(SEMASA) Malaysia Menang Empat Anugerah di Asia Harley Days 2025

Spread the love

Malaysia merangkul empat anugerah di Asia Harley Days (AHD) 2025 yang berlangsung pada 21–22 November di Midwinter, Khao Yai, Thailand. Anugerah Outstanding Riding Achievement – Unique Record diberikan kepada Dato’ Anand dan K.V.R. Sanjevee atas kejayaan mereka melakukan tunggangan tertinggi di Umling La Pass menggunakan Harley-Davidson Fat Boy.

Malaysia turut menerima anugerah Best H-D Community Event melalui penganjuran Desaru International Bike Week, yang dipilih sebagai acara komuniti terbaik daripada seluruh pasaran membangun Asia.

Dalam kategori H-D Custom Kings Asia – King of the Kings, David Harrison memenangi gelaran tersebut dengan motosikal Electra Glide Highway King ubah suainya yang dinamakan “El Patron.” Beliau pada asalnya merupakan finalis wild card dan kemudiannya mewakili Malaysia di peringkat akhir serantau di Thailand.

Anugerah keempat, Largest Contingent to AHD, diberikan kepada HRB Motorcycle Club Malaysia, yang mencatatkan penyertaan terbesar dalam kalangan pasaran membangun Harley-Davidson Asia di luar Thailand.

Empat pengiktirafan ini membuktikan pencapaian cemerlang Malaysia, sekali gus menjadikan negara ini sebagai pemenang paling banyak anugerah dalam satu malam di kalangan Asia Emerging Markets Harley-Davidson, termasuk Filipina, Thailand, Korea Selatan, Vietnam, Indonesia, Taiwan, Singapura, India, Hong Kong dan Macau.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *