Shah Alam, 25 Oktober, 2024 – Fakta: Setiap kali rakyat Malaysia mengembara ke luar negara, ia tidak mengambil masa yang lama untuk merasai kerinduan hidangan tanah air. Anda tidak perlu berasa rindu untuk merasai masakan Malaysia yang kaya dengan rasa asli di rumah sendiri hanya dengan menggunakan pes masakan Ayam Brand.
Daripada hidangan harian sehinggalah hidangan istimewa untuk musim perayaan, pes Ayam Brand menyampaikan keenakan rasa dengan mudah. Sama ada hidangan kari yang cepat dimasak untuk sarapan, hidangan makan tengah hari atau malam yang penuh nostalgia mahupun hidangan untuk keraian istimewa, pes masakan Ayam Brand memudahkan anda menyediakan resipi-resipi tempatan kegemaran ramai di rumah.
Lapan Pes Masakan Asli untuk Rasa Malaysia
Terdapat pelbagai Pes Masakan Ayam Brand untuk dinikmati termasuk Pes Kari Ayam, Pes Sambal Tumis, Pes Asam Pedas, Pes Rendang, Pes Kari Ikan, Pes Masak Merah, Pes Kurma dan Pes Masak Lemak Cili Padi. Dijual pada harga berpatutan RM5 setiap pek, kesemua pes tempatan Ayam Brand dijamin menyediakan rasa asli dan sesuai untuk memenuhi selera empat orang dewasa.
Kelebihan pes masakan Ayam Brand adalah ia pilihan yang enak, mudah dan tidak mengambil masa yang lama untuk menghasilkan hidangan enak yang memenuhi selera segenap pengguna. Pes ini umpama sos kulinari rahsia bagi mereka yang menyediakan hidangan di rumah, tukang masak profesional yang sibuk ataupun keluarga yang mencari penyelesaian hidangan yang enak tetapi cepat dan mudah dimasak. Pes ini juga memenuhi keperluan mereka yang gemar memasak dan ingin mencipta semula resipi-resipi tradisional Malaysia.
Pes masakan Ayam Brand dibuat menggunakan ramuan segar berasaskan resipi tradisional tempatan. Ia bebas daripada bahan pengawet dan tidak mengandungi tambahan MSG atau pewarna tiruan, memastikan keaslian rasa Malaysia, sama seperti yang dimasak oleh nenek kita dahulu. Dengan memastikan resipi pes yang sempurna, Ayam Brand membantu anda mendapatkan rasa asli Malaysia tanpa perlu bersusah payah.
Disediakan dalam pek indvidu yang mudah, pes-pes ini adalah pilihan sempurna dan fleksibel untuk penyediaan hidangan yang mudah. Ubah hidangan anda dalam hanya beberapa minit dengan menggabungkan pes tempatan bersama protein atau sayuran pilihan dan bergantung pada hidangan, tambah Santan Kelapa Ayam Brand bagi masakan yang lebih berlemak.
Adakah kami terlupa untuk menyebut satu lagi kelebihan pes masakan ini? Kesemua rangkaian Pes Masakan Ayam Brand telah menerima pengiktirafan Halal JAKIM, menjadikannya ia selamat dan sesuai untuk semua pengguna.
Adakah Anda Bersedia untuk Merasai Rasa Malaysia bersama Pes Masakan Ayam Brand?
Sekiranya anda masih baru dengan Pes Masakan Ayam Brand, di bawah adalah beberapa idea masakan untuk membantu anda. Cubalah Kari Ikan atau Kari Ayam bersama Roti Jala untuk sarapan. Hanya ikuti arahan pada pek dan anda akan pasti akan menikmati sajian enak umpama juara!
Tambahkan kepedasan pada hidangan makan tengah hari atau malam bersama Masak Lemak Cili Padi yang serupa dengan yang disediakan ibu anda, atau Asam Pedas Tenggiri yang mengingatkan anda keenakan hidangan di Melaka. Bagi masakan keraian yang lebih berani dan lain daripada lain, cubalah pes Masak Merah atau kegemaran ramai, pes Rendang!
Peraduan Beli & Menang Kaw-Kaw Ayam Brand
Satu lagi sebab untuk menikmati Rasa Malaysia adalah penganjuran Peraduan Beli & Menang Kaw-Kaw Ayam Brand di seluruh negara, dari 1 Oktober sehingga 1 November 2024, yang menyediakan pelbagai hadiah menarik berjumlah RM220,000 termasuk sebuah Perodua Ativa 1.0L Turbo X, produk Dyson dan pelbagai ganjaran lain yang mengujakan.
Untuk menyertainya, hanya buat pembelian sebarang produk Ayam Brand™ bernilai RM20 atau lebih dalam satu resit dan hantar resit tersebut menerusi WhatsApp. Untuk maklumat lanjut, sila layari:
https://www.ayambrand.com.my/belidanmenangkawkaw.
Ingin kami kongsikan dua daripada pelbagai resipi asli tempatan yang boleh anda hasilkan sendiri dengan menggunakan pes Ayam Brand:
Nasi Minyak bersama Ayam Masak Merah
Hidangan Masak Merah yang terdiri daripada kuah tomato pedas adalah satu sajian istimewa pada majlis-majlis keraian. Cipta jamuan selera anda yang tersendiri dengan resipi ini, bukan sahaja ia mudah disediakan tetapi juga mempunyai rasa yang enak dan menyelerakan.
Dalam sebuah kuali, masukkan minyak dan masak kira-kira 300g ayam sehingga setengah masak sebelum diasingkan. Dalam kuali sama, tumis dua biji bawang merah yang telah dipotong bulat. Kemudian, masukkan Pes Masak Merah Ayam Brand (180g) dan 75ml air, gaul sebati. Masukkan ayam yang telah dimasak tadi dan gaul sempurna. Biarkan kuah mereneh dan diserap ayam. Bagi menyempurnakan hidangan, hiaskan sajian dengan Kacang Pea Ayam Brand. Sajikan Ayam Masak Merah tersebut bersama Nasi Minyak bagi merasai kemeriahannya.
Masa penyediaan: 5 minit, tempoh memasak: 20 minit, saiz hidangan: 4 hingga 5 orang
Terdapat pelbagai sebab untuk menambah Momen-momen Santan Kelapa pada diet anda, terutamanya ia semudah, sesegar dan selamat seperti Santan Kelapa Ayam Brand!
Sajian harian yang istimewa ini mudah disediakan dan boleh menjadi sebahagian daripada kitaran lauk mingguan anda. Panaskan minyak dalam sebuah periuk untuk menumis sebiji bawang yang telah dihiris dan tiga ulas bawang putih yang telah dicincang sehingga lembut. Masukkan Pes Asam Pedas Ayam Brand (180g) dan sebiji tomato yang telah dipotong dan masak sehingga tomato lembut. Masukkan secawan air asam jawa dan biarkan kuah mendidih. Kemudian, masukkan kandungan satu tin Mackerel dalam Sos Tomato Ayam Brand 425g dan biarkan kuah mereneh selama 10 minit agar rasa sebati. Tambahkan garam secukup rasa dan sekiranya perlu, masukkan satu sudu besar gula untuk menyeimbangkan rasa hidangan. Setelah siap, masukkan lauk tersebut ke dalam sebuah mangkuk. Sebagai pilihan, hiaskannya degan hirisan cili merah dan daun ketumbar. Hidangkan bersama nasi.
Masa penyediaan: 10 minit, tempoh memasak: 20 minit, saiz hidangan: 4 hingga 5 orang
Nikmati Rasa Malaysia dalam keselesaan di rumah bersama Pes Masakan Ayam Brand.
Produk-produk Ayam brand boleh didapati di kedai-kedai runcit berhampiran anda, termasuk rangkaian, Aeon, Aeonbig, Econsave, Giant, Hero terpilih, Jaya Grocer, Lotuss, Mydin, Village Grocer, OTK, Checkers, Matahari, NSK, Pasaraya Econjaya, Sabasun, Pantai Timor, Billion, Sunshine, Nirwana, Tunas Manja, Pasaraya Hwa Thai, Maslee, Target, CS Brothers dan Family Store. Produk Ayam Brand™ juga boleh didapati di laman Ayam Brand™ Official di Shopee dan Lazada.