(SUKAN) The Music Run by CIMB menggerakkan sasaran terhadap penambahbaikan kehidupan dan kesihatan, secara lestari

Spread the love

Kuala Lumpur, 15 Januari 2024 The Music Run by CIMB yang dinanti-nantikan kini kembali ke Malaysia untuk Edisi ke-3 dengan CIMB Group (“CIMB”) sebagai Rakan Penaja Utama. Stadium Nasional Bukit Jalil yang ikonik dimeriahkan dengan kehadiran hampir 17,000 peserta daripada semua lapisan masyarakat untuk mengambil bahagian dalam acara larian ceria 5km bertemakan “Live the Beat” yang diiringi muzik di sepanjang trek larian. Para peserta berlari berpandukan rentak irama muzik interaktif di sepanjang acara tersebut untuk mengekalkan motivasi yang tinggi, di samping memberikan pengalaman yang menakjubkan untuk semua peserta.

Acara tersebut yang diberi gelaran “Asia’s Fittest Party” (Pesta Paling Cergas di Asia) diikuti dengan pesta muzik yang menampilkan penghibur antarabangsa Sam Withers dan kumpulannya kembali beraksi bersama artis-artis terkenal termasuk BLINK, The Filters, dan EMO NIGHT KL.

The Music Run dianjurkan oleh Fresh Events Asia, entiti di sebalik lebih daripada empat puluh acara paling hangat di rantau ini dengan jumlah pengikut yang kian meningkat sejak sedekad yang lalu. Selain daripada larian dan pesta muzik yang hebat, para peserta juga menikmati pengalaman yang unik, selamat, tanpa alkohol dan sihat termasuk mesra alam dengan etos ‘More Fun. Less Waste’ (Lebihkan Keseronokan. Kurangkan Pembaziran).

“Kami berbangga untuk kembali sebagai Rakan Penaja Utama The Music Run by CIMB bagi tahun ketiga berturut-turut. Selaras dengan proposisi jenama CIMB, ‘MELANGKAH KE HADAPAN BERSAMA’ – kami sentiasa mengutamakan pelanggan kami dalam apa jua yang kami lakukan, memenuhi janji kami sebagai organisasi yang berteraskan matlamat untuk terus meningkatkan nilai kepada pelanggan kami. Kami komited untuk terus menjadikan kelestarian sebagai sebahagian daripada kehidupan kita semua, di samping menggalakkan orang ramai untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat dan aktif,” kata Toni Darusman, Ketua Pegawai Jenama & Pemasaran Kumpulan, CIMB Group.

The Music Run by CIMB bukan sahaja menyediakan satu pengalaman yang tersendiri, kami juga akan mengimbangi pelepasan karbon yang terhasil sepanjang tempoh acara melalui pemantauan rapi dan pengesanan  oleh rakan kerjasama kami, YTL-SV Carbon. Dengan itu, acara unik dan menyeronokkan ini merupakan satu upacara yang menyeluruh merangkumi kehidupan, muzik dan kesejahteraan. Kami berharap para peserta akan terus mengambil langkah kecil dan konsisten ke arah gaya hidup yang lebih mampan,” ujar Toni.

Jeff Ross, Pengurus Besar Fresh Events Asia menambah, “The Music Run adalah satu seruan untuk menikmati kehidupan dengan sepenuhnya, di mana hari yang berikutnya harus dijalani dengan lebih baik daripada hari yang sebelumnya. Kejayaan acara ini adalah bukti pengaruh muzik dan kecergasan dalam menyatukan orang ramai menjadi sebuah komuniti yang meraikan kehidupan sepenuhnya. Kami percaya dalam penciptaan pengalaman yang meninggalkan kesan yang berkekalan, dan The Music Run merangkumi falsafah ini. Kami adalah Pesta Paling Cergas di Asia!”

“Kami amat bersyukur atas sokongan rakan kerjasama dan para peserta serta semangat kolektif yang ditunjukkan kepada The Music Run by CIMB. Kami tetap komited untuk membawakan acara-acara yang bukan hanya menghiburkan tetapi juga memberi inspirasi untuk perubahan yang positif. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada CIMB kerana sudi menjadi sebahagian yang penting dalam perjalanan ini.”

The Music Run telah meningkat dari segi populariti sejak  anjuran pertamanya di Malaysia pada tahun 2014. Ia telah berjaya mengumpulkan orang ramai daripada semua lapisan masyarakat, tanpa mengira latar belakang atau tahap kecergasan, dengan misi untuk memberi inspirasi agar mereka dapat “Live the Beat” dan mengamalkan gaya hidup yang lebih aktif. Sehingga hari ini, The Music Run telah disertai oleh lebih 300,000 peserta dalam 40 acara di 13 buah negara.

Dengan kejayaan edisi kesembilannya, The Music Run bukan sahaja satu acara yang menggabungkan muzik, kecergasan, dan persahabatan tetapi juga membawakan harapan masa depan yang positif. Ia merupakan satu contoh di mana segala kemungkinan dapat direalisasikan apabila orang ramai bersatu hati dalam rentak impian yang sama.

Acara tersebut turut disokong oleh Sun & Sand Sports sebagai Rakan Sukan Rasmi, Touch ‘n Go sebagai Rakan E-Dompet Rasmi, Pos Malaysia sebagai Rakan Penghantaran Rasmi, Optimum Nutrition sebagai Rakan Penghidratan Rasmi, CitizenM sebagai Hotel Rasmi, O’Briens sebagai Rakan F&B Rasmi, Tune Protect sebagai Rakan Insurans Rasmi, Troopers sebagai Rakan Rekrut Rasmi, Tiffin At The Yard sebagai Rakan RPC Rasmi serta World of Buzz, Lobak Merah, dan Noodou sebagai Rakan Media Rasmi.

Untuk maklumat lanjut tentang The Music Run, sila layari www.themusicrun.com.my.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *