Dari hari pertama Ramadan hingga 22 Mac 2026, ahli ALL Accor boleh menikmati mata ganjaran tiga kali ganda setiap kali menjamu selera di restoran yang mengambil bahagian di lebih 20 hotel Accor di Malaysia.
Para tetamu dijemput untuk mendaftar bagi tawaran ini sebelum menjamu selera, kemudian menikmati momen Iftar di restoran terlibat. Untuk menikmati mata ganjaran bonus tersebut, ahli perlu melanggan tawaran dengan melayari https://all.accor.com/a/en/loyalty-program/promotions-offers/meapac-dining-bonus-ramadan.html. Keahlian ALL Accor adalah percuma. Layari all.accor.com untuk menyertai dan jadikan setiap hidangan Ramadan lebih bermakna dan berbaloi.
Sebagai sebahagian daripada portfolio hospitaliti global Accor yang diiktiraf, Mercure Kuala Lumpur Glenmarie terus menawarkan pengalaman bermakna berinspirasikan elemen tempatan. Ramadan ini, hotel tersebut mempersembahkan kembali Ramadan Buffet Sajian Darul Ehsan Vol. 3 dari 23 Februari hingga 19 Mac 2026 di WARNA All Day Dining, sebuah premis yang diperakui Halal sepenuhnya oleh JAKIM Malaysia. Dengan kapasiti tempat duduk sehingga 180 tetamu dalam suasana kontemporari yang mesra, WARNA menjadi lokasi ideal untuk berkumpul, meraikan warisan kulinari Selangor dan berkongsi hidangan yang membangkitkan nostalgia.
Menurut Puvan Abdullah, Pengurus Besar Mercure Kuala Lumpur Glenmarie,
“Kembalinya Ramadan Buffet Sajian Darul Ehsan mencerminkan hasrat kami untuk berhubung semula dengan tetamu melalui pengalaman yang tulen dan dekat di hati. Ramadan di Mercure bukan sekadar tentang menjamu selera, tetapi tentang mencipta momen kebersamaan dan penemuan semula, di mana budaya tempatan dan layanan mesra dapat dirasai dalam setiap perincian. Momen ini direka dengan penuh teliti untuk dikongsi dan dikenang sepanjang bulan suci.”
Selaras dengan komitmen Mercure terhadap penerokaan tempatan, Ramadan Buffet Sajian Darul Ehsan Vol. 3 membawa tetamu mengembara melalui sembilan daerah di Selangor, bermula dengan pembuka selera dan salad segar menggunakan hasil tanaman bebas racun perosak dari Klang serta ulam-ulaman tradisional. Hidangan bazar seperti aneka gorengan rangup dan karipap membangkitkan nostalgia Ramadan, manakala sajian istimewa seperti punten Jawa dan sambal taun berkuah dari Gombak menjadi tumpuan utama. Pengalaman diteruskan dengan sajian klasik Selangor secara bergilir seperti nasi kukus dan ayam masak ros, sebelum diakhiri dengan pencuci mulut seperti wadai kipeng yang disediakan segar serta apam balik secara langsung. Menu penuh boleh didapati melalui pautan yang disediakan.
Harga Ramadan Buffet Sajian Darul Ehsan Vol. 3 ialah RM158+ bagi dewasa, RM98+ bagi warga emas (60 tahun ke atas), dan RM68+ bagi kanak-kanak berumur 7 hingga 11 tahun. Promosi Beli 10, Percuma 1 ditawarkan bagi kadar dewasa (RM158+) serta kadar tempahan awal (early bird) RM128+, menjadikannya pilihan sesuai untuk majlis iftar berkumpulan dan korporat. Tempahan awal amat digalakkan untuk menikmati keistimewaan masa terhad ini.
Untuk tempahan dan maklumat lanjut, tetamu boleh menghubungi WARNA All Day Dining di Mercure Kuala Lumpur Glenmarie melalui WhatsApp di +6011 3148 2889.
Mercure Kuala Lumpur Glenmarie terletak di Jalan Kontraktor U1/14, Seksyen U1, 40150 Shah Alam, Malaysia dan boleh dihubungi di talian +60 3 5030 2888. Untuk maklumat lanjut, sila emel ke HA7M8@accor.com atau layari all.accor.com/hotel/A7M8.

