KUALA LUMPUR, 10 Januari 2025 – Raikan bulan suci Ramadan bersama kami di MiCasa All Suite Hotel, di mana kami menjemput “anda untuk menikmati hidangan makan malam untuk menyatukan keluarga dan rakan-rakan. Rasai semangat bulan yang diberkati ini dengan bufet yang meriah menampilkan Citarasa dan Tradisi Ramadan, bertemakan “Icip Icip Desa,” ; yang disediakan khas oleh Chef Adrian dan pasukannya.
ISTIMEWA BUFFET MAKAN MALAM KAMI:
Resepi Asli dari Utara dan Selatan Tanah Air: Nikmati pelbagai hidangan tradisional, menampilkan hidangan klasik yang menyelerakan seperti Kerabu Kerisik Kulit Timun, Nasi Ambeng, Nasi Ulam Ayam Percik, Asam Pedas Tetel & Itik Salai Masak Lemak Cili Api. Chef hanya menggunakan bahan-bahan terbaik untuk membawa citarasa keistimewaan tempatan kepada anda.
Nikmati pilihan sup dan salad segar yang disediakan untuk berbuka puasa, termasuk Sup Ekor, Lautan Seafood (kembali atas permintaan ramai), Kambing Panggang dan pelbagai jenis sos yang menyelerakan.
Tiada makan malam yang lengkap tanpa pencuci mulut. Pilih dari pelbagai jenis kuih tradisional Melayu, 10 jenis Jeruk, Pengat Pisang dan Nangka, ABC & Cendol, yang sempurna dilengkapi dengan pilihan Buah Segar, Teh Tarik, Kopi, dan pelbagai pilihan Minuman dalam Balang.
Kami menyediakan Live Station di mana Chef akan memasak hidangan di hadapan anda. Ini bukan sahaja memastikan hidangan disajikan segar dan penuh dengan rasa, tetapi juga memberi pengalaman interaktif yang menyeronokkan untuk makan malam anda. Anda dapat melihat sendiri bagaimana hidangan disediakan dengan menggunakan bahan-bahan yang segar dan berkualiti tinggi.
MiCasa All Suite Hotel komited untuk menyediakan persekitaran yang mesra dan selesa. Ruang makan kami yang luas sesuai untuk keluarga dan kumpulan, memudahkan anda berkongsi keberkatan makan malam dengan yang tersayang.
Tarikh: Mulai 7hb – 23hb Mac 2025.
Masa: 6:30 petang – 10:00 malam.
Harga: RM139 bersih bagi setiap Dewasa, RM95 bersih bagi setiap Warga Emas (60 Tahun ke atas) dan Kanak-kanak (5 – 12 Tahun).
Harga Awal: 10hb Januari – 28hb Februari 2025: RM109 bersih bagi setiap dewasa, RM95 bersih bagi setiap warga emas (60 Tahun ke atas) dan setiap kanak-kanak (5 – 12 Tahun)
MAKLUMAT TEMPAHAN:
Sila hubungi talian umum hotel di +603 2179 8000 Ext: 7088 atau WhatsApp ke Restoran Shiso Dining di +6017 219 6126 atau emel ke fnbkul@micasahotel.com
Tempahan berkumpulan, perjumpaan besar dan Pembelian Voucher boleh berhubung dengan Jabatan Jualan kami di 032179 8181 atau email ke infokul micasahotel.com. Kami menawarkan pakej yang boleh disesuaikan untuk memastikan pengalaman berbuka yang tidak dapat dilupakan mengikut keperluan anda.
Tempat duduk akan diatur dengan teliti untuk memastikan ruang yang mencukupi antara tetamu dan tempahan awal sangat digalakkan.
Kadar tetap tempat letak kereta RM5 bersih bagi setiap kemasukan dan kemudahan surau tersedia.
Tempah meja anda hari ini dan sertai kami untuk malam penuh kegembiraan sepanjang bulan istimewa ini.
Shiso Dining
MiCasa All Suite Kuala Lumpur
368B Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur.
Laman Rasmi: www.micasahotel.com
Instagram: @micasaallsuiteofficial
Facebook: MiCasaHotelKL