(SEMASA) KEPUASAN MAKSIMUM BERSAMA MOTO MORINI CALIBRO 700

Spread the love

Pasaran ‘cruiser’ kali ini dihangatkan dengan kehadiran model terbaru dari Moto Morini iaitu Calibro 700. ‘ini Calibro’ dilengkapi sesaran sebesar 693cc, di mana Mforce Bike Holdings Sdn Bhd, selaku pengedar rasmi Moto Morini di Malaysia, melancarkannya dengan penggunaan enjin silinder berkembar sebaris, 4ejang berserta mekanisme 8 injap, DOHC dan klac jenis slipper. Jentera ini dijual pada harga RM35,888.00, tidak termasuk insurans dan cukai jalan, dan boleh didapati di semua pengedar sah Moto Morini di seluruh Malaysia.

Keunikannya terserlah pada reka bentuk hadapan motosikal yang mengaplikasikan Big Front Fairing serta binaan pelindung angin Dengan padanan warna Quartz Black, Calibro 700 memberikan gambaran ketegasan dan keberanian khususnya apabila ditunggang di jalan raya. Bagi reka bentuk meter pula, Calibro 700 didatangkan dengan teka bentuk hibrid yang menggabungkan cisi-ciri analog dan paparan LCD. Lampu hadapan pula menggunakan projektor LED yang terang dan berteknologi moden. Fungsi lampu ini juga mampu mengurangkan slau pada pengguna jalan raya yang lain dari hadapan.

Berbeza dengan kebanyakan motosikal, Calibro 700 telah dipasangkan dengan tali sawat bagi menggantikan fungsirantai. Antara kelebihannya adalah dapat mengurangkan kesan gegaran semasa ia ditunggang seterusnya meningkatkan keselesaan sepanjang perjalanan.

Tambahan pula, tali sawat juga tidak mempunyai masalah karat dan ini akan mengurangkan kebergantungan motosikal terhadap minyak pelincir. Hantaran kuasanya pula setinggi SSKW/8,500rpm dan tork 68Nm/6,500rpm dengan nisbah mampatan 11.6:1. Ukuran piston dan lejangnya adalah 83mm x 64mm berserta panjang motosikal 2,220mm, lebar 860m dan tinggi 1,260mm. Jarak rodanya sepanjang 1,490mm dan Calibro 700 mempunyai berat yang sederhana dalam kategori ‘cruiser’ laitu 228kg.

Tayar hadapannya bersaiz 130/70-18 turut dipadankan dengan sistem brek cakera tunggal 320mm dengan dua piston floating caliper dan tayar belakang dengan saiz 180/65-16 beserta brek cakera tunggal 255mm floating caliper. Bagi suspensinya hadapannya pula adalah Fork Konvensional 41mm dan suspensi belakang menggunakan Penyerap Hentak Belakang Berganda.

Dari segi keselamatannya pula, jentera hitam ini dilengkapi dengan ABS dwi saluran yang membantu mengawal cengkaman brek khususnya di permukaan jalan licin. Selain itu, DRL (Daytime Running Light) pada motosikal ini berfungsi untuk membantu Pengguna jalan raya lain melihat kehadiran motosikal dengan lebih mudah pada waktu slang. Calibro 700 turut mempunyai sistem Side Stand Kill Switch. Ciri ini memastikan motosikal hanya dapat dihidupkan apabila tongkat sisi dinaikkan sepenuhnya seterusnya meningkatkan keselamatan penunggang semasa memulakan perjalanan.

Dua poket simpanan hadapan tersedia sebagai kemudahan untuk menyimpan barang berharga seperti telefon pintar atau dompet. Ditambah pula dengan penyediaan port pengecasan USB jenis-A, pemilik motosikal tidak perlu risau jika ingin mengecas telefon pintar semasa menunggang Calibro 700. Bagi kapasiti tangki minyak, jentera ini mempunyai kapasiti sebesar 15 liter, sesuai untuk tunggangan jarak jauh tanpa perlu kerap mengisi minyak.

Tempat duduk turut memainkan peranan dalam memastikan penunggang menikmati setlap tunggangan dengan selesa. Calibro 700 menggunakan bahan yang berkualiti sebagai tempat duduk dengan ketinggian sekitar 705mm yang menjadikannya ideal untuk penunggang pelbagai saiz.

Istimewanya bagi pasaran Malaysia, Calibro 700 had dengan dua tempat duduk serta dilengkap kotak simpanan di kirl dan kanan tempat duduk belakang yang masing-masing berkapasiti 20 liter. Kotak-kotak simpanan ini juga dilengkapi pemantul cahaya bagi meningkatkan keterlihatan motosikal, terutamanya pada waktu malam.

Untuk memastikan keselamatan barang yang disimpan, ruang dalam kotak simpanan dilapisi kusyen bagi mengurangkan kesan hentakan dan mengelakkan kerosakan barang.

Dengan tambahan pelindung angin, Calibro 700 ini tampil dengan identiti eksklusif yang berbeza daripada spesifikasi standard global. Dengan setiap pembelian Moto Morini Calibro 700, para pembeli boleh menikmat! jaminan waranti perbatuan tanpa had untuk tempoh dua tahun serta perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh MForce Bike Holdings Sdn. Bhd.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *