelah lama menghantui istana tersebut. Sifat baik hati serta kecekalan Belle, sentiasa menjadi tauladan dalam mengingatkan orang ramai untuk menjadi heroin dalam jalan cerita hidup kita yang tersendiri.

Elemen yang direfleksikan dalam rekaan koleksi syiling wafer emas ini diambil dari babak-babak kegemaran cerita dongeng klasik ini. HABIB amat berbesar hati untuk menjalinkan kerjasama bersama Disney oleh kerana kedua jenama terunggul ini mempunyai visi yang sama iaitu untuk memberi pengalaman yang luar biasa buat para pelanggannya.

Terdapat dua rekaan yang ditampilkan, setiap satu darinya mempunyai keunikannya yang tersendiri. Koleksi ini boleh dibeli secara berasingan ataupun set dimana ianya dijual pada harga RM118 untuk setiap satu unit. Kelainan yang dipertaruhkan dalam koleksi ini adalah pada rekaannya yang menggambarkan babak ikonik serta petikan dialog dari filem tersebut. Bagi mereka yang gemar menonton filem-filem Disney, syiling wafer emas ini sesuai dijadikan sebagai hadiah ataupun sebagai barang koleksi untuk disimpan.

Koleksi edisi terhad Disney x HABIB Ultimate Princess Collection versi Belle kini boleh didapati di seluruh bilik pameran HABIB, laman sesawang rasmi HABIB serta platform e-dagang seperti Shopee dan Lazada. Sejurus pelancaran ini, HABIB turut bakal melancarkan beberapa koleksi edisi terhad bersama Disney pada masa yang akan datang.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *