Sekitar awal bulan Mac 2025, Samsung telah melancarkan siri Galaxy A, iaitu Galaxy A56 5G, Galaxy A36 5G dan Galaxy A26 5G. Salah satu peranti dalam siri ini iaitu Samsung Galaxy A36 5G merupakan pengganti atau kesinambungan kepada salah satu telefon pintar model Galaxy A35 sekitar bulan Mac 2024.
REKA BENTUK ATAU REKAAN LUARAN
Samsung Galaxy A36 5G didatangkan dengan kemasan daripada plastik di bahagian belakang menjadikannya selesa di tangan dan bebas daripada cap jari pada peranti manakala ketebalan peranti adalah sekitar 7.4 mm dan beratnya mencapai 195 gram. Ia dilengkapkan dengan ciri perlindungan rintangan air dan debu dengan pensijilan IP67. Ini bermakna peranti ini benar-benar kedap habuk dan mampu tenggelam di dalam air sehingga 1 meter (kira-kira 3 kaki) selama tempoh 30 minit.
PAPARAN PERANTI
Samsung Galaxy A36 5G didatangkan dengan panel skrin Super AMOLED + bersaiz 6.7 inci HD Penuh (Full HD) dan ia mempunyai resolusi 1080 x 2340 piksel (pixel) dengan kadar penyegaran paparan sehingga 120Hz serta kecerahan yang boleh mencapai sehingga 1900 nits. Kaca hadapan pula diperkuatkan dan dilindungi oleh kaca Gorilla Glass Victus+.
CHIPSET DAN PRESTASI
Samsung Galaxy A36 5G dikuasakan dengan chipset Qualcomm Snapdragon 6 Gen 3 (6NM) dengan gabungan Octa-Core. Dipasang di dalamnya 6, 8 dan 12 GB RAM serta didatangkan dengan kapasiti 256GB storan serta dilengkapkan dengan aplikasi pengoperasian Android 15, One UI 7. Setiap peranti Samsung yang dikeluarkan sejak 2019 akan menerima kemaskini software menjanjikan enam tahun kemas kini OS dan enam tahun kemas kini keselamatan. Ini merupakan peningkatan signifikan berbanding model sebelumnya yang hanya menerima empat kemas kini OS dan lima tahun kemas kini keselamatan.di dalam memastikan keselamatan data pengguna.
KAMERA DAN LENSA
Samsung Galaxy A36 5G didatangkan dengan sejumlah 4 kamera di bahagian depan dan belakang iaitu kamera jenis 50 MP F/1.8 (WIDE) dan dipasangkan dengan OIS (Optical Image Stabilization system), 8 MP/F2.2 (ULTRAWIDE) serta 5 MP/F2.4 (MACRO). Peranti ini menyokong rakaman kamera sehingga 4K 30FPS dengan bantuan fungsi gyro (gyro-EIS) untuk mengimbangi gegaran kamera dalam menghasilkan gambar atau video yang lebih stabil. Untuk kamera di bahagian hadapan pula, peranti ini dilengkapkan dengan kamera jenis 12 MP F/2.2 (SELFIE) dan menyokong rakaman kamera sehingga 4K 30FPS.
AUDIO
Samsung Galaxy A36 5G didatangkan dengan setup stereo speaker tetapi tidak mengekalkan port 3.5 mm Audio Jack seperti peranti model lama.
BATERI DAN PENGECASAN
Samsung Galaxy A36 5G mempunyai bateri berkapasiti 5,000 mAh dengan sokongan untuk pengecasan pantas 45 Watt walaupun tidak dibekalkan dengan pengecas penyesuai plag (adapter charger). Dengan itu, masa pengecasan mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mendapatkan sekitar 66% kuasa bateri atau sekitar 68 minit untuk mendapatkan daripada kuasa pengecasan sehingga 100% dengan menggunakan mana-mana kepala pengecas penyesuai plag (adapter charger) yang ada dalam pasaran.
LAIN-LAIN
Samsung Galaxy A36 5G dipasang dengan peranti yang menyokong WIFI 6 dan Bluetooth 5.4 serta sambungan internet mudah alih generasi Rangkaian 5G. Terdapat port sambungan jenis TYPE-C 2.0 dan kabel pengecas TYPE-C dibekalkan bersama tanpa pengecas penyesuai plag (adapter charger). Terdapat pilhan tiga warna untuk model ini iaitu Lavender, Black, White dan Lime. Peranti telefon pintar ini turut dilengkapi sistem pengimbas cap jari di bawah skrin.
RUMUSAN
Kesimpulannya, spesifikasi dan prestasi keseluruhan yang ditawarkan oleh Samsung Galaxy A36 5G adalah baik walaupun harganya agak tinggi sekitar RM1,699.00 seunit dan tidak didatangkan bersama pengecas penyesuai plag TYPE-C tetapi ia masih merupakan salah satu telefon pintar kelas pertengahan terbaik yang boleh anda beli.
#GalaxyA56 5G
#GalaxyA36 5G
#KitaPilihAYE