PETALING JAYA, 2 Dec. 2025 (Tuesday) – MDUA Motor Sdn Bhd hari ini memperkenalkan Aero E, sebuah skuter terbaharu mereka di Six In The City, Petaling Jaya. Aero E merupakan sebuah model skuter moden yang direka untuk penunggang muda dan berketrampilan aktif serta sesuai dengan keperluan mobiliti serta gaya hidup masa kini. Dengan rekaan keseluruhan yang lebih tajam dan aerodinamik, Aero E ditampilkan bergaya dengan dua pilihan warna yang menyerlah sebagai pilihan urban yang lebih bergaya untuk kegunaan harian.
Aero E menawarkan prestasi tunggangan yang lancar dengan dikuasakan oleh enjin suntikan bahan api SOHC empat lejang berpenyejukan udara berkapasiti 118.8cc yang boleh disesuaikan untuk perjalanan dalam bandar. Berat keseluruhan 110 kilogram turut memberi kelebihan kepada keseimbangan yang baik antara kestabilan dan kelincahan, sekaligus menjadikannya mudah dikendalikan ketika melalui trafik atau ruang yang sempit. Skuter ini turut dilengkapi tangki bahan api 5.5 liter, manakala ruang simpanan bawah pelana duduk berkapasiti 6.5 liter menyediakan ruang praktikal untuk barang peribadi penggunanya.
Melengkapi penampilan modennya, Aero E hadir dengan sistem lampu pencahayaan yang mengagumkan terutama untuk kegunaan di waktu malam. Di bahagian hadapan, lampu projektor LED berkembar memberikan pencahayaan yang jelas dan terang, manakala lampu LED rentang penuh di bahagian belakang pula menyerlahkan identiti premium dan bergaya ketika di jalan raya. Paparan meter digital LCD yang terang juga memaparkan maklumat dengan jelas, seiring dengan kehendak penunggang era teknologi hari ini. Kemudahan tambahan seperti pot pengecasan USB dan USB-C turut disediakan untuk kemudahan pengecasan peranti peribadi pengguna ketika dalam perjalanan.
Aero E menggunakan tayar hadapan berukuran 90/90 14 manakala tayar belakang menggunakan ukuran 100/90 14, kedua-duanya dipadankan pada rim 14 inci. Konfigurasi saiz sebegini amat membantu dalam memberikan kawalan yakin dan prestasi lancar di pelbagai keadaan jalan semasa tunggangan.
Skuter terbaru MODA ini ditawarkan dalam dua warna menarik iaitu Cobalt Blue (Biru) dan Carmine Red Merah). Warna-warna ini bakal memberikan ekspresi berani yang mencerminkan tenaga dan identiti individu pemiliknya. Aero E kini boleh didapati di semua pengedar sah MODA di seluruh negara pada harga RM5,189.00 (tidak termasuk cukai jalan, pendaftaran dan insurans).
Untuk maklumat lanjut, layari saluran media sosial kami atau kunjungi laman web rasmi di www.modamotorcycles.com
SPESIFIKASI MODA AERO-E
| Enjin | 4 Lejang, SOHC, 1-Silinder |
| Sistem Bahan Api | Suntikan (Fi) |
| Kapasiti Tangki | 5.5 L |
| Pengurusan Enjin | Elektronik |
| Sesaran | 118cc. |
| Kuasa Maksimum | 9.1 Hp / 7500 rpm. |
| Tork Maksimum | 9.5 Nm / 6000 rpm. |
| Sistem Penyejukan | Sejukan Udara |
| Brek Hadapan | Cakera |
| Brek Belakang | Dram |
| Saiz Tayar Hadapan | 90/90 – 14 Tanpa Tiub |
| Saiz Tayar Belakang | 100/90 – 14 Tanpa Tiub |
| Suspensi Hadapan | Teleskopik |
| Suspensi Belakang | Penyerap Hentakan Tungal |
| Transmisi | CVT (V-Belt Drive) |
| Pensijilan | Euro 4 |
| Penghidup | Elektrik |
| Sistem Pencucuh | Elektronik (Transistorized) |
| Jarak Roda | 1,316 mm |
| Tinggi Pelana | 780 mm |
| Berat | 110 Kg. |

